Mellisa
mengerling jam ditangannya. Setelah lima minit menunggu di hadapan bangunan enam
tingkat tersebut, tiba-tiba muncul sebuah Lamborgini Gallardo berwarna hitam berhenti
betul-betul di hadapannya. Mellisa kaget. Cermin penumpang diturunkan. Mellisa menunduk
kemudian pandangannya dijengahkan ke arah pemandu kereta tersebut. Anak Datuk
Zikri rupanya. Bisiknya perlahan.
“Come,”
tutur Haiqarl sepatah dan dengan senyum meleret. Melihat riak Mellisa ketika
itu lagilah lebar senyumannya. Mana ada perempuan yang tak teruja kalau dapat
naik kereta mewah macam itu lebih-lebih lagi dipandu oleh lelaki kacak
sepertinya. Hehe…
Mellisa
menurut saja. Pintu kereta dibuka dan dia terus masuk ke dalam perut kereta. “Ermmm…nice
car,” tutur Mellisa tak beriak sambil membetulkan duduknya. Tali pinggang
keledar dipasang dan dikemaskan.
“Sesuailah
dengan I yang kacak ni kan,” balas Haiqarl selamba.
Mellisa
terkedu. Wajah Haiqarl dikerling sekilas. Apa punya perasan sangat lelaki di
sebelahnya ini. Memanglah diakui lelaki yang bernama Mohd Haiqarl Hazir ini
kacak orangnya tapi ada dia kisah? Tak kisah langsung pun dan tak akan pernah
ambil kisah! Dia kembali ke Malaysia
dengan satu tujuan dan kerana tujuan yang satu itulah dia bekerja di Zikri Land & Property Holdings Sdn. Bhd. Dia tak mahu apa yang
diusahakan ini menjadi sia-sia. Apa yang dicari mesti ditemui. Itu tekadnya sejak kali pertama melangkah ke syarikat
tersebut.
“Kita nak ke mana ni?” soal Haiqarl apabila melihat Mellisa hanya
terdiam saja di sebelahnya.
“One Utama,” sepatah Mellisa membalas.
“One Utama?” soal Haiqarl hairan dan dengan sengih nakal.
“Office peguam client kita di situ,” mengerti dengan cara pandangan
lelaki di sebelahnya itu, Mellisa pantas bersuara.
“Oh okay… I ingat you nak ajak I shopping dekat situ,” bisik Haiqarl
mengusik.
Mellisa berpaling dan menjeling Haiqarl tajam. Tak kelakar langsung! Siap
bisik rapat-rapat pulak tu. Ulat bulu ke ulat beluncas baru nak menjadi ni! Gumamnya
di dalam hati.
“Just kidding,” pendek Haiqarl bersuara apabila melihat pandangan
tajam gadis di sebelahnya itu. Gallardo
hitam miliknya itu terus di pecut laju.
“Kita lunch dulu,” bersahaja Haiqarl bersuara sebaik keluar dari perut
keretanya. Alarm kereta ditekan.
“As you say Encik Haiqarl,” tak kuasa membantah Mellisa mengiakan dan
mengekor sahaja langkah lelaki itu. Cakap banyak pun tak guna rasanya dengan
lelaki ini. Lagaknya saja dah macam dictator. Itu baru berkerjasama sehari. Lebih
lama dari itu, entah macam manalah agaknya. Kerek nak mampus pulak tu. Kutuknya
lagi.
“You nak makan apa?” soal Haiqarl
sambil mengerling gadis di sebelahnya sekilas.
“Anything will do,”
Mendengar jawapan Mellisa, Haiqarl mengangguk dan dia terus berjalan
menuju ke sebuah restoran makanan barat yang terletak di tingkat satu pusat
membeli belah terkemuka itu. Tempat yang agak jauh dari pengunjung lain
dipilih. Sengaja hendak lebih privacy. Sebaik mereka duduk, pelayan terus
datang menghampiri dan menu diserahkan. Sambil membelek-belek menu di tangan
anak mata Haiqarl asyik menjeling pandang gadis di hadapannya itu. Riak selamba
dan gaya elegant Mellisa memang memikat hatinya. Belum lagi apabila terbau
haruman dari tubuh gadis itu.
“Pejabat peguam tu di mana?” soal Haiqarl berbasi-basi sebaik makanan
dipesan dan pelayan beredar dari situ. Sengaja hendak memancing bicara gadis di
hadapannya itu.
“Bangunan sebelah ni aje,”
Haiqarl mengangguk pula. Pandangannya dibuangkan ke sekililing. Entah
kenapa otak jadi jammed. Sebenarnya banyak perkara yang ingin ditanyakan dan
dibualkan tetapi tiba-tiba hilang semuanya. Magik apa yang Mellisa guna agaknya
sehingga dia boleh hilang kata-kata. Haiqarl berdehem. Mellisa yang sedang leka
melayan Note di tangannya sedari tadi terus mendongak. Keningnya di angkatkan.
“Shall we?” ajak Haiqarl sopan sebaik sahaja pesanan mereka dihidangkan.
