Followers

Friday 28 February 2020

Dean & Jean - Bab 7









Bab 7
“Kau nak cari apa sebenarnya ni Jean?” Bebel Moon dengan muka berkerut-kerut. Penat dia mengekor langkah Jean sedari tadi. Habis satu bangunan pusat membeli belah One Utama itu mereka jelajahi. Peliknya Jean tidak rasa penat ke? Lututnya seperti hendak tercabut berjalan tanpa henti sejak tadi.

Jean jungkit bahu. Dia sendiripun tidak tahu apa yang dia hendak cari di situ. Sedari tadi ke sana ke mari tetapi tiada satu apa pun yang menarik minatnya. Pandangan dibuangkan ke sekeliling tetapi semuanya kelihatan hambar. Bosan! Dengusnya.

“Kau tak tahu kau nak cari apa tapi habis satu bangunan One Utama ni kau bawak aku jalan. Kaki aku dah lenguhlah weiii!” Marah Moon pula.

“Alaaa, kau ni. Jalan sikit pun dah lenguh. Cubalah exercise sikit. Kata nak kurus.” Balasnya bersahaja dan mula buka langkah semula.

“Nak kurus? Weiiii! Berat badan aku masih normal lagi tau. Lima puluh lima kilogram dengan ketinggian aku, satu kaki lima inci tu masih okey sangat lagi. Kalau aku nak kurus pun bukannya dengan menapak sekeliling shopping complex macam ni. Penat sia. Aigooooo!” Bebelnya.

Jean mencemik dan semakin melajukan langkahnya.

“Heiii! Heiii!” Moon menggeleng tapi tetap mengekor. “Kau nak kemana pulak ni?” Lengan Jean diraih dan ditarik supaya berhenti.

“Nak cari starbuck. Kau nak minum tak?”

“Weiiii! Starkbuck kat tingkat bawahlah.” Balas Moon bersama dengusan keras.

“Yang kau kalut sangat ni kenapa? Lif kan ada.” Jean masih beriak bersahaja. Langsung tidak terkesan dengan amarah sahabatnya itu. Tidak terus menunggu di situ, langkah dibuka kembali. Baru beberapa langkah dia berjalan tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Cepat-cepat telefon bimbit di dalam beg tangannya dicapai. Malas dia hendak melayan bebelan Moon. Sebaik terpandangkan nama Dean di skrin, bibir terus menguntum senyum. Sepantas kilat itu, panggilan tersebut disambut.

“Waalaikumsalam.” Jawabnya membalas salam yang dihulurkan dan langkahnya dianjakkan ke tepi berdekatan penghadang besi kerana tidak mahu menganggu laluan orang lain.

“Dekat mana tu? Bisingnya.”

“One Utama.” Langkah terus diayun.

“Shopping?”

“Tak. Cuci mata.” Balasnya sambil tersengih.

“Cuci mata cari apa? Boyfriend?”

“Kalau jumpa apa salahnya.” Guraunya sambil ketawa kecil.

“Yang depan mata ada, yang jauh juga yang kau cari.”

Mendengar kata-kata Dean, ketawa Jean semakin galak. “Kau dekat mana?” Tanyanya malas hendak memanjangkan usikan Dean.

“Pasar Siti Khatijah.”

“Cari awek Kelantan?” Usik Jean pula.

“Aku tunggu mak aku beli barang dekat dalam tu ha!” Dengus Dean.

Jean tergelak lagi. “Oh!” Dia terus melangkah. Moon pula hanya mengekor sahaja di sebelahnya dengan wajah cemberut.

“Kau nak kirim apa-apa tak nanti aku belikan.” Dean menyambung bicaranya.

“Nasi tumpang. Nak yang sedap macam mak kau buat dulu tu.”

“Itu aje?”

“Itu aje yang aku terfikir sekarang. Kau balik bila?”

“Dah rindukan aku ke?”

Baru sahaja Jean ingin membalas usikan Dean tiba-tiba dia terasa tubuhnya dilanggar seseorang dan telefon bimbitnya terus terlepas dari tangan.

“My phone!” Jeritnya apabila melihat telefon bimbitnya melayang-layang jatuh dari tingkat dua ke tingkat bawah. “My phone!” Jeritnya lagi. Hampir menitis air mata dia melihat telefon bimbit yang baru dibeli tidak sampai tiga bulan itu terhempas ke lantai.

“I’m sorry miss. I tak sengaja.”

Mendengar teguran seseorang Jean berpaling. Lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu direnung geram. “Lain kali tak boleh ke jalan elok sikit? I dah jalan tepi pun you masih langgar lagi.” marahnya dan terus berlari meninggalkan lelaki itu untuk ke tingkat bawah. Moon mengekor sambil menjeling lelaki yang melanggar sahabatnya itu dengan satu jelingan tajam.

