Petang
itu Zariq terus membawa Qyra ke tapak chalet yang berada tidak jauh dari Villa
Bahagia. Tujuan papanya membeli chalet tersebut sebenarnya bukan untuk tujuan
komersial tapi lebih untuk ahli keluarga dan saudara mara. Bila-bila masa kalau
ada saudara mara yang hendak bercuti boleh menginap di situ. Selain itu papa
mahu menjadikan tempat itu sebagai tempat percutian tahunan untuk semua ahli
keluarganya.
Zariq
membawa Qyra melihat dari satu chalet ke satu chalet sambil menerangkan apa
yang dikehendakinya. Qyra hanya mengangguk-angguk saja mendengar penerangan Zariq.
Butir-butir penting yang dikehendaki oleh Zariq di catatkan di dalam buku nota
yang dibawanya. Chalet-chalet batu tersebut sebenarnya masih cantik lagi cuma
hendak diubahsuai menjadi chalet yang serba lengkap termasuk disediakan ruang
untuk memasak dan balkoni untuk bersantai sambil dia harus mengambil kira
hiasan dalamannya sekali.
“I
rasa you mesti dah faham dan dah dapat gambaran apa yang I inginkan sebenarnya.
So, I harap you boleh come out dengan design seperti apa yang I mahukan,”
Qyra
mengangguk. “I akan ambil ukuran esok pagi,” balasnya pendek dan masih leka
menulis sesuatu di atas buku nota ditangannya. Sesekali cap yang dipakai di
kepalanya dibetulkan kedudukannya.
“Oh
ya, ada satu lagi additional work yang you kena buat dan kerja ni tidak
termasuk di dalam skop kerja yang sebelum ini,” tiba-tiba Zariq bersuara sambil
menunjukkan ke arah satu bangunan chalet kayu 2 tingkat tidak jauh dari tempat
mereka berdiri.
“Nak
ubahsuai juga ke?” soal Qyra sambil matanya dihalakan ke arah bangunan tersebut.
Zariq
mengangguk. “Yang tu I nak ubahsuai jadi
sebuah rumah 4 bilik, 2 bilik air yang lengkap dengan dapur,”
Qyra
berjalan menghampiri rumah yang dimaksudkan oleh Zariq tadi. Zariq mengekor di
sebelahnya. Sebaik sampai Zariq terus membuka mangga yang diletakkan dipintu utama
kemudian pintu tersebut dibuka.
“Wow…this
is the critical one!” terbeliak mata Qyra sebaik memerhati sekeliling chalet
tersebut. Memang banyak kerja yang perlu di buat untuk chalet itu sahaja. Kena
pecah sana sini.
“Kenapa?”
soal Zariq hairan.
“Daripada
you pecahkan dinding bilik-bilik ni semua bukankah lebih baik you dirikan yang
baru saja? Lagipun I tengok dinding rumah ni pun dah tak berapa kukuh, I takut
nanti akan rosak teruk bila kena pecah sana sini,” tutur Qyra memberi cadangan.
“Lagipun
kos untuk ubahsuai mungkin akan menjadi dua kali ganda dari kos membina yang
baru. I rasa you pun tentu tahu kan,” sambungnya lagi.
Zariq terdiam sambil menganggukkan kepalanya mendengar
kata-kata Qyra tadi. Memang betul pun apa yang dikatakan oleh Qyra tapi dia
rasa sayang sangat hendak merobohkan rumah tersebut. Banyak kenangan yang
tersimpan di rumah itu. Kenangan manis dan pahit semuanya ada di situ.
“Tak
apa yang tu nanti I akan fikirkan semula. You just come out with your design
first,” akhirnya Zariq bersuara.
Qyra
mengangguk saja dan terus memerhati keadaan sekeliling. Matanya liar memandang keadaan
dalam rumah tersebut sambil mencatat sesuatu di dalam buku notanya. Sedang Qyra
leka menulis dan melakar sesuatu dibuku notanya, tiba-tiba dia merasakan ada
sesuatu sedang menggigit-gigit hujung seluarnya. Qyra terkaku. Tiba-tiba
dadanya terasa berdebar semacam. Dengan perasaan yang berani-berani takut, Qyra
memandang ke bawah kakinya dan di saat itu juga dia terus melompat dan menjerit
di situ. Buku nota yang dipegangnya juga sudah dicampakkan entah kemana.
