Followers

Wednesday, 8 June 2016

Kerana Satu Janji - Bab 8









Bab 8



“MARI breakfast, hari ni aku buatkan breakfast favourite kau. Semoga bila kau makan masakan aku ni, kau lupa apa yang kau cakap malam tadi,” ucap Elyna berseloroh.
Sahabatnya yang sedang leka membaca sesuatu di atas meja kopi di ruang tamu rumahnya itu dipandang sekilas dan dengan senyum lebar di bibir.
“Elyn, Cikgu Ilham tu dah kahwin ke belum?” soal Hannah tanpa memandang Elyna yang sedang menyediakan hidangan tidak jauh dari situ. Fail di atas meja diselak helaian demi helaian.
Elyna terus berpaling. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Sepantas kilat dia terus berjalan menghampiri Hannah yang masih leka membelek dokumen di atas meja.
“Hannah, this is private and confidential,” ucapnya perlahan dan terus menutup kembali dokumen yang dibelek oleh Hannah tadi.
Sorry,” balas Hannah sepatah dan terus bersandar ke sofa semula. 
“Dah... Jom breakfast,” Hannah dipelawanya untuk bersarapan.
Hannah mengangguk dan terus bangun dari duduknya. Meja makan yang berada tidak jauh dari ruang tamu itu dihampiri. Kerusi ditarik dan dia terus duduk. Makanan yang disediakan oleh Elyna dipandang tak beriak.
“Kenapa? Tak best ke?” Elyna hairan. Selalunya pantang nampak scramble egg dan whipped potato tapi kali ini makanan tersebut dipandang sahaja dengan wajah yang langsung tak ada reaksi.
Hannah berpaling memandang Elyna. Serius saja riaknya.
“Kenapa kau ni?”
“Aku tanya kau tadi, Cikgu Ilham tu dah kahwin ke belum, kau tak jawab lagi.”
“Kenapa kau tanya?”  Elyna cuak. Melihat riak Hannah, dia seolah-olah dapat membaca apa yang bermain di fikiran sahabatnya itu.  Janganlah kau cakap nak kahwin dengan cikgu tu, Hannah!
“Boleh kau aturkan pertemuan aku dengan dia?” Hannah terus mendesak Elyna. Selamba sahaja sedangkan Elyna sudah menikamkan pandangan ke wajah tak beriak sahabatnya.
“Hei, relakslah babe...”
“Kau jangan jadi gila Hannah. Kau tak pernah kenal dia takkan kau nak ajak dia kahwin pulak?” Keras Elyna bersuara.
“Tak salah kan mencuba?” Hannah tergelak kecil.
Please Hannah, jangan buat kerja gila. Salah tahu kahwin berniat kontrak ni. Berdosa.” Elyna sudah mula penasaran. Kali ini dia benar-benar tak senang duduk. Nanti Hannah tak gila, dia yang gila!
“Aku akan jadi lebih gila kalau aku kahwin dengan Azryl. Kalau kau tak nak aku masuk hospital mental, tolong aturkan pertemuan tu. Hal salah atau tak, biar aku dan cikgu tu yang tentukan.” ucap Hannah bersungguh.
“Okey, apa aku nak cakap pada cikgu tu bila dia tanya kenapa kau nak jumpa dia? Nak cakap kau nak melamar dia? Macam tu?”
“Beritahu dia, ada orang sanggup untuk selesaikan kes adik dia.” Hannah terus cuba mencari ruang untuk meraih perhatian sahabatnya itu agar mempertemukannya dengan Ilham.
Membuntang mata Elyna memandang Hannah yang masih beriak selamba di hadapannya itu. Hannah memang sudah hilang akal. Dia nak selesaikan kes tu macam mana? Aduh! Pening dia melayan sahabat yang satu ini.
“Tapi macam mana?” Pantas Elyna menyoal.
“Kau uruskan pertemuan kami dulu, masa tu nanti aku akan beritahu macam mana.” Hannah terus mendesak.
Elyna menggeleng perlahan. Sesungguhnya dia bingung dan tersepit. Ya Allah, kau balikkanlah hati sahabatku daripada meneruskan kerja gila ini. Doa Elyna di dalam hati.
Please Elyn,” pinta Hannah seakan merayu.
Don’t tell me you’re serious, Hannah!
“I’m damn serious, Elyn. The sooner the better.” Hannah semakin bersungguh, sekali gus menambah kekusutan sahabatnya itu.
Elyna mendengus keras. Kepalanya dipicit-picit. Pening kepalanya memikirkan hal tersebut.
“Okey, aku nak tanya kau betul-betul ni, kau dah fikirkan perkara ni baik-baik?”
Hannah mengangguk. “Yup, dan aku yakin dengan keputusan aku,” jawabnya yakin.
Elyna terdiam lama. Jemarinya diketuk-ketuk di atas meja sedang dalam otak ligat memikir.
Fine, kalau itu keputusan kau, aku akan uruskan. Aku harap kau tak menyesal.” Akhirnya Elyna bersuara setelah lama membisu.
Hannah mengangguk. “Please and thank you,” ucapnya selamba. Makanan di atas meja terus disuapkan ke mulut tanpa perasaan. Hatinya berbunga-bunga dengan perancangan sendiri. Dia berharap sangat agar perancangannya untuk melamar Ilham menjadi, sekali gus berjaya membuatkan Azryl berputih mata untuk mengahwininya.

