DOKUMEN yang dihulurkan Dira sebentar tadi dipandang sepi. Otaknya ligat mencerna kata-kata Ziyad ketika pertemuan mereka petang semalam. Permintaan Ziyad langsung tidak masuk akal. Semalaman dia tidak lena memikirkan syarat yang diberikan lelaki itu. Mampukah dia?
Ziyad! Nama itu diseru lagi. Nafasnya dihela, kemudian satu keluhan berat dilepaskan. Melihatkan kedinginan Ziyad semalam, dia tahu jalannya tidak mudah. Ziyad yang ada kini lagi beku daripada Ziyad yang dikenali empat tahun dulu. Tubuhnya terus disandarkan ke kerusi dan matanya dipejamkan. Perbualannya dengan Ziyad terngiang-ngiang lagi.
“Awak nak jumpa saya kenapa?” soal Puteri datar. Wajah bersahaja atau riak kering Ziyad dipandang tanpa perasaan. Muka handsome pun nampak macam tenuk bila buat muka macam tu, kutuknya dalam hati. Hesy! Behave, Chem. Jaga mulut, jaga hati. Dah lupa semua pesanan Adif? Orang yang baik adalah orang yang mampu bersabar dan menjaga hati daripada terus berprasangka dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Astaghfirullahal'azim. Panjang dia beristighfar dalam hati menyesali kata-katanya tadi.
“Tentang perkahwinan kita.” Selamba Ziyad bersuara.
Puteri terus mematikan diri. Hanya matanya saja menikam pandang wajah lelaki di hadapannya itu. Tiba-tiba saja Ziyad ingin berbicara tentang perkahwinan mereka. Bukankah semuanya sudah diputuskan ke? Pelik bin ajaib ni.
“Kenapa? Tak payahlah buat muka terkejut sebab kau sendiri yang dah setuju. Tak tahu malu,” tempelak Ziyad sinis. Puteri dijeling tajam.
Terasa dengan sindiran lelaki itu, Puteri berdeham. Pedas sungguh kata-katamu itu Ziyad. “Jadi, awak nak bincangkan tentang apa sekarang?” Tenang Puteri menyoal. Kena cool, Puteri. Usah dilayan angin Ziyad, nanti lain pula jadinya. Ingat kau tetap orang yang bersalah. Selagi mampu bertahan dan bersabar, tolong bersabar. Kalau Ziyad keterlaluan, tinggalkan saja dia di situ, bisik hati Puteri
mengingatkan diri sendiri.
Ziyad membetulkan duduknya. Wajah gadis di hadapannya itu direnung semakin tajam. “Aku setuju untuk teruskan, tapi ada syaratnya.”
“Syarat?”
Ziyad mengangguk.
“Syarat apa?” soal Puteri dengan dahi berkerut. Nak kahwin pun letak syarat? Poyo betullah mamat ni. Macam hebat sangat. Doktor aje pun! kutuknya dalam hati. Ehem! Doktor edisi terhad, malah pujaan ramai, okey!
Ziyad terdiam seketika. Pandangannya dibuang ke arah dasar meja seketika sebelum dia mendongak memandang Puteri semula.
“Yang pertama, lepas kahwin kau kena berhenti kerja.”
Puteri tercengang. “Huh!”
Mulut dah senget dengan syarat pertama. Kenapa pulak kena berhenti kerja? Apa yang aku nak cakap dengan papa?
Ziyad masih beriak selamba. Kata-katanya diteruskan.
“Yang kedua, aku tak suka makan dekat luar, jadi setiap hari kau kena masak. Breakfast, sebelum aku pergi kerja dan makan malam. Hari cuti, breakfast, lunch dan dinner.”
“Apa?” Puteri sudah terjerit perlahan. Mata sudah terbeliak mendengar syarat kedua. Hesy! Memang nampak sangat Ziyad sengaja hendak membuli dirinya.
“Yang ketiga, rumah yang kita akan tinggal nanti tak ada orang gaji, jadi kau kena bersihkan rumah sendiri. Rumah dua tingkat, ada empat bilik dan kolam renang,” bicara Ziyad lagi, tapi tenang saja nada suaranya.