Zariq
yang berada tidak jauh dari situ turut terkejut apabila mendengar jeritan Qyra
dan terus berlari menghampirinya. Sebaik dia berada betul-betul di hadapan
Qyra, tubuhnya terus dipeluk erat oleh gadis itu. Zariq terkedu.
“Qyra
kenapa?” soalnya cemas. Qyra masih lagi memeluknya erat dan dia pula sudah terkaku tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi
dia dapat merasakan yang Qyra benar-benar di dalam ketakutan ketika itu. Matanya
liar memandang sekeliling. Ada ular ke? Tapi dia tak nampak apa-apa pun.
Setelah
hampir lima minit mereka berkeadaan begitu tiba-tiba Qyra melepaskan pelukannya.
Itupun apabila dia tersedar dia sedang memeluk Zariq ketika itu. Qyra semakin terkedu
dan menjadi semakin kalut.
“Errr…errr...
sorry....ada tikus kat situ tadi...,” ucap Qyra dengan nada tersekat-sekat sambil
menunjukkan ke arah tempat dia ternampak tikus tadi. Sudah tersipu-sipu dia di situ. Malu! Kemudian tanpa menoleh ke arah Zariq dia
terus meluru keluar. Laju saja langkahnya ketika itu. Aduhai..kenapalah dalam
banyak-banyak hal perkara macam ini pula yang berlaku? Memang tikus ni saja je
nak bagi aku sakit jantung agaknya! Kalau nak kacau pun agak-agaklah. Malu
betul dia dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Entah apa yang difikirkan
oleh Zariq Asyraf agaknya. Aduh Qyra, jatuhlah saham kau….jeritnya di dalam
hati.
Zariq
sudah tergelak kecil di situ. Laa…takut tikus rupanya. Nampak je macam ganas
tapi dengan tikus pun tak berani. Gelaknya di dalam hati. Buku nota yang
ditinggalkan oleh Qyra dikutip. Diselak-selak buku tersebut untuk melihat apa
yang sibuk dituliskan oleh Qyra sedari tadi. Tiada apa yang menarik. Tiba-tiba
dia terpandangkan penanda buku yang diselitkan ditengah-tengah buku nota
tersebut. Dibelek-belek penanda buku tersebut dengan penuh minat. Terus penanda
buku tersebut diambil dan dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Sekali lagi
bibirnya menguntum senyum. Entah kenapa hatinya terasa lain macam pula ketika
itu. Perlahan-lahan kepalanya digelengkan.
Sampai saja di Villa
Bahagia, Zariq terus saja berjalan menuju ke bilik Qyra. Sebaik tiba di hadapan
bilik, pintu bilik tersebut diketuk perlahan. Tidak sampai beberapa minit Qyra
sudah terjengul di muka pintu.
“Your
note book,” tutur Zariq sambil tersengih. Buku nota tersebut dihulurkan.
Qyra
berdehem untuk menenangkan dirinya. “Hurm…thank you,” perlahan Qyra bersuara. Buku
nota di tangan Zariq diambil. Wajah Zariq langsung tidak dipandang. Malu
disebabkan kejadian tadi masih bersisa. Rasanya kalau boleh dia hendak terus
saja balik ke KL di saat itu juga. Tak sanggup rasanya hendak berdepan dengan
Zariq lagi. Tebal mukanya sudah lebih dari tiga inci rasanya. Apa tidaknya,
selamba badak saja dia memeluk Zariq tadi. Kalau Amni tahu ni confirm 30 hari
30 malam dia akan ketawa tak berhenti.
“I
harap dalam bilik ni tak ada tikus. Bukan apa I takut nanti ada orang tu lari
masuk bilik I pulak,” usik Zariq selamba sambil tersengih.
