Bab
3
Fail di atas meja ditutup. Tubuh
disandarkan ke kerusi. Nafas di hela untuk melepaskan lelah. Bukan senang
rupanya mencari rezeki. Rezeki yang dapat itu pula hanya cukup makan sahaja setiap
bulan. Walaupun sudah setahun lebih bekerja, hanya sesekali sahaja dia mampu
untuk mengirimkan duit untuk keluarganya dikampung walaupun abah sering menolak
pemberiannya. Makan pun terpaksa ikat perut semata-mata nak simpan duit untuk beli
kereta. Biar senang sikit berulang alik ke tempat kerja dan balik kampung.
Sekarang, hari-hari dia terpaksa berkejar ke stesen bas atau teksi untuk ke
pejabat. Nasib baiklah dari apartmentnya ke stesen bas dan teksi tidaklah jauh
mana. Kalau tidak pun sesekali dia balik menumpang kereta Jenny. Walaupun Jenny
murah hati hendak menghantarnya setiap hari tetapi dia menolak. Malas
menyusahkan sahabatnya itu.
“Kau kenapa? Demam ke?” tegur Jenny dan terus menghampiri
ruang kerja Nur Jannah. Sambil bersandar di partition sahabat baiknya itu, dahi
Nur Jannah disentuh.
Dengan wajah yang tak beriak, kepalanya
digelengkan. “Aku okey cuma serabut. Akaun ni tak ngam dari tadi.” Balasnya
bersama keluhan.
Jenny tergelak. Tangan dipelukkan ke
tubuh. “Biasalah tu akaun tak ngam. Cuba check betul-betul, mana tahu ada
yang syarikat tu lupa nak key in.”
suruhnya.
“Dah dua kali aku check Jen, entah dekat
mana silapnya ni aku pun tak tahu.” Keluhnya. Tubuh disandarkan ke dinding
kerusi semula.
“Jom minum dulu. Otak kau dah full sangat
tu sampai tak boleh fikir.” Ajak Jenny pula. Kasihan melihat wajah serabut
rakan sekerja cum sahabat baiknya itu.
“Malas nak keluarlah. Panas.” Tolaknya.
Tetikus dicapai semula. Fail yang ditutup tadi dibuka kembali.
“Jannah, kita keluar minum dulu. Tak
payah pergi jauh-jauh, kat bawah tu pun ok. Kalau kau paksa diri pun tak guna. Takut
kau yang buat mistake nanti. Jom, aku belanja.” Pujuk Jenny lembut sambil
tayang sengih.
“Serius aku malas nak keluar Jen. Perut
pun rasa tak selesa ni. Nak period kot.” Ucapnya malas.
“Betul tak nak turun ni? Nanti
menyesal.” Jenny menduga. Kening dijungkitkan. “Dapat minum ais batu kacang
dekat kedai bawah tu waktu panas-panas macam ni mesti syok.” Godanya pula.
Nur Jannah terdiam. Memang dia malas hendak
turun tetapi dia lagi malas hendak mengadap komputer dan fail di hadapannya
itu. Mendengar godaan Jenny tadi, terliur pula dia.
“Okeylah, aku ikut.” Akhirnya dia
mengalah dan terus bangun.
Jenny pamer sengih. Lebar. Dia tahu Nur
Jannah tidak akan tahan dengan godaannya. “Jom, kita cari pisang goreng colek
sambal kicap dekat bawah.” Ucapnya teruja dan mula buka langkah.
Nur Jannah menggeleng. Anak cina seorang
ini memang pelik. Hampir setahun lebih mengenali Jenny, dia sudah masak dengan
perangai gadis tersebut. Makanan yang digemarinya semua masakan melayu kampung
bukan macam dia, sibuk telan pizza, spageti dan keju macam anak orang-orang
kaya. Lelaki yang disukai Jenny juga lelaki melayu. Cakapnya tidak pelat
seperti kebanyakan rakan sebangsanya yang lain malah gadis itu lebih suka
berbicara di dalam bahasa melayu berbanding bahasa inggeris atau bahasa
ibundanya walaupun dengan rakan sebangsa. Yang menjadikan dia sangat mengkagumi
Jenny, gadis itu tidak pernah lupa mengingatkannya apabila tiba waktu solat.
“Cuti ni kau tak balik kampung ke?”
Jenny bersuara sambil langkah diayun perlahan-lahan menuruni mata tangga.
“Tak kot. Belum gajilah.”
“Tak bosan ke duduk Kota Damansara aje?
Kalau aku ada kampung memang tiap-tiap bulan aku balik.” Jenny berbicara lagi.
