Followers

Thursday, 1 August 2013

Tolong Cintai Aku...Untuk Sekali Lagi...




Bab 3
"Morning Cik Lisa," tegur Anne sambil tersenyum manis memandang bosnya itu.
 "Morning Anne," balas Mellisa lembut dan turut menghulurkan senyum.
Anne bangun dan  mengekor langkah Mellisa sehingga ke biliknya. Sebaik Mellisa duduk di tempatnya Anne bersuara semula. "Cik Lisa kena attend meeting pagi ni,"
Mellisa terus mendongak memandang Anne dengan kerutan di dahi.
"Meeting? Meeting apa?"
Anne mengangguk. "Datuk panggil meeting"
"Kenapa tiba-tiba?" soal Mellisa lagi semakin  hairan. Sudah terjungkit keningnya memandang setiausaha di hadapannya itu.
Anne mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Pukul berapa?" soalnya lagi.
"Sepuluh pagi,"
Mellisa menjeling jam di tangan sekilas kemudian mengangguk. Kalau dah Datuk yang panggil meeting mesti ada hal pentinglah tu sebab jarang sangat situasi begitu berlaku. Serasanya sejak dia bekerja di situ empat bulan yang lalu, baru dua kali sahaja bos besarnya itu mengadakan meeting tergempar begitu.
"Saya ada apa-apa appointment tak hari ni? Kalau tak ada saya nak ke pejabat Encik Ikram untuk bincangkan tentang resort di Sabah tu,"
Anne terdiam. Matanya ligat memerhati planner di tangannya.
"Tak ada Cik Lisa,"
Mellisa mengangguk. "Kalau macam tu, awak tolong call Encik Ikram beritahu dia saya akan ke pejabatnya pukul tiga petang nanti," arah Mellisa lagi.
Anne mengangguk tanda mengerti dan terus keluar dari situ. Sebaik pintu biliknya ditutup, Mellisa terus menyemak fail di atas mejanya. Proposal resort di Sabah itu disemak sebelum pertemuan dengan Ikram tengahari nanti. Draf perjanjian yang diberikan oleh Ikram tempohari disemak satu persatu. Sedang dia leka membaca dan memeriksa draf perjanjian tersebut, intercom biliknya berbunyi.
“Yes Anne,”
“Cik Lisa, meeting dah nak start. Datuk dah sampai,”
“Oh okay, saya keluar sekarang,” Talian intercom dimatikan. Tidak bertangguh Mellisa terus bangun dari duduknya. Organizer di atas meja di capai dan dia terus berjalan menuju kebilik mesyuarat yang terletak di aras yang sama dengan pejabatnya.
“Morning Datuk, sorry I’m a bit late,” sapa Mellisa ramah sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik mesyuarat tersebut. Wajah setiap orang yang berada di dalam bilik itu dipandang sambil menghulurkan segaris senyum.
“Morning Lisa, it’s okay and have a seat,” balas Datuk Zikri sambil tersenyum. Memang setiap kali bersua muka dengan pegawainya yang satu ini senyum lebar pasti terukir dibibirnya. Mellisa memang cantik orangnya. Kalau dilihat dari raut wajahnya, Mellisa seolah-olah anak hasil dari kahwin campur. Dia sendiri tidak pasti kerana tak banyak yang dia tahu tentang latar belakang gadis itu. Apa yang dia tahu sejak Mellisa mula bekerja di syarikatnya empat bulan yang lalu, Mellisa memang menjadi pujaan kakitangan lelaki di syarikatnya itu malah dia pun tidak terkecuali meminati gadis itu dalam diam. 
Mellisa mengangguk dan terus duduk. Rambutnya yang lepas bebas itu dikemaskan dan diselitkan di tepi telinganya. Pandangannya dilarikan ke hadapan. Terpandangkan Haiqarl yang turut sama memandangnya, Mellisa hanya menganggukkan kepalanya saja. Haiqarl pula hanya beriak biasa saja memandang ke arah gadis itu.
“Morning semua,” ucap Datuk Zikri memulakan bicaranya.
Serentak itu terdengar suara semua yang berada di situ membalas ucapan Pengarah Urusan syarikat tersebut.  