Qyra
sudah memandang tajam ke arah lelaki di hadapannya itu. Bengang betul. “Sengaja
nak cari pasal betullah dia ni. Nanti aku hempuk dengan buku nota ni baru kau tau.
Ada hati lagi tu nak buat lawak yang langsung tak lawak. Eiii…geram betul!”
jeritnya di dalam hati.
Melihatkan
jelingan tajam Qyra, semakin lebar senyum Zariq. “Hati-hati ya, kalau ada tikus
lagi, I ada di bilik sebelah atau you nak tumpang bilik I, I okay aje,” usik
Zariq nakal.
Qyra
sudah menggigit bibirnya menahan geram. “In your dream!” balasnya keras.
Zariq
terus tergelak sebelum terus berlalu dari situ.
Semakin
sakit hati Qyra mendengar tawa lelaki itu. Dengan perasaan yang sebal pintu
bilik itu terus dihempas kuat. Lelaki yang bernama Zariq Asyraf ini memang
menyakitkan hati! benci! menyampah! Jeritnya lagi. Buku nota di tangannya terus
dicampakkan ke atas katil. Sudah mendidih darahnya menahan geram. Ya Allah,
nasib baiklah aku buat semua ini untuk Gemini, kalau tidak sekarang juga aku
balik KL! Jerit Qyra dengan nada suara yang ditahan-tahan. Sabar Qyra sabar. Itu
yang Amni selalu pesan setiap kali dia naik angin. Kata Amni lagi, sabar itukan
sebahagian daripada iman kalau rasa nak marah teruslah beristigfar. Qyra terus
menarik nafas perlahan dan beristigfar untuk menenangkan hatinya yang tengah
panas.
Waktu
makan malam itu kalau diikutkan hatinya yang bengang memang malas dia hendak
turun tapi bila mak ngah memanggilnya sehingga ke bilik terpaksa juga dia
mengalah. Nanti apa pula yang difikirkan oleh orang tua itu. Melihatkan muka
selamba Zariq dimeja makan, bukan main menyampah lagi dia rasa. Kalau diikutkan
geram rasa hendak di backhand saja si Zariq tu tapi disabarkan saja hatinya.
“Ni
I dah suruh mak ngah masakkan lauk ayam masak kicap untuk you. Biasanya masakan
macam ni standard anak-anak saudara I je,” tutur Zariq sambil tersengih. Wajah
Qyra dipandang sekilas. Mencuka saja wajah gadis itu bila diusik begitu. Suka pula
dia bila dapat mengusik Qyra begitu. Selalunya
dia saja yang terkena, sekarang bila Qyra terdiam tak terkata dia merasa
seperti kemenangan sudah berada di pihaknya pula.
Qyra
menjeling Zariq tajam. Semakin geram dan sakit hati dengan lelaki di hadapannya itu. Kalau diikutkan hatinya
mahu saja dia terus masuk ke biliknya. Tapi mengenangkan mak ngah yang turut
makan bersama malam itu dia terpaksa saja buat muka terpaksa rela. Nanti kau
Zariq. Ada lori ada bas, ada hari aku balas! tekadnya di dalam hati.
“Riq,
tak baik cakap macam tu,” tegur mak ngah bila melihat wajah Qyra yang sudah
berubah kelat.
Zariq
hanya tersenyum saja ditegur begitu.
“Qyra,
makanlah. Jangan dilayan si Zariq tu. Dia memang suka mengusik,” pujuk mak ngah
lembut. Kesian pula rasanya.
Qyra
mengangguk saja. Terasa sejuk pula hatinya dipujuk begitu. Tiba-tiba terasa
rindu pula dengan mama. Selalunya kalau dia merajuk begitulah mama akan
memujuknya.
Selesai
makan Qyra turut ke dapur membantu mak ngah apa yang patut. Puas ditegah tapi dia
tetap berkeras hendak membantu. Tak kanlah dia hendak biarkan saja mak ngah
buat semua itu sedangkan mak ngah sudah bersusah payah memasak untuknya. Terpandangkan
mak ngah yang lincah di dapur ketika itu, dia terus teringatkan mak Jah pula. Rindu
dengan mak Jah datang tiba-tiba. Sedari kecil mak Jah lah yang banyak
menjaganya dan kak long sebab mama dan papa selalu sibuk dengan urusan
syarikat.