“CIK Hannah, datuk cari cik.” Perlahan Yati bersuara sebaik Hannah muncul di hadapannya. Melihat tegang air muka Cik Singa di hadapannya itu, takut pula dia hendak bercakap lebih-lebih walaupun setiausaha Datuk Mazlan sudah berkali-kali bertanya tentang Hannah.
“Kenapa?”
“Saya pun tak tahu,” balas Yati perlahan.
Hannah terdiam. Tanpa mengendahkan setiausahanya itu dia terus berlenggang masuk ke biliknya. Beg tangannya diletakkan di rak belakang kerusinya sebelum dia terus melabuhkan punggungnya di situ. Perlahan-lahan nafasnya dihela dan rambutnya diraup. Entah apa lagi yang Datuk Mazlan inginkan agaknya kalau pagi-pagi sudah disuruh menghadapnya. Hannah terlupa, dia sudah ponteng beberapa hari ini. Dengan malas, telefon di atas meja dicapai. Nombor interkom setiausaha Datuk Mazlan ditekan.
“Datuk ada?”
“Ada Cik Hannah. Datuk sedang tunggu cik sebenarnya,”
“Hurm... Okey, saya pergi sekarang,” ucapnya malas-malas. Gagang telefon diletakkan dan dia terus malangkah perlahan. Sampai sahaja di hadapan  bilik Datuk Mazlan, pintu diketuk dan terus dibuka.
Terlihat kelibat Hannah di muka pintu, Datuk Mazlan kembali menundukkan kepalanya. Sedari pukul 9.00 pagi dia menunggu baru sekarang Hannah muncul. Itupun apabila jarum jam sudah menginjak hampir ke pukul 11.00 pagi. Ponteng beberapa hari ini, sekadar melalui mesej sahaja. Dia benarkan dan berharap Hannah memberi jawapan positif tentang lamaran Azryl.
“Papa cari Hannah?”
Datuk Mazlan mendongak semula. Pen di tangannya diletakkan di atas meja. Tubuhnya disandarkan ke kerusi. Baru saja dia ingin melihat jam di tangannya, Hannah terus bersuara.
I know I’m late and I’m sorry.” Sebelum Datuk Mazlan membebel panjang lebar lebih baiklah dia mengakui silapnya dulu. Sekurang-kurangnya sejuk sikit amarah Datuk Mazlan nanti. Dia dah malas hendak mendengar bebelan yang entah apa-apa lagi nanti.
Datuk Mazlan terdiam. Hilang terus aura hendak mengamuk yang disimpan sejak pagi tadi. “Duduk,” arahnya tegas.
Tidak membantah Hannah terus duduk.
Datuk Mazlan berdeham perlahan. Kedua-kedua jemarinya dirapatkan dan digenggam kemas.
“Papa nak Hannah uruskan pelancaran textile terbaru keluaran syarikat kita. Design dan material papa dah luluskan, sekarang dalam proses cetakan di kilang. Papa anggarkan dalam  sebulan lagi kain-kain tersebut boleh mula dipasarkan. Tapi sebelum tu papa nak minta pandangan Hannah,” tuturnya datar.
Wajah Hannah direnung tajam. Apabila Hannah hanya membatukan diri, nama Hannah dipanggilnya tapi Hannah masih begitu.
 “Hannah!” panggil Datuk Mazlan sedikit kuat. Sudah dua kali dia memanggil tetapi anak tirinya itu hanya buat tak tahu sahaja di situ.
Hannah mendongak dan memandang Datuk Mazlan tak beriak. “Yup...” balasnya kalut.
“Hannah dengar tak apa yang papa cakapkan tadi?” Datuk Mazlan terus menyoal.