“What?” Suhu badan Puteri sudah mula membahang. Kali ni memang dia rasa muka Ziyad patut kena lempang. Dia ni nak kahwin dengan aku atau nak ambil orang gaji? Banyak cantik muka dia. Ingat aku ni selebet sangat ke nak kena buat semua tu? Ini memang melampau dan keterlaluan. Mana boleh dia hanya mengikut sahaja. In your dreams Ziyad! jeritnya dalam hati melepaskan amarah.
Melihat riak Puteri yang seperti cacing kepanasan, Ziyad tersenyum dalam hati. Pasti rancangannya berjaya kali ini.
“Kenapa? Tak setuju?” soalnya sinis.
Puteri hela nafas. Cuba menenangkan diri sendiri. Ziyad dipandang dengan perasan yang membara. Melihat senyum yang seakan-akan menyindir di bibir lelaki itu, lagilah dia rasa tercabar. Annoying sangat!
“Doktor Ziyad, awak ni nak cari isteri atau nak cari orang gaji?” Laju saja kata-kata itu diluahkan dan dengan suara yang sudah naik senada.
Ziyad tergelak kecil. Puteri dijeling sekilas. “Aku tak pernah nak cari isteri pun, tapi perempuan tu yang terhegeh-hegeh nak kahwin dengan aku,” ujar Ziyad selamba.
Lebih untuk menyakitkan hati gadis di hadapannya itu. Fuh! Panas, panas... Itu memang ayat nak kena simbah dengan air.
“Eh! Bila masa saya terhegeh-hegeh dengan awak?” marah Puteri pula. Geram!
“Kalau kau tak terhegeh-hegeh dengan aku, mesti kau dah tolak cadangan keluarga kau, kan? Habis tu yang kau setuju kenapa?” sindir Ziyad lagi. Gadis di hadapannya dikerling semakin tajam.
Puteri mendengus. Sakit hati, jiwa, limpa, malah seluruh organ dalaman pun turut sakit. Ziyad memang melampau. Okay... fine, Ziyad. Kau nak sangat, kan. Mesti kau ingat aku tak pandai nak buat semua itu, kan? Mesti kau ingat aku ni stok minah-minah pemalas, kan? Okey, aku akan buktikan. Kau tengoklah nanti. Kalau tak terjojol biji mata kau nanti, jangan panggil aku Puteri Chempaka Emelyn. Aku sahut cabaran kau. Puteri sudah membebel-bebel dalam hati. Tapi
pandai ke dia buat semua kerja rumah?
“Okey, saya terima semua syarat awak.” Tenang Puteri bersuara. Nafasnya dihela dan bibirnya diukirkan senyuman manis untuk lelaki di hadapannya itu walaupun sebenarnya dia tidak rela langsung nak tersenyum. Gaya kena ada. Biar Ziyad pula yang kepanasan.
Ziyad terus terdiam. Terkedu sebenarnya. Tidak sangka Puteri akan menerima semua syarat-syaratnya itu. Sebenarnya syarat-syarat itu hanya untuk menakutkan Puteri dan supaya gadis itu berundur, tetapi lain pula jadinya. Gawat! Jadi, bagaimana sekarang? Rela walaupun terpaksa?
Puteri mengeluh perlahan. Matanya dibuka semula. Wajahnya diraup. Siling yang berwarna putih di atas kepala dipandang kosong.
“Ziyad, kalaulah saya mampu undurkan masa, saya takkan buat apa yang saya buat pada awak dulu. Sumpah! Takkan,” keluh Puteri perlahan. Dia bingkas bangun dan berdiri menghadap tingkap. Vertical blind pada cermin kaca disingkap. Pandangannya terus dibuangkan ke luar. Dari tingkat 13 bilik pejabatnya, jelas kelihatan bangunan-bangunan mencakar langit di bandar Kuala Lumpur. Kota metropolitan yang menyimpan banyak kenangan. Nampaknya pertemuan dengan Ziyad benar-benar
merubah perjalanan hidupnya. Twist terus kepada 360 darjah. Pertemuan semula itu benar-benar membuatkan Puteri Chempaka Emelyn jadi semakin panasaran dan tidak mustahil menjadi penggoda seperti dahulu. Demi Ziyad. Ya, demi Doktor Mohd Ziyad Uzair.
