Followers

Tuesday, 16 July 2013

Izinkan Kumiliki Hatimu...Bab 1





“OH my god!” jerit Irina nyaring.

Bulat matanya memandang telefon bimbit yang terjatuh dari genggaman dan sudah terbarai di hadapan mata. Kepalanya digeleng-geleng perlahan. Telefon bimbit yang sudah pecah itu segera dikutip sambil mendengus keras. Nafasnya pula sudah turun naik menahan amarah.
Sakit hati betul! Jeritnya di dalam hati.

“Maaf, I tak sengaja.” Perlahan suara lelaki yang melanggarnya itu memohon maaf.

Irina terus berpaling namun wajah lelaki di hadapannya langsung tidak dipandang. Matanya masih tajam melirik ke arah telefon bimbit yang sudah pecah di tangan.

“Boleh tak jalan tu lain kali tengok kiri dan kanan sikit?” Lantang Irina bersuara.
Memang dia tersangat-sangat geram! Belum lagi habis dia memberi arahan kepada Mimi, telefon bimbitnya sudah jatuh dari genggaman. Sudahlah begitu jatuh berderai pula.

“Huh!” dengusnya keras.

“Maaf, I rasa you pun salah jugak dalam hal ni sebab you berjalan pun tak toleh kiri kanan.” Selamba lelaki bernama Zairil itu memulangkan paku buah keras kepada gadis di hadapannya. Geram pula dia rasa.

Sesuka hati mak nenek dia saja nak marah orang. Harap muka saja cantik tapi perangai out! Bebel Zairil di dalam hati.

Mendengar kata-kata lelaki itu, Irina terus mengalihkan pandangan tepat ke wajah lelaki di hadapannya dengan muka yang masam mencuka. Kurang ajar betul! Dah langgar orang masih tak nak mengaku, aku pulak yang dituduhnya bersalah, bebel Irina di dalam hati.
Rambut lurusnya yang panjang mengurai itu disisir ke belakang. Pandangannya terus dihalakan tajam ke arah lelaki itu. Baru saja dia ingin menghamburkan kata-kata, tiba-tiba Irina terus terdiam dan terpaku. Wajah lelaki yang berada dalam jarak dua kaki di hadapannya itu direnung lama. Irina terdiam. Lama.
Macam kenal, desisnya di dalam hati.
Di mana dia pernah berjumpa dengan lelaki di hadapannya itu ya? Soalnya lagi di dalam hati sambil berkerut-kerut dahinya cuba mengingati sesuatu.

“Cik,” tegur Zairil perlahan apabila gadis di hadapannya itu diam tidak bersuara.

“Kalau handphone yang rosak tu merunsingkan you, I tak kisah untuk gantikan dengan yang baru. Anggap sajalah I yang salah kali ni,” sambung Zairil lagi.
Serba salah pula direnung begitu oleh seorang perempuan yang tidak dikenali. Perempuan cantik pula tu.

Irina masih terdiam sebelum akhirnya dia menggeleng. “It's okay...” Perlahan Irina bersuara.
Kerana sibuk memikirkan tentang lelaki di hadapannya itu, dia pun jadi hilang minat untuk mencari pasal.

“Just forget it...” sambungnya lagi dan menerus-kan langkah yang terhenti tadi tetapi baru tiga langkah berjalan Irina berpaling semula.

“Wait... I think I know you...”

Zairil berpaling semula dan memandang gadis di hadapannya itu dengan riak kehairanan.

“You are...” Jari runcing Irina yang ditunjukkan ke arah lelaki itu, dipetik-petik perlahan.

Irina terdiam semula apabila masih tidak dapat mengingati nama lelaki di hadapannya itu. Tetapi dia amat pasti dia memang pernah berjumpa atau mengenali lelaki itu.

“I tak ingat nama you tapi I rasa I kenal you 12 tahun dulu. MRSM Kuantan maybe?”
Melihatkan wajah lelaki itu yang sudah berkerut seribu, Irina meluahkan apa yang terbuku di mindanya. Tak salah untuk bertanya kan? Kalau betul dia orangnya betullah... Kalau tak betul pun bukannya luak kerana bertanya, fikirnya.

“Ya, I belajar di sana dulu. Kenapa? You pun ex-student MRSM Kuantan ke?” soal Zairil perlahan.
Irina mengangguk mengiakan kemudian tersenyum memandang lelaki itu.

“Saya Zairil Idham.” Lembut Zairil mem-perkenalkan diri.

Irina terdiam seketika sebelum bersuara semula, “Yes, now I remember, you ketua pengawas tu kan?”
soal Irina lagi. Sudah melebar senyuman di bibirnya. Tak sangka bertemu ketua pengawas semasa dia di tingkatan satu dulu di situ.

Zairil mengangguk dan turut tersenyum.

“Nice to meet you. I'm Irina. You mesti tak ingat langsung dengan I sebab I bukannya student yang glamour macam you,” tutur Irina dengan nada bergurau.