“Jean!”

“Jean!”

Tubuh yang sedang bersandar di tepi kereta terus ditegakkan. Telefon bimbitnya direnung dan dada mula berdebar. Apa yang berlaku tiba-tiba sahaja perbualannya dengan Jean terputus begitu sahaja. Nombor telefon Jean didail semula.

Senyap.

Didail lagi dan masih juga senyap.

“Jean…” Bisiknya dan rambutnya diraup. Teringatkan Moon, cepat-cepat nombor sahabat baik Jean didail. Dia sangat yakin Moon pasti ada bersama Jean ketika itu. Tidak lama menunggu panggilan berjawab.

“Moon, kau dengan Jean ke?” Soalnya sehingga terlupa hendak memberi salam.

“Haah, aku dengan Jean ni.”

“Dia kenapa? Aku call dia tak dapat-dapat ni.” Dean semakin resah.

“Telefon dia jatuh dari tingkat dua ke ground floor. Dah hancur.”

“Bagi aku cakap dengan dia sekejap.”

“Jean tengah bertekak dengan mamat yang langgar dia. Nanti dah settle aku suruh dia call kau balik. Aku nak backup dia ni. Bye.”

Tutttt! Tutttt!

Dean mendengus. Moon pun satu, cepat sangat letak telefon. Masalahnya, Jean bertekak dengan mamat mana? Dan apa yang berlaku sampai mereka bertekak di pusat membeli belah? Haih!

“I’m sorry. I tahu I salah. I akan ganti balik phone tu.” Ucap lelaki itu untuk yang entah ke berapa puluh kali.

“You nak ganti? Ini Iphone X tahu tak? Bukan seratus dua harganya!” Marahnya sambil menunjukkan telefon bimbitnya yang sudah hancur skrinnya.

“I akan ganti.” Ucap lelaki itu bersungguh.

“Okay fine! You nak ganti sangat kan? I nak you ganti sekarang juga.” Tegasnya. Jangan main-main dengan Jean dan jangan sesekali buat dia marah. Ha! Itulah akibatnya.

Lelaki itu akur. “Okay…okay. Kita cari kedai phone sekarang.” Ajaknya bersungguh.

Jean mengangguk lalu tangan Moon ditarik supaya mengikutnya. Apa yang buat dia geram sangat sebab dia tengah berborak dengan Dean kut tadi. Mesti Dean tengah risau sekarang. Eeeeiiii…geram betul!

Sampai sahaja di sebuah kedai menjual telefon bimbit, lelaki itu terus masuk. Jean dan Moon 
mengekor.

“I nak Iphone yang paling latest.” Ucap lelaki itu kepada salah seorang jurujual di situ.

“No, I nak Iphone yang sama macam I punya.” Celah Jean dan Iphone di tangannya ditunjukkan.

Jurujual tersebut mengalihkan pandangan ke arah tangan Jean. “Sorry miss, Iphone X kami dah tak ada stok.” Beritahunya.

“Kalau tak ada dekat sini, kita cari tempat lain.” Tegasnya.

Lelaki itu menggeleng. “It’s okay, I’ll buy you the latest one.”

“But the price…”

“Anggapkan ianya sebagai compensation sebab I dah rosakkan hanphone you.”

“But…”

“Please, I betul-betul rasa bersalah sekarang and dengan cara ini saja I boleh tebus rasa bersalah I.” Lelaki itu tetap bertegas.

Jean terdiam dan Moon dipandang. Moon pula dengan riak sedikit sombong, terus mengangguk. 

“Ambik je.” Bisiknya mengapikan.

Dengan helaan nafas dan rasa serba salah, akhirnya Jean akur. “Fine.” Ucapnya sepatah.

Lelaki itu tersenyum dan terus membuat urusan jual beli. Selesai semuanya, dia berpaling memandang Jean semula.

“Ini, I ganti balik handphone you yang rosak tadi. I harap masalah kita hari ni dah selesai dan I betul-betul minta maaf.” Ucap lelaki itu dan beg kertas berisi Iphone XS yang baru dibelinya tadi dihulurkan kepada Jean.

“Thank you tapi lain kali tolonglah berhati-hati. Tak pasal-pasal melayang dekat empat ribu sebab nak bayar ganti rugi.” Pesan Jean mengingatkan. Huluran lelaki itu disambut. Hurmmm…kata orang rezeki jangan ditolak. Lagipun apa yang berlaku salah lelaki itu juga. Desisnya cuba menyedapkan hati sendiri. Maklumlah, dia bukannya suka menerima pemberian dari orang sembarangan. Hanya pemberian Dean sahaja yang dia terima walau dengan banyak soal.