“Kalau ikut hati aku ni memang nak balik
tiap-tiap bulan tapi kalau nak balik kosnya bukan sikit. Itu belum campur penat
dalam perjalanan. Lagipun Jen, kalau balik masa tak berduit, rasa segan pulak
dengan parents aku. Takkan aku nak mintak duit dari abah aku pulak.” Nur Jannah
memberi alasan. Tapi sungguh pun, masakan dia hendak menyusahkan abah lagi.
Sudah puas abah bersusah payah semasa dia belajar dulu jadi biarlah abah
membantu adik lelakinya pula.
“Duit boleh cari Jannah tapi parents?
Masa mereka hidup aje kita boleh bersama-sama mereka. Kalau ibu bapa dah tiada,
bukannya boleh dibeli dimana-mana.” Keluh Jenny perlahan. Tiba-tiba hati
tersentuh apabila mengingatkan kedua-dua orang tuanya yang sudah hampir lima
tahun meninggal dunia. Kalaulah duit yang ada mampu membeli kedua-duanya, sudah
lama duit tersebut dilaburkan untuk mendapatkan kasih sayang orang tua yang
sudah lama dia kehilangan.
“Aku tahu dan aku sayang sangat dengan
mak, abah dan adik aku tapi keadaan tak mengizinkan. Kalau lepas gaji mungkin aku
akan cau aje.” Balasnya bersungguh.
“Apa kata, aku ikut kau balik. Naik
kereta aku.” beria-ia Jenny menawarkan diri.
“Jen, naik kereta kau pun nak kena isi
minyak. Itu bukan duit ke?” tolak Nur Jannah lembut.
“Jangan risaulah pasal tu. Aku sponsor.
Ikhlas ni. Demi Allah.”
Nur Jannah lepaskan tawa kecil. “Kau ni
kalau bercakap mengalahkan orang melayu islam. Aku rasa kau dah layak dah untuk
masuk islam. Orang puasa kau pun puasa. Waktu sembahyang fardu, kau lebih alert
dari aku.” Ucapnya dengan tawa yang masih bersisa.
Jenny tersengih. “Aku memang ada terniat
untuk ke arah itu. Insya-Allah, bila
tuhan dah bukakan pintu hati aku sepenuhnya untuk Dia, aku akan melafazkan dua
kalimah syahadah dan sujud kepada-Nya.”
Nur Jannah terdiam. Langkah kakinya juga
terhenti. Jenny dipandang tak berkelip. Benarkah apa yang didengarinya tadi?
Jenny mengungkapkan, Insya-Allah dan mengungkapkan tentang dua kalimah syahadah?
dan Jenny juga memang berhasrat untuk memeluk islam? Subhanallah!
“Kenapa pandang aku macam tu?” Jenny
kerutkan wajah. Pelik apabila Nur Jannah tidak berkelip memandangnya.
“Kau serius ke dengan kata-kata kau
tadi?” soalnya.
Laju Jenny anggukkan kepala. “Aku dah
lama baca dan kaji tentang islam Jannah. Belajar dengan pembantu rumah aku dan
ustazah di surau yang pembantu aku selalu pergi. Dan sejak aku mula mendekati
agama kau, aku rasa tenang. Aku hanya tunggu masa sahaja untuk mengucapkan
syahadah. Insya-Allah, jika diizinkan Allah.” Ucapnya tenang tetapi yakin. “Dan
aku dah boleh baca Iqra’.” Sambungnya teruja.
“I’m speechless Jen. Aku tak
sangka...aku betul-betul tak sangka.” Tuturnya perlahan.
Jenny tersengih. “Mungkin aku diantara
mereka-mereka yang dipilih untuk menerima hidayah dari-Nya.” Kening
dijungkitkan.
Nur Jannah menggeleng. Pandainya Jenny
berbicara. “I can’t wait for that moment.” Ucapnya teruja.
“Dan aku nak jadi
salah seorang yang mendengar kau mengucapkan dua kalimah syahadah nanti.”
Sambungnya bersungguh.
“Kau doa-doakan ya.” Senyum Jenny
bertukar lebar. Dia sendiri pun sedang mempersiapkan diri untuk ke arah itu.
“I will Jen.. I will..”
“Dah jom. Dari tadi kita membebel aje.
Kalau Encik Hashim tahu ni mesti kena sound sia-sia. Kata lima belas minit aje
tapi sekarang sepuluh minit dah berlalu.” Jenny semakin melajukan langkah.
