Followers

Thursday, 23 August 2012

Dicintai atau mencintai....Bab 2




Zariq mengeluh perlahan. Sudah seharian dia sibuk ke sana ke mari bertemu client dan menghadiri mesyuarat bagi pihak Datuk Zaiful. Sudah petang begini baru sampai ke office semula, dan sekarang ada kerja lain pula yang menanti.

"Penatnya," keluhnya perlahan. Sekilas itu jam ditangannya dikerling. Sudah hampir menginjak ke pukul enam petang. Sekali lagi satu keluhan berat dilepaskan. Tali leher yang dipakainya dilonggarkan kemudian dia bersandar lesu di kerusi sambil matanya tancap memandang laimbakan dokumen di atas meja.

Beberapa buah profail syarikat yang berada di hadapannya dipandang tak beriak. Biarlah dulu ada masa nanti baru dia akan semak satu persatu. Malas hendak dibelek semua profail-profail tersebut buat masa ini. Bukannya sedikit tapi lebih 20 buah profail dari beberapa syarikat berada di atas mejanya. Semuanya untuk memasuki tender pengubahsuaian chalet milik keluarganya yang baru diambil alih di Cherating. Kebetulan pula projek tersebut dibawah tanggungjawabnya. Memang papa menyuruhnya menguruskan projek tersebut sepenuhnya. Special case!

Sedang Zariq leka memandang timbunan kerja di atas mejanya itu, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Briefcase di bawah mejanya diambil. Satu sampul surat bersaiz F4 ditarik keluar. Sampul surat tersebut diberikan oleh Azmin sebelum dia ke pejabat pagi tadi. Profail syarikat kawan katanya dan Azmin memintanya mempertimbangkan syarikat milik kawannya itu untuk kerja-kerja pengubahsuaian chalet tersebut. Profail tersebut dikeluarkan dari sampulnya dan dipandang sepi.

Gemini Design & Interior Decorations Sdn. Bhd., matanya tajam memandang ke arah nama syarikat yang tertulis di luar profail tersebut. Baru saja dia ingin meletakkan profail tersebut di atas timbunan profail-profail yang berada di atas mejanya, profail tersebut diambil semula. Entah kenapa berat pula rasanya hendak diletakkan di situ dan entah kenapa hatinya seolah-olah menyuruhnya membaca juga profail tersebut. Zariq membetulkan duduknya. Profail tersebut di selak perlahan. Perenggan-perenggan ayat yang tertulis di bahagian pengenalan di baca sekali lalu. Kemudian helaian kedua di selak lagi. Tiba-tiba matanya terpaku.

Sudah bulat matanya memandang ke arah nama pemilik syarikat tersebut. Profail di tangannya diselak lagi. Terpampang gambar pemilik syarikat tersebut dengan biodata lengkap tentangnya.

Name               : Qyrana Najwa Binti Mohd Bahtiar

Age                 : 26 years

Position           : Director (Planning & Design)

           Qualification   : Degree in Design, Architecture, Art and Planning, University of Cincinnati,  U.S.A

Sah! awek Azmin rupanya. Azmin…Azmin….Bisik Zariq perlahan sambil tersenyum nipis.

 
“Az memang nak suruh abang bagi projek tu pada Qyra ke?” soal Zariq sambil memandang ke arah Azmin yang sedang membetulkan duduknya di kerusi kayu di hadapannya itu.

Azmin berdehem. Wajah Zariq Asyraf di pandang seklias.

“Terpulang pada abanglah. Kalau abang rasa syarikat tu memenuhi criteria yang abang cari, why not. Qyra pun tak tahu sebenarnya Az hantar profail syarikat dia pada abang,” jawab Azmin tidak menyokong atau membantah.

“But she’s very talented and committed with her work. You can count on her,” sambung Azmin lagi. Memang itulah Qyra yang dikenali. Kerja memang nombor satu baginya. Kadang-kadang sanggup tak makan dan tak tidur demi kerja.

Zariq hanya tersenyum saja mendengar kata-kata Azmin. Bukan main lagi Azmin memuji aweknya itu. Siap tersengih-sengih lagi tu bila bercerita tentang Qyra. Tapi di dalam kepalanya, Zariq sibuk memikir apa yang menarik sangat tentang gadis itu agaknya sehingga Azmin boleh terpikat. Memang dia akui pemilik nama Qyrana Najwa itu memanglah cantik orangnya cuma sikapnya saja yang tak berapa nak cantik. Agak kasar dan tak nampak feminin langsung. Kesian memikirkan kalau Azmin kena buli saja nanti kalau mereka berkahwin. Sudahlah adik lelakinya ini baik sangat orangnya. Azmin tak macam dia yang tegas dan sharp dalam setiap tindakan, Azmin lemah lembut dan penyabar orangnya malah nak tengok Azmin marah memang susah sekali.

“Tak apalah nanti abang suruh Fahmi uruskan pre-qualification tender untuk syarikat tu, lepas tu baru kita decide,” akhirnya Zariq bersuara setelah lama terdiam.

“As you say,” tidak membantah Azmin hanya mengangguk saja sebaik mendengar kata-kata abangnya itu. Lagipun semua keputusan memang terletak ditangan abangnya itu. Dia tidak berhak untuk menentukan apa-apa pun.

“Bincang apa ni? Serius saja papa dengar,” tiba-tiba Datuk Zaiful menyampuk. Wajah kedua-dua anak lelakinya itu dipandang sambil tersenyum.