“Yeah, I’ll be extra carefull next time.”

“So, thanks again for the phone.” Jean berbahasa dan mula buka langkah untuk pergi dari situ.

“Miss…” Panggil lelaki itu dan ikut buka langkah. Jean berpaling dan keningnya dijungkitkan.

“May I know your name?”

Jean terdiam dan lelaki itu dipandang tidak berkelip.

If you tak keberatan nak beritahu I.”

“Jean…” Balas Jean sepatah. Moon di sebelahnya sudah tarik muka menyampah dan tidak puas hati. Entah kenapa dia tidak berapa suka dengan lelaki itu walaupun kacak orangnya.

Lelaki itu tersenyum dan tangannya dihulurkan. “I, Hazif.” Ucapnya.

Jean hanya memandang sahaja lelaki yang bernama Hazif itu tanpa perasaan dan huluran lelaki itu dibiarkan tidak bersambut. Memang dia nampak moden tapi dia tidak akan menyambut salam dari lelaki yang bukan mahram. Sorry! Desisnya.

Mengerti akan penolakan itu, Hazif terus menjatuhkan tangannya. “Nice meeting you.” Ucapnya lagi dengan senyum lebar di bibir.

Jean senyum segaris dan terus meminta diri beredar dari situ.

“Aku tak sukalah dengan mamat tu.” Moon bersuara setelah diam membisu sejak tadi. Sambil berjalan, lelaki yang masih berdiri memerhati ke arah mereka dikerling.

“Kau tak payahlah nak susah payah sukakan dia. Lagipun bukannya kau akan jumpa dia lagi.” Selamba Jean membalas.

“Tapi mamat tu boleh tahan juga handsome kan?” Moon tersenyum gatal. Lelaki bernama Hazif itu dikerling lagi.

Jean lepaskan tawa dan menoleh sahabatnya itu sekilas. “Dah tahu handsome kenapa tadi tak minta nombor telefon?” keningnya dijungkitkan bersama senyuman. Moon, pantang betul nampak lelaki kacak. Bukan main menggedik lagi. Begitulah juga reaksi Moon ketika kali pertama jumpa Dean. Tak henti-henti puji Dean kacak. Sampai naik kebas telinga dia dengar ayat yang sama setiap hari. Tapi dia tak pernah beritahu Dean yang Moon selalu memujinya. Tak nak dia tengok Dean tayang muka bangga bila kena puji. Menyampah!

“Haish! Takkanlah aku nak minta nombor telefon. Buat malu aje.”

“Reti malu? Aku ingat kau tak reti malu.” Gelaknya.

Dikutuk begitu, Moon mencemik dan tarik muka. Teringatkan sesuatu, dia bersuara semula. “Alamak Jean, lupa nak beritahu kau, tadi Dean ada call aku tanya pasal kau. Nanti kau telefonlah dia balik. Dengar suara dia macam risau aje.” Beritahunya.

“Mamat tu memang gitu. Entah apa yang dia risau sangat agaknya.” Dengusnya.

“Kau ni orang risau pun salah.” Marah Moon.

Jean mencemik.

“Tapi kan Jean, dia dekat mana sekarang eh?”

“Balik Kelantan. Adik bongsu dia bertunang.”

Moon mengangguk. Hurmmm…patutlah beria Jean ajak dia keluar dan ukur One Utama hari itu. Bosanlah tu sebab Dean tak ada. Kalau Dean ada tentu Dean yang jadi mangsa. Dia sebenarnya pelik juga dengan Jean dan Dean. Kata kawan baik tapi nampak macam couple. Peliknya, rajin pulak Dean melayan. Dia kalau Jean ajak pergi makan memang no hal tapi kalau diajak ke shopping complex memanglah dia surrender. Jean kalau berjalan tak reti berhenti selagi kakinya tidak penat. Betullah seperti emak dia pernah kata, orang kalau ada tahi lalat di kaki memang kuat berjalan. Contohnya ada depan mata dia. Si Jean lah siapa lagi. Haih!

“Jangan lupa tu nanti call dia.” Dia mengingatkan.

“Haih! Tahulah aku.” Acuh tak acuh Jean membalas dan semakin melajukan langkahnya.

“Eh! Tadi kata nak pergi minum dekat starbuck?” Melihat Jean yang sudah berjalan menuju ke arah lif, Moon terpinga-pinga.

“Tak ada mood dah nak minum. Kita terus baliklah.”

Moon mendengus. “Jean aku hauslah!” jeritnya dan kepala digeleng geram.

Tidak mengendahkan Moon, Jean hanya meneruskan langkahnya.

Moon ketap gigi melepaskan geram dan takut kena tinggal, cepat-cepat kakinya diayun.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...