“Saya adakan mesyuarat pagi ini kerana saya ingin memaklumkan tentang perlantikan anak saya, Haiqarl Hazir sebagai pemangku CEO syarikat berkuatkuasa dari hari ini. Encik Haiqarl akan mengambil alih keseluruhan urusan syarikat apabila sampai masanya nanti. Jadi untuk permulaan, Encik Haiqarl akan bertanggungjawab di atas semua urusan yang berkaitan dengan asset dan hartanah yang sedang di dalam perundingan. Jadi saya harap kamu semua dapat memberikan kerjasama dan tunjuk ajar kepada anak saya,” sambung Datuk Zikri lagi sambil matanya liar memerhati setiap wajah yang berada di hadapannya.  
Sekali lagi semua yang berada di situ mengangguk-angguk tanda mengerti.
“Bard, lepas ni tolong brief Haiqarl tentang semua urusniaga yang syarikat kita jalankan selama ini,” arah Datuk Zikri pula sambil matanya tajam memandang Pengurus Besar syarikat yang sedang duduk di sebelah kirinya itu.
“Baik Datuk,” balas Badrul perlahan sambil kepalanya dianggukkan.
“Cik Lisa, Haiqarl akan bantu you untuk urusan pengambilalihan resort di Sabah yang sedang you usahakan sekarang. Harap you berdua boleh bekerjasama dengan baik,” arah Datuk Zikri lagi sambil matanya memanah pandang ke arah gadis yang sedang duduk di sebelah kanannya itu pula.
Mellisa mengangguk. “Sure Datuk,” balas Mellisa sopan sambil matanya memandang ke arah Haiqarl semula.  
Haiqarl sudah tersengih di situ sambil memandang dokumen di atas meja. Nampaknya dia tak perlukan masa yang lama untuk menjinakkan gadis di hadapannya itu. Langkah sudah terbentang luas di hadapan mata  hanya terpulang kepada dirinya saja untuk mengambil semua peluang yang ada.
“I can’t wait for that moment Lisa,” Bisik Haiqarl di dalam hati. 
Sudah berkerut dahi Mellisa melihat Haiqarl yang sudah tersengih di tempat duduknya itu.   


“Cik Lisa,”
Mellisa yang baru saja ingin melangkah masuk ke biliknya terus saja berpaling apabila terdengar namanya dipanggil.
“Yes Encik Haiqarl. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soal Mellisa dengan kerutan di dahi.
“Boleh kita bincang tentang projek yang you usahakan tu? I nak tahu details,”
Mellisa terdiam. Wajah Haiqarl dipandang tak beriak. Baru saja Datuk berikan arahan, dah tak sabar-sabar. Tak sampai setengah jam pun lagi. Bebel Mellisa di dalam hati.
“Oh okay, tapi boleh bagi I atleast ten minutes untuk I compile all the documents before I brief you,”
Haiqarl mengangguk. “Sure, why not,”
“Okay then, I’ll see you another ten minutes time,”
Sekali lagi Haiqarl  mengangguk dan terus beredar dari situ.
Mellisa juga terus saja melangkah masuk ke biliknya dan tanpa berlengah dokumen-dokumen berkaitan pengambilalihan resort di Sabah itu dibelek dan diambil satu persatu. Cukup semua yang diperlukan dia terus melangkah ke pejabat Haiqarl. Pintu bilik lelaki itu diketuk.
“Come in,” lantang Haiqarl bersuara sambil matanya masih tancap memandang ke arah skrin komputer ribanya. Sedari tadi matanya galak memandang gambar-gambar model baru untuk iklan koleksi pakaian musin luruh yang di kirimkan oleh Charles melalui email sebentar tadi. Bila teringatkan kehidupannya ketika di Paris dulu, senyuman semakin lebar terukir di bibir. Siapa yang tak suka kalau hidup dikelilingi dengan model-model jelita. Hidup macam disyurga saja rasanya. Kalau bukan kerana mama sibuk menyuruhnya balik mesti sekarang ini  dia pun sedang berbahagia diulit model-model jelita tersebut.
“Encik Haiqarl..” panggil Mellisa perlahan.
“Encik Haiqarl, can we start?” panggil Mellisa lagi apabila Haiqarl hanya terdiam ditempat duduknya. Sedari tadi dia berdiri terconggok di situ tetapi lelaki di hadapannya itu bukan main leka lagi menghadap komputer ribanya sambil tersengih-sengih di situ. Sangat menjengkelkan hati. Bisiknya.