Di saat itu, wajah Ziyad tergawang-gawang di hadapan mata. Senyum manis Ziyad langsung tidak kelihatan lagi pada wajah kacak lelaki itu sekarang. Kalau dulu, senyuman itulah yang membuatkannya hampir rebah mencium lantai. Apa tidaknya, lelaki itu mempunyai aura memikat yang bukan sedikit. Kekacakan wajahnya, kelembutan bicaranya, sikap ambil beratnya, pujukannya, malah huluran cintanya juga tulus,tapi dia? Puteri Chempaka Emelyn, gadis liar dan perasan bagus ini telah mencampak jauh semua itu kerana satu pertaruhan. Gila kau, Puteri! Gila kau kerana membuang jauh lelaki sebaik itu. Lelaki seperti dia yang tak mungkin kau temui lagi dalam hidup kau selain Adif.
Sebaik nama Adif meniti di bibir, Puteri mengeluh lagi. Adif memang kejam. Sejak beberapa hari lepas dia mencari lelaki itu, tetapi hampa. Hanya pagi ini saja dia menerima e-mel daripada Adif memaklumkan yang dia ketika ini berada di New Zealand kerana menghadiri seminar selama sebulan. Adif tetap Adif! Muncul bila dia rasa perlu dan hilang tanpa mampu dikesan. Kalau dia mahu berdiam diri, memang berhari-harilah
Di saat itu, wajah Ziyad tergawang-gawang di hadapan mata. Senyum manis Ziyad langsung tidak kelihatan lagi pada wajah kacak lelaki itu sekarang. Kalau dulu, senyuman itulah yang membuatkannya hampir rebah mencium lantai. Apa tidaknya, lelaki itu mempunyai aura memikat yang bukan sedikit. Kekacakan wajahnya, kelembutan bicaranya, sikap ambil beratnya, pujukannya, malah huluran cintanya juga tulus,tapi dia? Puteri Chempaka Emelyn, gadis liar dan perasan bagus ini telah mencampak jauh semua itu kerana satu pertaruhan. Gila kau, Puteri! Gila kau kerana membuang jauh lelaki sebaik itu. Lelaki seperti dia yang tak mungkin kau temui lagi dalam hidup kau selain Adif.
Sebaik nama Adif meniti di bibir, Puteri mengeluh lagi. Adif memang kejam. Sejak beberapa hari lepas dia mencari lelaki itu, tetapi hampa. Hanya pagi ini saja dia menerima e-mel daripada Adif memaklumkan yang dia ketika ini berada di New Zealand kerana menghadiri seminar selama sebulan. Adif tetap Adif! Muncul bila dia rasa perlu dan hilang tanpa mampu dikesan. Kalau dia mahu berdiam diri, memang berhari-harilah
tiada khabar yang dikirimkan. Aku benci kau, Dif! marahnya melepaskan geram.
“PAPA SIBUK ke?” soal Puteri sopan. Pintu bilik papanya itu ditutup semula. Langkah diayunkan menghala ke arah meja Encik Syed Rahman.
Encik Syed Rahman mendongak, kemudian menggeleng. Wajah Puteri dipandang lama.
“Tiba-tiba aje datang jumpa papa. Ada apa?” soalnya hairan. Tubuhnya disandarkan ke kerusi empuknya sambil mata masih tancap memandang Puteri di hadapan.
Puteri terus duduk. “Chem ada hal nak bincang dengan papa.”
Encik Syed Rahman membetulkan duduk. Kepalanya dianggukkan. “Okey, anak papa nak bincang tentang apa?” Melihat riak anak gadisnya itu, dia pasti perkara yang hendak dibincangkan itu bukan perkara kecil.
Puteri turut membetulkan duduk. Tubuhnya disandarkan ke kerusi dan tangannya dipeluk ke tubuh.