Dia sendiri memang tak sangka langsung boleh terserempak dengan jejaka idaman gadis-gadis pingitan semasa di asrama dulu dalam keadaan yang begitu. Sebab itulah walau sudah 12 tahun tak berjumpa dia masih boleh ingat lagi.

Wajah jejaka di hadapannya itu pun tidak banyak berubah, cuma nampak makin segak dan kacak. Dengan rambut ikal disisir kemas, berkulit sawo matang dan senyuman yang manis itu pasti menangis tak berlagulah
Mira kalau berjumpa dengan mamat ni sekarang. Itulah, dulu sombong sangat menolak cinta Zairil Idham, omelnya di dalam hati. Irina tersenyum sendiri apabila teringatkan sepupunya itu.

Zairil ketawa mendengar kata-kata Irina. Memang dia akui masa di MRSM dulu dia memang agak dikenali maklumlah dia kan ketua pengawas selain aktif bersukan.

“Busy ke? Kalau tak, mungkin I boleh belanja minum sebagai tanda minta maaf dengan kejadian tadi,” ucap Zairil ramah.

Tak salah rasanya mengajak kenalan lama untuk minum bersama, fikirnya.

Irina tidak terus menjawab, jam tangan Chopard yang melingkar kemas di tangan dikerling sekilas
sebelum akhirnya dia mengangguk perlahan. “Sure, why not. Lagipun bukan senang nak jumpa kawan satu sekolah dulu.”

Zairil sudah tersenyum mendengar kata-kata Irina dan terus berjalan masuk menuju ke arah restoran berdekatan. Irina pula hanya mengekori di belakang.

“So, you buat apa sekarang?” soal Irina memulakan bicara. Wajah Zairil di hadapannya dipandang.

“I uruskan firm sendiri,” balas Zairil pendek. Air teh o ais limau di hadapannya dihirup perlahan.

“Ermm... a lawyer I guest?”

Zairil mengangguk sambil tersenyum. “You pulak buat apa sekarang?” soal Zairil pula.

“I'm dealing with a woman things...”

Tercengang Zairil mendengar jawapan Irina sebentar tadi. Dahinya berkerut seribu memandang wajah manis di hadapannya itu. Memang dia langsung tidak faham apa maksud Irina tadi.
Irina ketawa kecil apabila melihat kerutan di wajah lelaki di hadapannya.

“Actually, I'm a fashion designer.” Akhirnya Irina menerangkan kedudukannya yang sebenar.

“Oh... okey...” balas Zairil sambil tersenyum kemudian mengangguk-angguk tanda mengerti.

Patutlah bergaya bukan main lagi. Dia ingatkan model manalah tadi.

“Oh ya... you masuk MRSM tahun berapa ya? Sorry, I memang betul-betul tak boleh ingat you.”

“Bukan ke I dah cakap tadi, I tak seglamour you sebab tu you tak kenal. But if I mention about Mira mesti
you kenal, kan? I selalu dengan dia dulu. Hampir setiap masa.”

Zairil terdiam seolah-olah cuba mengingatkan sesuatu. Lama sebelum akhirnya dia bersuara, “Tengku Mira Kamilla?”

Irina mengangguk sambil tersenyum.

“Tak sangka you masih ingat dia lagi, kan?” giat Irina pula.

Cinta pertama memang susah untuk dilupakan, desis hatinya lagi.

Zairil terus ketawa. Tak sangka tiba-tiba kisah 12 tahun lalu diungkit semula. Malu pula bila diingatkan.
Tengku Mira Kamilla memang cantik orangnya tapi biasalah anak orang kaya dan daripada golongan atasan pula... manalah nak pandang orang biasa macam dia. Walaupun ada rupa tapi tak berharta.

“It's just a crush... a little crush...” balas Zairil cuba membela diri.

Irina ketawa kecil mendengar jawapan Zairil. Jawapan cover line, desis hatinya.

“So, dia apa khabar sekarang?” soal Zairil selamba. Terlanjur nama Tengku Mira Kamilla disebut, ingin juga dia tahu khabar gadis yang pernah menjadi kegilaan ramai di sekolah mereka dulu.

“She's fine. Dia uruskan business mummy dia. Publication company.”

Zairil mengangguk. Tak hairanlah, Tengku Mira Kamilla anak orang kaya dan ternama. Kalau tak kerja pun tak apa. Harta mak bapak dia pun mampu menyara hingga tujuh keturunan. Entah-entah lebih daripada itu, bisik Zairil di dalam hati.

2 comments:

  1. great.....karya yang boleh saya kata nyaris nyaris menyaingi siti rosmizah...keep going

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah. Terima kasih Syamim tapi rasanya untuk berada setaraf dengan Puan Siti Rosmizah masih jauh lagi perjalanan saya. Apa pun terima kasih di atas pujian tersebut. Terharu!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...