Haiqarl tersentak dan segera berpaling. “Hurmm… sorry, dah lama ke you masuk?” soal Haiqarl kalut. Sibuk melayan Charles sampai tak perasan Mellisa sudah berdiri di hadapan mata. Komputer riba terus ditutup.
“Lama jugalah,” balas Mellisa pendek dan dengan riak yang…boring!
Haiqarl mengangguk. “Sorry, have a sit,” pelawanya ramah. Wajah Mellisa dipandang dengan senyum lebar terukir di bibir.
Mellisa terus saja duduk. Fail di tangannya di letakkan ke atas meja dan dibuka. Tanpa menunggu Haiqarl bersuara, Mellisa terus memulakan bicaranya menerangkan tentang projek yang akan mereka uruskan bersama.
“So, status projek ni sekarang?” soal Haiqarl tiba-tiba.
“Masih di peringkat perbincangan,”
“Maksudnya?”
“Sekarang kita di dalam proses menetapkan harga dan syarat-syarat pembelian. Kalau perbincangan terakhir dan kontrak dipersetujui urusan ini mungkin akan selesai dalam bulan depan,”
“Sudah berapa lama you uruskan perkara ni?” soal Haiqarl perlahan tapi tegas saja bunyinya.
Mellisa terdiam seketika. Wajah selamba Haiqarl dipandang. Lelaki ini bertanya atau hendak menduga ni? Soalnya di dalam hati. Iyalah mana tahu lelaki itu sengaja hendak menguji kecekapannya dalam menjalankan tugas.
“Dah dekat tiga bulan Encik Haiqarl,” perlahan Mellisa bersuara.
Haiqarl terdiam pula.
“Biasanya berapa lama masa akan diambil untuk urusan macam ni?”
“Depends on the client. Kalau jenis client yang memang bersungguh hendak menjual, urusan mungkin cepat tapi kalau macam urusan di Sipadan ni mungkin akan mengambil masa yang lama kerana ianya diuruskan oleh pihak ketiga,” terang Mellisa panjang lebar.
“Kenapa pulak macam tu?” soal Haiqarl lagi seolah-olah berminat saja bunyinya tapi hakikat yang sebenarnya dia sengaja hendak berlama-lama dengan gadis itu.
“Pemilik sebenar berada di Korea so segala urusan hendaklah dibuat melalui peguam syarikat tersebut. Jadi selalunya apa saja feedback yang kita perlukan juga lambat kita terima,”
Haiqarl mengangguk mengerti walau sebenarnya dia bukannya tahu apa-apa sangat pun. Gaya kena ada. Lebih-lebih apabila berhadapan dengan perempuan yang satu ini. Mana boleh nampak bodoh depan perempuan secantik ini. Hilanglah macho nanti. Bisiknya di dalam hati.
“Oh ya Encik Haiqarl, kebetulan I akan bertemu dengan peguam syarikat tersebut  after lunch nanti. Kalau you free maybe you can join me,”  
“Okay,” balas Haiqarl sepatah.
“So, I jumpa you di sana ya. Nanti I akan minta Anne beri alamat office peguam tu pada secretary you,”
“You nak pergi sekarang ke?” soal Haiqarl selamba. Langsung tidak mengendahkan kata-kata Mellisa sebentar tadi.
Mellisa mengerling jam di tangan. Lagi sepuluh minit menginjak ke pukul 12 tengahari. “I rasa I keluar sekarang. After lunch I terus ke sana,”
“Kita pergi sekali,” pantas Haiqarl bersuara dan dia terus bangun dari duduknya.
Mellisa sudah tercengang di situ. “Tapi Encik Haiqarl…”
Belum sempat Mellisa menghabiskan ayatnya, pantas Haiqarl memintas. “Kita pergi sekali. Naik kereta I,” 
Mellisa mendengus perlahan. Tak mampu membantah, Mellisa hanya mengekor saja walau di dalam hati bukan main bengang lagi. Sesuka hati mak bapak dia aje mengarah. Tahulah kau tu bos. Marah Mellisa di dalam hati.  Nampaknya lunch date dengan Abang Afnan terpaksalah di batalkan. Sudahlah susah hendak bertemu sesekali buat janji terpaksa ditunda pula. Satu keluhan dilepaskan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...