Bab 1
Azri_SiRempit
33
minutes ago via mobile
..sederhana..
bagaimana nak takrifkan perkataan hidup secara sederhana?? kalau orang kaya mcm mana nk bersederhana? Dah memang kaya kan? kalau orang miskin memanglah kena bersederhana....bagi Azri mudah aje.. ade je duit.. guna.. nanti dah tua x le kempunan pulak..
bagaimana nak takrifkan perkataan hidup secara sederhana?? kalau orang kaya mcm mana nk bersederhana? Dah memang kaya kan? kalau orang miskin memanglah kena bersederhana....bagi Azri mudah aje.. ade je duit.. guna.. nanti dah tua x le kempunan pulak..
Riza
Ahmad :A'ah..gune
je sampai.habis..hahahaha..jangan sampai terambik duit jiran sebelah sudahlah.....hahahahaha
Azri_SiRempit :
ohh Riza Ahmad..
jiran saya Along.. nanti saya pinjam la dari dia.. haha
Azri_SiRempit :
Tia_the freak.. ade simpan seratus jer..tu pun rasanya 25hb ni piniss dah..
hahaha
Riza
Ahmad :Kang
x dpt bayar. ..melolong kene kejar along...tolong...tolong hahahahaha
Azri_SiRempit : saya
larik tido kelong.. x jumpe la nanti.. hehehe
Tia_the freak
: hampagas betul Azri_SiRempit...
hehehehee
Azri_SiRempit :
hihihi... you olls ni
kerja ape sebenarnya ye?? sama je kita.. fb manjang..
Azri_SiRempit : oppss..
okay2 saya tutup mulut.. hehehee
Riza Ahmad :
Hahahaha.soklan maut...kerja orang gaji
jer..tu yg sambil2 buat kerja sambil2 ber fb :-D...
Tia_the freak : Riza Ahmad...you orang gaji... I plak keje goyang kaki jer...
hehehehee
Riza Ahmad :
you plak Azri sibuk tanya org you tak
keje ke?
Azri_SiRempit : keje
saya senang aje..lepas antar surat saya mengular…hihihi
Tia_the freak : Azri_SiRempit the Anaconda… hahahaa
Azri_SiRempit : Ai
bukan anaconda Tia_the freak tapi I Dracula…hahaha
Tia_the freak : Azri_SiRempit< ---- BENGONG!
Fathia tersenyum lebar. Geli
hatinya melayan komen-komen dari lelaki yang menggelar dirinya Azri_SiRempit itu.
Hilang keserabutan yang memeningkan kepalanya dalam menyiapkan audit akaun
syarikat pembinaan yang masih terbengkalai sejak dua minggu lepas. Akaun
facebooknya terus ditutup dengan senyuman yang masih terukir di bibir.
“Amboi lebarnya senyum,” tegur
Suhaili yang tiba-tiba muncul di muka pintu.
Fathia mendongak kemudian tersengih
pula. Pandangannya dihalakan ke arah Suhaili yang sudah berdiri di hadapannya.
“Apa cer?” soal Suhaili lagi.
“Ala, dok berbalas komen dengan
budak sengal yang aku cerita kat kau hari tu,” jujur Fathia menjawab.
“Budak mana?” sudah berkerut dahi
Suhaili cuba mengingati gerangan budak sengal yang disebut oleh Fathia tadi.
“Ala, Azri_SiRempit itulah,” tutur Fathia
lagi cuba mengingatkan.
“Oh okay. Apa pulak status sengal
dia kali ni?” Suhaili sudah tersenyum bila mengingatkan cerita-cerita
sahabatnya tentang rakan facebook nya itu. Dia terus duduk di hadapan Fathia tanpa
diundang.
“Pasal
bersederhana,”
Entah kenapa tiba-tiba Suhaili
tergelak mendengar jawapan Fathia. Kelakar pulak mat rempit sibuk buat status
pasal bersederhana. Bukan dah memang hidup mat rempit sederhana saja ke? Soalnya
nakal.