“Zariq
beritahu mak ngah Qyra ni girlfriend Azmin. Betul ke?’ soal mak ngah tiba-tiba.
Qyra
berpaling dan memandang mak ngah sambil tersenyum. Soalan jenis apalah yang
ditanya oleh mak ngah ni. Ish…ish…ish…nampaknya hubungan aku dengan Azmin telah
disalah ertikan oleh ahli keluarganya.
“Qyra
dengan Azmin kawan baik sajalah mak ngah. Tak lebih dari tu,” jujur Qyra
menerangkan duduk perkara sebenar.
“Oh
ye ke? Maaflah kalau mak ngah menyibuk,”
“Tak
apa, mungkin sebab Qyra dengan Azmin rapat jadi Zariq ingat Qyra girlfriend
Azmin,”
“Tapi
Azmin tu kan baik, hensem pulak tu, tak kan Qyra tak berkenan dengan dia?” soal
Mak Ngah cuba menduga. Wajah manis gadis di hadapannya itu direnung lama.
Qyra
tergelak kecil. “Azmin memanglah baik. Tersangat baik, tapi Qyra senang
berkawan aje dengan dia.” Memang itulah yang selalu di sebutkan kepada Azmin
sebab dia tak nak Azmin salah faham nanti. Dia memang senang sangat berkawan
dengan Azmin dan dia tidak mahu ikatan persabahatan itu berubah menjadi lebih
dari itu. Kerana selama ini hanya Azmin sahaja yang benar-benar memahami
sikapnya dan mengerti apa yang dia inginkan.
Mak
ngah mengangguk tanda mengerti. “Ye lah, soal cinta ni mana boleh
dipaksa-paksakan tapi kalau Azmin betul-betul sukakan Qyra macam mana?”
Qyra
sudah terdiam. Tiada jawapan untuk soalan yang satu itu. Tapi tak mungkin Azmin
akan sukakan dia sebab Azmin tak pernah pun meluahkan apa-apa selama ini.
alahaiiii... zariq, “Hati-hati ya, kalau ada tikus lagi, I ada di bilik sebelah atau you nak tumpang bilik I, I okay aje,” suke mengusik rupe ye..hehehe...
ReplyDeletekak, sue tak reti la nak komen cara penulisan, ape yg sue tahu..gaya bahasa n ayat2 akak, semua ye sue suke sbb senang difahami..jalan cerita mmg best..
Biasalah orang budget hensem memang macam tu....ahaksss....
ReplyDeleteok sue... thanks untuk komen sue tu...akak takut orang tercekik jer baca cerita yang entah apa2 nih.... maklumlah akak kalau menulis kan syok sendiri n main sesuka hati jekkk .... hahahaha....
kikiki...Budget hensem ye kak... takpe la, tpi sue suke...argggggg, tlong.....fall in love...
ReplyDeletesue percaya, mcm mane penerimaan sue pada DBR..mesti same jugak penerimaan sue pada novel2 akak yg lain.. mcm sue pernah ckp dengan akak la, selagi novel tu gaya bahasa n ayat2 ye senang sue faham..semua ye sue layan..hehehe..
setakat sampai bab6 ni, bg sue DAM ok dan sangat menarik..
Syabas2 kak Ameera....mula tersenyum sorang2....
ReplyDeleteadehlahh sue...Idzhar, Zairil n Zariq...semua hero akak sue nak sapu... tapi zairil tu akak punya tau... hahahahaa....
ReplyDeletechenta hati...senyum ehh??? nanti akak bagi nangis plak ehhh.... hehehe...
oooollaaaaa.....akak, mane boleh cop Zairil sorg2.. jangan la mcm tu..Berkongsi tu kan lebih baik..hehehe.. semua Hero akak ade tempat Istimewa di Hati sue tau..hihihi
ReplyDelete