Nur Jannah tergelak dan mengekor langkah
sahabatnya itu. Sedang laju menghayun langkah tiba-tiba dia terdengar Jenny menjerit. Kepala terus ditolehkan ke sebelah. “Jen!”
Jenny yang sudah jatuh terduduk itu dihampiri. “Ya Allah.” ucapnya cemas.
Tangan Jenny diraih dan dibantu untuk bangun.
“Heiii...lain kali jalan tu tengoklah
kiri kanan. Jangan main redah aje!”
Terdengar Jenny dimarahi begitu, hati
Nur Jannah terus panas tiba-tiba. Lelaki itu memang sengaja cari nahas!
Marahnya. Dia terus berdiri dan tubuh dipusingkan untuk menghadap lelaki
tersebut tetapi sebaik terpandangkan lelaki itu, dia terpaku dan mulut terus
terkunci.
“Jannah..” Panggil Jenny sebaik dia elok
berdiri. Tangan sahabatnya itu diraih dan ditarik rapat ke arahnya. Bimbang
juga dia andai berlaku bergaduhan di situ. Nur Jannah bukannya boleh kira.
Datang angin ribut dia tak pasal-pasal
kecoh nanti.
“Maaf encik, saya tak sengaja.” Kepala
terus ditolehkan memandang lelaki yang dilanggarnya tadi dan dia turut
tergamam. Patutlah Nur Jannah boleh terpaku begitu. Syed Azrai Mikael rupanya.
Kecilnya dunia.
“Nasib baik handphone aku ni tak jatuh
kalau tidak, kau pun tak mampu nak ganti.” Marah Syed Azrai agak kasar. I Phone
6 di tangannya ditunjukkan ke arah Jenny dengan wajah bengis.
Nur Jannah hanya mematikan diri
ditempatnya. Tiba-tiba dia jadi manusia yang tidak tahu membela sahabat
sendiri. Wajah lelaki yang sudah berubah kemerahan kerana terlalu marah itu
dipandang tak berkelip. Jelas kelihatan pergerakan rahang diwajah lelaki itu bergerak-gerak
menahan marah membebelkan Jenny.
“I’m sorry encik. Saya betul-betul tak
sengaja.” Jenny masih tidak henti-henti memohon maaf. Melihat wajah bengis
lelaki itu, semakin kecut perutnya. Tetapi kalau sudah memang salahnya kenalah
mengaku.
“Kenapa ni?” terdengar suara seorang
perempuan menegur mereka, laju Jenny dan Nur Jannah palingkan wajah.
“Ray, what happen?” soal perempuan itu
lagi. Syed Azrai dipandang pula.
“Nothing, just a small accident.” Balas Syed
Azrai jengkel. Telefon bimbit di tangannya terus dimasukkan ke dalam poket
seluar slack yang dipakainya. Perempuan yang melanggarnya tadi dijeling tajam menunjukkan
rasa tidak puas hatinya.
“Kalau tak ada apa-apa mari kita pergi.”
Perempuan itu bersuara lagi. Bahu Syed Azrai ditepuk perlahan. Wajahnya
dipalingkan ke arah dua orang gadis di hadapan. Wajah salah seorang gadis itu
diamati dan sebaik teringatkan sesuatu, dia terus menegur.
“Ermmm... kalau tak silap I, you ni
kawan Ika kan?” soal perempuan itu dengan dahi berkerut. Jari ditudingkan ke
arah Nur Jannah.
Nur Jannah terdiam. Pandangan perempuan
itu dibalas dengan kerutan.
“Nur Jannah kan?” soal perempuan itu
lagi.
Tidak menjawab, Nur Jannah anggukkan
kepala. Perlahan. Dalam kepala ligat memikir siapa gerangannya perempuan itu.
“I, Puan Sofi. Klien Ika. Ingat lagi
tak?” bersungguh dia bertanya.
Teringatkan itu, keluhan kecil
dilepaskan. “Ya Allah, Puan Sofi. Maaf, saya tak perasan.” Balasnya
teragak-agak. Malu pun ya juga. Macam manalah dia boleh tak ingat. Terserempak
dengan Syed Azrai boleh terlupa segalanya.
“It’s okay.” Puan Sofi pamer senyum
segaris. “Kerja di sini ke?” soalnya ramah.
Nur Jannah mengangguk. “Pejabat saya
dekat atas sana.” Balasnya berbasi-basi. Jari ditunjukkan ke atas.
“Oh!” Puan Sofi membalas sepatah.
“Tak apalah Puan, biar kami pergi dulu.