“Apasal?” soal Fathia hairan. Wajah
Suhaili dipandang dengan kerutan didahi.
Suhaili menggeleng pula. Ada kena
bebel dengan Fathia kalau diluahkan apa yang terbuku di hati. Dia selalu ingat
kata-kata sahabatnya itu.
“Kita ni semuanya sama
saja Elly. Kaya atau miskin sampai masa ke tanah jugak. So, dalam hidup ni tak
usah terlalu mendongak ke langit sesekali kita kena jugak menunduk memandang ke
bumi”
“Eh Tia, kau tak teringin ke nak
jumpa mamat sengal tu?” soal Suhaili tiba-tiba. Rasanya sudah lama Fathia berkenalan
dengan lelaki itu di laman muka buku. Sudah hampir setengah tahun pun.
“Tak kuasa aku!” selamba Fathia membalas.
“Mana tau mamat tu hensem giler dan
kaya pulak tu,”
“Ada aku kisah?”
Suhaili tergelak lagi. Memanglah
kau tak kisah babe. Sedangkan si Khairul yang kaya raya dan handsome tu pun kau
bolayan inikan pula lelaki yang entah apa-apa. Mat rempit pulak tu. Desis
Suhaili di dalam hati. Oppss…bukan
bolayan tapi tak boleh bersama kerana keadaan. Pintasnya pula membetulkan
kenyataan.
Fathia memandang sahabatnya itu
tajam.
“Okay, kau nak apa masuk office aku
ni?” Fathia terus menyoal Suhaili cuba untuk mengingatkan kembali tujuan asal
kedatangannya itu.
Suhaili terus menepuk dahinya.
“Lupa pulak aku. Ini ha, David suruh bagi kau. Supporting document untuk audit
syarikat yang kau tengah buat sekarang. Mr. Lim baru beri dia pagi tadi,”
buru-buru Suhaili menyerahkan sampul surat warna coklat bersaiz A4 di tangan kepada
sahabatnya itu.
Huluran Suhaili disambut. Sampul
surat tersebut dibelek-belek.
“Sudah dua minggu kerja aku
terbengkalai disebabkan dokumen-dokumen ni, sampaikan kerja lain pun tak boleh
nak mula,” bebel Fathia sambil melepaskan keluhan. Sampul surat tersebut dibuka
dan dokumen di dalamnya dikeluarkan. Satu persatu dokumen-dokumen tersebut
diperiksa.
“Eh, minggu depan kau jadi ke naik
KL?” soal Suhaili apabila teringatkan syarikat Pumpco Holdings Sdn. Bhd. yang sedang
menunggu giliran untuk pengauditan.
“Insya-Allah, kalau audit syarikat
yang aku buat ni boleh settle dalam minggu
ni, isnin depan aku naiklah. Kenapa?”
“Aku nak kirim barang untuk adik
aku,”
Fathia tersenyum. “No hal,”
balasnya pendek.
“Thanks babe. Apa-apa hal kau
beritahu eh,” sambung Suhaili lagi dan terus bangun dari duduknya.
Tidak menjawab, Fathia hanya
mengangguk sahaja.
Azri memandang Ipad di tangannya
sambil tersenyum. “Bengong dikatanya aku.” Bisiknya perlahan. Berdepan dengan
rakan facebook yang seorang ini memang mengujakan. Apa tidaknya
status-statusnya selalu dicantas sesuka hati sahaja. Kena kutuk memang sudah
biasa tapi entah kenapa dia tidak terasa langsung dengan kata-kata yang
diluahkan oleh perempuan itu. Kadang-kadang timbul juga rasa ingin mengenali
perempuan itu dengan lebih dekat sebagaimana dia mendekati rakan-rakan facebook
yang lain. Namun entah mengapa walaupun sudah enam bulan berkenalan di laman
muka buku tak pernah terluah lagi kata-kata untuk bertemu muka. Tapi untuk apa
untuk bertemu? Tambahan pula perhubungan mereka hanya bersandarkan komen-komen
di status sahaja dan tidak lebih dari itu tapi kenapa nama Tia_the freak itu
terlalu menggamit hatinya. Rupanya saja dia tidak tahu malah tiada satu apa pun
mengenai perempuan itu tertulis di profail muka bukunya. Puas berulang kali dia
mengintai profail pemilik nama tersebut tapi hampa, yang ada hanya nama samaran
dan cuma diletakkan gambar upin dan ipin sebagai gambar profailnya.