Zariq dan Azmin terus berpaling dan turut tersenyum memandang Datuk Zaiful yang sedang menarik kerusi untuk duduk di hadapan mereka.

“Bincang pasal projek chalet di Cherating tu pa,” balas Zariq sopan.

“So, dah jumpa syarikat yang boleh buat kerja-kerja pengubahsuaian tu?” soal Datuk Zaiful lagi sambil memandang tepat ke wajah anak lelaki sulongnya itu.

“Masih mencari lagi pa, mungkin Riq akan buat temuduga untuk pre-qualification dalam masa terdekat ni. Kalau tak ada aral, sampai masa yang papa tetapkan projek tu siaplah,”

"Baguslah tu, papa memang harap sangat projek tu boleh siap bulan empat tahun depan sebab papa nak buat gathering untuk semua ahli keluarga di situ,"

"InsyaAllah pa, Zariq akan uruskan semua tu. Papa jangan risau okay,"

Datuk Zaiful mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti. Dia tahu dia boleh mengharapkan Zariq dalam urusan tersebut sebab itulah dia serahkan projek tersebut bulat-bulat pada Zariq.

“Az, projek di Klang tu macam mana?” soal Datuk Zaiful lagi sambil menancap pandang anak lelaki keduanya itu.

“So far semuanya okay pa, sekarang Az cuma tunggu kontraktor elektrik masuk untuk mulakan kerja,”

"Kalau tak silap papa, handing over projek tu hujung bulan depan kan?"

Azmin mengangguk perlahan.

"Make sure kita serahkan projek mengikut tarikh yang ditetapkan Az. Papa tak nak ada extension of time pula nanti. LAD yang dikenakan untuk projek tu agak tinggi juga. Please keep in mind okay," tutur Datuk Zaiful perlahan cuba mengingatkan.

"Az tahu pa, InsyaAllah semuanya akan selesai mengikut tempoh yang ditetapkan,"

Datuk Zaiful mengangguk lagi sambil tersenyum puas. Wajah kedua-dua anak lelakinya itu dipandang sayang. Alhamdulillah, kerana kedua-duanya memang boleh diharapkan. Nampaknya keinginannya untuk bersara awal akan tercapailah sedikit masa lagi. Sekarang masa untuknya menambah amal ibadat pula. Fikirnya.

"Sudah-sudahlah tu bercerita pasal kerja, dekat rumah pun masih tak habis-habis lagi berbincangnya," bebel Datin Marina yang tiba-tiba muncul dari dalam sambil menatang sedulang air kopi panas ditangannya. Sebaik duduk di sebelah suaminya, dengan berhati-hati air kopi tersebut dituang ke dalam cawan yang disediakan.

Zariq dan Azmin hanya tersenyum saja memandang ke arah Datin Marina yang sedang menuang air kopi panas ke dalam cawan ketika itu.

“Bukannya selalu Mar saya dapat peluang berbual dengan anak-anak bujang awak ni. Biasanya kalau yang satu ada, yang satu lagi entah kemana,” balas Datuk Zaiful pula sambil memanah pandang kedua-dua anak lelakinya itu. Zariq dan Azmin sudah tersengih di situ.

“Sebab itulah saya suruh abang kahwinkan aje si Zariq ni. Umur dah 30 lebih tapi bila disuruh kahwin banyak sangat alasannya,” bebel Datin Marina lagi.

“Alaa ma, kenapa tiba-tiba aje keluar isu kahwin ni. Ini dah lari topik ni. Lagipun Riq masih belum sedia lagi lah  ma,”

“Tak sedia apanya Riq, umur dah tua tu. Mama pun teringin juga nak kelek cucu. Kalau Riq masih tak ada calon, biar mama carikan. Anak Datin Zaleha, si Ainnur tu, mama berkenan sangat. Cantik, berpelajaran, memang sesuai sangatlah dengan Riq. Haa, macam mana?”

Aduhlah mama ni. Dah ada calon rupanya. Bebel Zariq di dalam hati.

“Nanti dululah ma, soal jodoh biar Riq cari sendiri okay. Sampai masa nanti Riq kahwin juga,” balas Zariq sopan. Tak naklah menolak terang-terangan walaupun dia tak pernah jumpa pun  perempuan yang bernama Ainnur itu. 

“Dari lima tahun lepas itulah yang mama dengar tapi sampai sekarang masih tak ada apa-apa pun lagi,” tutur Datin Marina lagi seolah-olah berjauh hati.

Zariq sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Itulah yang dia malas kalau hendak duduk dirumah, mamanya mesti tak habis-habis membangkitkan isu kahwin. Bukannya dia tak mahu kahwin tapi masih belum berjumpa yang sesuai. Perempuan yang hendak rapat memang ramai tapi tak ada satu pun yang memenuhi criteria yang dia cari. Dia nak cari isteri untuk seumur hidup bukan untuk sehari dua!

“Mama sabar ya, nanti-nanti Riq bawa bakal menantu mama balik,” pujuk Zariq lembut sambil memeluk bahu mamanya itu.

Datin Marina sudah terdiam. Datuk Zaiful hanya tersenyum saja, malas nak provoke lebih-lebih. Azmin pula sudah tersengih di situ. Cakap lebih-lebih, dengan dia-dia pun akan kena sekali nanti.


Sudah baca silalah komen yer... :)




2 comments:

  1. hehehe.... Qyrana Najwa dan Zariq Asyraf, Best2.. Nak lagi kak... tak sabar2 nak tau kisah selanjut ye..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...