Puteri turut membetulkan duduk. Tubuhnya disandarkan ke kerusi dan tangannya dipeluk ke tubuh.
“Semalam Chem ada jumpa Ziyad.” Kata-katanya terhenti.
“Okay, and?” Encik Syed Rahman jongketkan kening sepertinya tidak sabar hendak mendengar bicara Puteri seterusnya.
“Kami berbincang tentang hal perkahwinan tu...” Bicara Puteri terhenti lagi. Kepalanya ditundukkan memandang meja. Pelukan di tubuhnya dileraikan dan jari-jemari dibiarkan bermain sesama sendiri di bawah meja. Rasa tidak terluah pula apa yang hendak disampaikan. Entah bagaimanalah penerimaan papa nanti. Tentu papa kecewa. Fikirnya.
Encik Syed Rahman mengangguk. “Jadi, kenapa dengan perkahwinan tu? Ada masalah?” soalnya tidak sabar apabila anak gadisnya itu sudah senyap tidak bersuara.
Puteri menggeleng.
“Habis tu?”
Puteri mendongak. “Ziyad minta Chem berhenti kerja selepas kami berkahwin nanti. Ziyad nak Chem uruskan rumah tangga.”
Encik Syed Rahman terdiam. Anak gadisnya itu dipandang dengan dahi berkerut. Kenapa pula Puteri perlu berhenti kerja?
“Kenapa?” Tanya Encik Syed Rahman.
Bahu dijongket. Dia sendiri tidak tahu kenapa Ziyad memberinya syarat tersebut. Kolot betul. Ejeknya. Ingat isteri zaman sekarang macam zaman dahulu agaknya. Sungguh, tidak dapat dibayangkan dia terpaksa duduk rumah dan buat semua kerja sendirian. Macam Ziyad tidak mampu hendak bayar orang gaji. Ziyad memang kejam dan dia tahu Ziyad memang sengaja melakukan itu semua. Sengaja hendak menyeksa hidupnya. Benci! marahnya dalam hati.
Bahu dijongket. Dia sendiri tidak tahu kenapa Ziyad memberinya syarat tersebut. Kolot betul. Ejeknya. Ingat isteri zaman sekarang macam zaman dahulu agaknya. Sungguh, tidak dapat dibayangkan dia terpaksa duduk rumah dan buat semua kerja sendirian. Macam Ziyad tidak mampu hendak bayar orang gaji. Ziyad memang kejam dan dia tahu Ziyad memang sengaja melakukan itu semua. Sengaja hendak menyeksa hidupnya. Benci! marahnya dalam hati.
Encik Syed Rahman melepaskan nafas. Jemarinya dibawa ke dagu dan janggut sejemputnya diurut-urutkan perlahan.
“So, Puteri macam mana?”
“Chem ada pilihan ke kalau itu yang Ziyad nak?” balas Puteri perlahan.
Encik Syed Rahman mengangguk pula. Bersetuju dengan kata-kata anak gadisnya itu. “Puteri tak tanya Ziyad? Mesti ada sebab kenapa dia buat keputusan macam tu.”
Puteri buang senyum segaris. “Malulah Chem nak tanya dan cakap banyak,” ucapnya malas-malas. Kalau ditanya belum tentu Ziyad akan memberikan jawapan yang dia inginkan.
“Pulak. Sepatutnya Puteri berbincang dengan dia elok-elok. Memanglah urusan perkahwinan tu keluarga yang cadangkan, tetapi urusan lepas kahwin nanti antara Puteri dengan dia.”
Puteri terdiam. Nak bincang elok-elok macam mana, pa, kalau Ziyad macam nak telan Chem setiap kali kami berbicara. Bercakap dengan Chem pun macam tak sudi sahaja. Macam terpaksa, ucapnya dalam hati.
“Dah tu keputusan Puteri macam mana?” soal Encik Syed Rahman lembut apabila puterinya itu hanya terdiam di hadapannya. Melihat riak anak gadisnya itu, dia tahu Puteri tidak suka diperlakukan begitu.