Azri mengeluh perlahan kemudian
tersenyum lagi. Dia pasti suatu hari nanti pasti dia akan ketemu juga dengan
pemilik nama Tia_the freak itu. Ini Azrilah. Tak pernah lagi Azri gagal
menjejak. Kalau Azri mahu pasti dia akan lakukan apa saja untuk mencapai
keinginannya. Bisiknya yakin.
Sedang dia leka berbicara dengan
hati, tiba-tiba bahunya ditepuk kuat dari belakang. Azri tersentak.
“Oh mak kau!” Jeritnya lantang. Azri
terus berpaling. Dadanya digosok-gosok perlahan. Melihat Juki yang sedang
mengekek-ngekek memandangnya lagilah angin rasa satu badan. Rasa mahu dihempuk
saja sahabatnya itu.
“Melatah!”
“Gila kau!” bentak Azri keras. Bahu
Juki ditumbuk kuat. Ha, Rasakan! Bisiknya perlahan.
“Woi, Agak-agaklah wei!” lantang
Juki bersuara sambil menggosok-gosok bahunya perlahan. Dia terus duduk di
hadapan sahabatnya itu dengan sengih yang masih bersisa.
Azri terus terdiam. Hanya penumbuknya
saja yang di tunjukkan ke arah lelaki itu.
Juki tergelak sambil tangannya
diangkat tanda mengaku kalah.
“Mengular?”
Azri mendongak dan menjeling
sahabatnya itu sekilas.
“Mengular apanya. Aku baru balik
dari site lah,” perlahan tapi keras dia menjawab. Air milo ais di hadapannnya
dicapai kemudian dikacau sebelum dihirup perlahan.
Juki tersengih. Tangannya diangkat
dan dilambaikan ke arah pelayan yang berada tidak jauh dari situ.
“Nescafe tarik,” ucap Juki sebaik
pelayan menghampiri meja mereka.
“Kau dari mana ni?” soal Azri
sambil mengerling pandang sahabat di hadapannya itu.
“Dari office JKR. Ada meeting
tadi,” perlahan Juki membalas sambil melepaskan keluhan berat.
“Kenapa? Projek ada masalah ke?”
“Biasalah. Payment sangkut. VOP tak
approve,”
Azri tergelak. “Itulah aku dah
pesan, dokumen kena record betul-betul. Bila dah jadi macam ni mulalah kelam
kabut nak cari back up,” bidas Azri sinis.
Juki mencemik. “Kau senanglah
cakap. Kau tu QS. Perkara macam ni kacang aje bagi kau,” telah Juki pula.
Azri melepaskan gelak lagi. Memang
baginya perkara-perkara begitu hanya dicelah gigi sahaja. Setakat nak
menyelesaikan final account bukan masalah besar baginya. Sap Sap Soi!
“Nak aku tolong ke? Tapi kena
ingatlah, consultant fee mahal tau,” sambung Azri lagi sambil angkat kening.
“Kalau kau boleh settlekan aku
sanggup bayar berapa pun tapi agak-agaklah jangan melampau sangat. Aku pun
kerja makan gaji aje,”
Azri tersengih. “Aku tahulah. Kau
hantar semua rekod claim kat rumah aku nanti aku settlekan,”
“Beres bos!” balas Juki sambil
tersenyum lebar.
Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…
ReplyDeletebesttttt. :D
ReplyDelete