Hannah terdiam. Memang sedari tadi tiada satu pun kata-kata Datuk Mazlan yang masuk ke kepalanya, jadi dia tidak berani hendak mengiakan atau menafikan.
Datuk Mazlan menggelengkan kepalanya perlahan. Nafasnya dihela berat. “Hannah, can you be more serious in your work? tegurnya tegas.
“I’m sorry, but lately ni memang banyak perkara yang mengganggu fikiran Hannah,” balas Hannah perlahan.
“Contoh?” Datuk Mazlan terus melontarkan sepatah soalan berbaur sindiran buat Hannah.
Hannah menarik nafas perlahan. “The marriage. It’s really bothering me.” Jujur dia mengaku. Datuk Mazlan di hadapan dipandang seolah-olah  memohon pengertian. Sungguh dia berharap semoga Datuk Mazlan dapat melihat betapa terseksanya dia dengan aturan yang telah dibuat. 
“Hannah, apa lagi yang tak kena? Papa tak pernah minta apa-apa daripada Hannah, cuma kali ini saja papa minta Hannah setuju dengan pilihan papa. Azryl really loves you. And I know that,” pujuk Datuk Mazlan lembut.
Hannah terdiam lagi. Dalam hati dia mengeluh. Kenapalah papa tak nampak derita yang dilaluinya sekarang? Dia sendiri pun tidak tahu apa lagi yang perlu dia katakan supaya perancangan gila keluarganya itu tidak diteruskan. Sudah puas dia merayu dengan mama supaya rancangan itu dihentikan tapi hanya bebelan mama saja yang diterima.
Okay, let’s continue with our discussion.” Pantas Datuk Mazlan menyambung kata-katanya apabila Hannah sudah terdiam di tempatnya.
“Apa pandangan Hannah kalau kita gunakan jenama terbaru keluaran syarikat untuk majlis perkahwinan Hannah nanti? Well, it’s a good way to promote the brand with you as the model,” sambung Datuk Mazlan bersungguh-sungguh mengharapkan agar impiannya berbesan dengan Tan Sri Hadi menjadi kenyataan.
Hannah berdeham. Rasa nak tercekik mendengar cadangan ayah tirinya itu. Kenapalah urusan kerja perlu dicampur adukkan dengan urusan peribadi? Tapi mampukah dia menolak? Bersabar Hannah, selagi rancangan kau belum terlaksana, kau ikutkan saja apa yang keluarga kau rancangkan walau kau tak suka sekalipun. Itu saja yang  mampu kau lakukan sekarang. Pesannya pada diri sendiri.
So?” Datuk Mazlan menyambung lagi apabila melihat Hannah hanya membisu daripada tadi.
“Kalau papa rasa itu yang terbaik Hannah ikut saja,” balasnya tenang. Kalau papa tahu apa yang sedang dirancangnya sekarang mesti masuk ICU orang tua itu nanti. Bisiknya dalam hati. Nampaknya urusan ‘kahwin sementara’ nya itu perlu disegerakan sebelum persediaan perkahwinan dibuat.
Walaupun nampak macam berani tetapi sebenarnya dia takut-takut juga. Kalau difikirkan apa yang akan berlaku selepas dia dan cikgu tersebut selamat disatukan nanti lagilah huru hara perasaannya. Tak tergambar di fikirannya memikirkan malapetaka yang bakal berlaku nanti. 
Datuk Mazlan tersenyum puas. Walaupun Hannah tidak bersetuju terang-terangan, tetapi daripada kata-katanya itu dia tahu Hannah tidak berani menolak cadangannya.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...