Puteri mengeluh perlahan. Rambutnya diraup. "Entahlah, pa. Kalau dah itu yang dia suruh, takkan Chem nak ingkar pulak. Papa jugak yang cakap bila dah kahwin, syurga seorang isteri itu kan di kaki suaminya.” Amboi! pandai pula Puteri berkata-kata.
Encik Syed Rahman tersenyum. “Okey, macam ni. Sementara waktu ni Puteri ikut aje
dulu apa yang Ziyad mahu. Mana tahu bila dah kahwin nanti Ziyad berubah fikiran. Papa bukan apa, kalau tak ada anak-anak yang bantu papa dekat office ni, siapa lagi? Memang syarikat ni tak besar mana, tapi dengan syarikat inilah kita mampu hidup senang selama ini walaupun bukan mewah macam orang lain,” pujuknya lembut.
Puteri mengangguk perlahan. Tersentuh pula mendengar kata-kata papanya itu. “Kalau papa dah cakap macam tu, okeylah. Nanti Puteri akan bincang dengan Ziyad semula.”
“Orang perempuan kena pandai. Pujuk sikit, manja-manja sikit, mesti orang lelaki akan cair. Anak papa kan terror bab-bab macam tu,” usik Encik Syed Rahman sambil tersenyum lebar.
“Papa...” rengek Puteri manja. Malu pula bila papanya yang mengusiknya begitu. Lagipun, itu dulu, pa, masa zaman Chem perasan jelita, tapi sekarang anak papa ni dah sedar diri.
Encik Syed Rahman tergelak kecil. Dia terus bangun daripada duduknya dan menghampiri anak gadisnya itu. Wajah anak gadisnya itu dipandang. Jemari Puteri diraih dan digenggam kemas bersama helaan nafas berat.
Puteri hanya memerhati dan membiarkan sahaja apa yang dilakukan papanya itu.
“Puteri tahu kan papa sayangkan Puteri?” ucap Encik Syed Rahman lembut.
Puteri mengangguk.
“Papa nak yang terbaik buat puteri kesayangan papa dan papa yakin Ziyad adalah pilihan yang terbaik buat Puteri. Papa tak nak anak papa terluka dan dilukakan. Papa harap Puteri faham kenapa papa bersungguh-sungguh hendakkan perkahwinan ini,” luah Encik Syed Rahman perlahan. Mengharap supaya Puteri menerima permintaannya tanpa ada rasa benci di hati.
“Sebagai orang tua, papa dan mama selalu berfikir tentang anak-anak, lebih-lebih lagi tentang Puteri. Kami selalu berdoa semoga Puteri bertemu dengan penjaga yang terbaik seperti mana kami menjaga Puteri. Jadi, kalau kami pergi pun kami boleh pergi dengan aman,” sambung Encik Syed Rahman
lagi dengan nada suara yang sudah berubah rentak dari tadi.
“Pa,” panggil Puteri perlahan dengan mata yang sudah bergenang air jernih. Pandangan papanya dibalas sayu.
“Percayalah dengan pilihan papa. Papa yakin Ziyad takkan mensia-siakan puteri papa.”
Sekali lagi Puteri mengangguk. Genggaman tangan papanya dibalas erat. Air mata yang hampir luruh terus diseka dengan sebelah lagi tangannya. Sesekali papa buat drama air mata begitu memang sentaplah hati dibuatnya. Dia tahu mama dan papa tetap mahukan yang terbaik untuknya dan dia juga
Sekali lagi Puteri mengangguk. Genggaman tangan papanya dibalas erat. Air mata yang hampir luruh terus diseka dengan sebelah lagi tangannya. Sesekali papa buat drama air mata begitu memang sentaplah hati dibuatnya. Dia tahu mama dan papa tetap mahukan yang terbaik untuknya dan dia juga
tahu Ziyad memenuhi ciri-ciri yang orang tuanya inginkan. Sungguh, kalau inilah yang telah Allah aturkan untuknya, dia reda kerana jauh di sudut hatinya masih ada satu rasa untuk lelaki itu.
No comments:
Post a Comment