Nanti lambat kami masuk pejabat semula.” Nur Jannah berbicara ramah. Sebenarnya
dia rasa tidak selesa dengan keadaan itu. Apa tidaknya, lelaki yang berada di
situ adalah Syed Azrai Mikael, ‘anak dulang emas’ yang diushar dengan Jenny
tempohari. Entah kenapa, terus kelu lidahnya apabila berdepan dengan lelaki
itu. Hari itu bukan main beria bila berdepan kecut pula perutnya. Tak sangka,
sombong dan garang nak mampus lelaki itu rupanya.
“Jannah, ada tak Ika tanya you tentang
tawaran I tu?” Puan Sofi menyambung bicara seolah tidak mahu perbualan mereka
terhenti di situ.
Kepala dianggukkan. “Ada.” Balasnya
sepatah.
“So, macam mana?”
Kepala digaru pula. “Ermm.. biar saya
fikir dulu sebab saya tak pandai nak jadi model.” Balasnya teragak-agak.
“Tentang itu you jangan risau. Kami akan
ajar you.” Puan Sofi semakin bersungguh.
Nur Jannah berdeham pula. Tidak tahu
jawapan yang bagaimana perlu diberinya. Bukan dia tidak sudi tetapi dia kekok
hendak bergaya di hadapan kamera. Lebih tepat lagi, dia malu sebenarnya.
Melihat keadaan Nur Jannah yang sedang
serba salah, Puan Sofi terus mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya. “Ini kad
I. You fikir dan bila you dah buat keputusan you call I. Tapi I betul-betul nak
gunakan khidmat you sebab I rasa wajah you dan penampilan you sesuai dengan
konsep rekaan terbaru I.” pujuknya lagi.
Nur Jannah tersenyum. Payau. Memanglah
bagus dapat cari duit lebih tetapi dia
bukannya reti. Tak laku baju-baju puan Sofi nanti, tidakkah haru? “Ermm.. okey.
Nanti apa-apa hal saya call Puan.” Balasnya.
Puan Sofi mengangguk. “Okay, I’ll wait
for your call.” Ucapnya bersungguh.
Tidak menjawab, Nur Jannah mengangguk
sahaja.
“Okay Jannah, I think, I’ll make a move first.”
Syed Azrai di sebelah dipandang. Melihat riak lelaki itu dia tahu Syed Azrai
sudah rimas di situ terlalu lama.
Sekali lagi Nur Jannah mengangguk.
“See you again.” Puan Sofi berbicara
lagi. Nur Jannah hanya senyum sahaja.
“Come Azrai.” Ajaknya dan lengan Syed
Azrai ditepuk.
Syed Azrai mengangguk. Tidak memandang
ke arah dua orang gadis di hadapannya itu, dia terus berlalu.
“Jangan lupa call I ya.” Pesan Puan Sofi
lagi sebelum berlalu.
Sekali lagi Nur Jannah mengangguk. Kad
yang diberikan oleh puan Sofi tadi dikerling sekilas. Kepala diangkat dan
langkah keduanya dipandang sehingga hilang dari pandangan.
“Amboi beria-ia makcik tu.” Sampuk Jenny
tiba-tiba. Sedari tadi dia hanya mendengar sahaja perbualan Nur Jannah dengan
perempuan yang pada kiraannya hampir memasuki umur 40an itu. Nampak cantik dan
bergaya. Mesti orang kaya. Telahnya.
Nur Jannah buang senyum. Kad nama puan
Sofi tadi terus diselitkan dicelah telefon bimbitnya.
“Kenapa tak terima aje? Boleh jumpa
dengan jejaka idaman kau.” Giat Jenny pula. Bahu Nur Jannah disenggol.
Muka dicemikkan. “Kalau jumpa.” Ucapnya
dan dia terus buka langkah.
“Take a chance dear. Kalau tidak macam
mana kau nak kenal-kenal dengan Syed Azrai Mikael tu.” Hasut Jenny lagi.
“Sudah...sudah...kita pergi minum dulu.
Kita dah lambat ni.” cepat sahaja Nur Jannah mematikan bicara mereka tentang
itu. Entah kenapa dia jadi tidak selesa berbicara perihal tersebut padahal
sebelum ini dia yang beria-ia. Baru melihat perangai Syed Azrai yang ‘sedikit’
tadi, hatinya seakan takut untuk meneruskan apa yang dirancangkan sebelum itu. Apa tidaknya, setakat ini dia hanya berjaya
mendampingi ‘anak ikan bilis’ belum lagi ‘anak jerung’ macam Syed Azrai.
Dengan tawa yang menghiasi bibir, Jenny
menurut sahaja. Langkah Nur Jannah terus diekori.
No comments:
Post a Comment