Mellisa tersenyum dan mengangguk. Hidangannya terus dinikmati tanpa
menghiraukan lelaki di hadapannya itu.
Suasana menjadi sepi lagi. Haiqarl sudah semakin hilang arah. Mellisa
di hadapannya itu dikerling sekilas. Makan tak toleh kiri kanan. Memang selamba
giler. React as if I’m not here… as if she’s alone. Seriously, she’s really
something! Bisik Haiqarl di dalam hati.
“Dah lama ke you bekerja dengan Zikri Land?” soal Haiqarl tiba-tiba. Akhirnya
terkeluar juga suara dari kerongkongnya. Mana boleh tahan dari tadi hanya diam
saja. Hampir pecah dadanya menahan rasa. Pandangannya di halakan tajam ke arah Mellisa
semula. Rasa macam ada magnet pula menyebabkan matanya itu seolah tidak mahu
kalih dari memandang gadis itu.
Mellisa mendongak. Pandangan mereka bersatu seketika. Mellisa berdehem
perlahan.
“Baru enam bulan,” pendek Mellisa menjawab. Kepalanya ditundukkan
semula memandang makanan di atas meja. Rasa rimas pula dengan pandangan tajam
lelaki itu. Mata si helang yang gatal! Kutuknya selamba.
“Sebelum ni kerja di mana?” soal Haiqarl lagi.
Mellisa mengangkat kepalanya dan memandang Haiqarl semula. Garpu dan
pisau di tangannya diletakkan ke dalam pinggan semula kemudian pinggan itu
ditolak ke tengah sedikit. Mendengar pertanyaan demi pertanyaan dari lelaki itu
terus hilang seleranya.
“You nak interview I ke?” soal Mellisa sinis. Kedua-dua tangannya
dipelukkan ke tubuh. Pandangan Haiqarl dibalas tajam.
Haiqarl tersenyum. “Cik Mellisa, kita akan bekerja bersama jadi tak
salah rasanya kalau I nak tahu serba
sedikit tentang you,” balas Haiqarl tenang. Wajah gadis yang sudah mula
terganggu itu dipandang lama.
Mellisa terdiam. Lama.
“Okay, for your information Encik Haiqarl, sebelum ni I bekerja dengan
papa I di US,”
“Company papa you?”
Mellisa menggeleng. “We worked at the same company,”
“Syarikat hartanah juga?”
Mellisa mengangguk pula.
“Hurm.. patutlah muda-muda lagi dah dapat pegang jawatan besar,”
“You sindir I ke? Am I not qualified?” sinis Mellisa menyoal.
Haiqarl tersengih. Kepalanya digelengkan. “Don’t get me wrong Lisa, I
kagum sebab tak sangka dalam usia you yang masih muda you sudah berada di
kedudukan sekarang,”
Mellisa tersenyum sinis. “Thanks for your compliment Encik Haiqarl, tapi
kata-kata you menunjukkan seolah-olah I ni tak layak,”
Haiqarl menghela nafas perlahan. Baru saja hendak menarik minat gadis
itu tapi boleh pulak dia tersalah cakap.
Apa ke bodoh sangat kau ni Haiqarl! Marahnya pada diri sendiri.
“I’m sorry Lisa but I don’t mean it… seriously I’m sorry,”
Mellisa mendengus. Sakit hati mendengar kata-kata Haiqarl tadi. “Just
forget it,” ucapnya perlahan. Malas hendak memanjangkan isu.
Haiqarl mengangguk dan terus terdiam. Pheuww… tak pasal-pasal mood nak
menggatal terus bertukar. Bisiknya.
“Floor 18,” tutur Mellisa perlahan.
Haiqarl mengangguk. Butang bernombor 18 ditekan. Bukan tingkat 18
pejabat Ikram ke? Soal Haiqarl di dalam hati. Namun pertanya itu tak terluah.
Sebaik melangkah saja ke pejabat Tetuan Ikram Faez dan Basir., Haiqarl
terus tersengih. Tak sangka kau yang lebih dulu kenal Mellisa, Ikram. Tapi
sampai hati kau tak pernah kenalkan pada aku. Bisiknya di dalam hati. Kakinya
dihayunkan perlahan mengekor langkah Mellisa menuju ke bilik Ikram. Sebaik pintu
bilik Ikram di ketuk, mereka pun terus masuk.
“Assalamualaikum and afternoon Ikram,” sapa Mellisa sopan.
Salam Mellisa dibalas perlahan. Ikram terus tersenyum kemudian dia
berpaling ke arah lelaki di sebelah Mellisa.
“Qarl!” sepatah perkataan itu yang keluar dari mulut Ikram ketika itu.
Tak sangka Haiqarl muncul di pejabatnya dalam keadaan begitu. Berkemeja kemas
siap bertali leher dan yang pasti kedatangannya adalah bersama Mellisa.
“Of course lah aku,” balas Haiqarl sambil tersengih. Tangannya dihulurkan
untuk bersalaman. Ikram menyambut dan turut tersenyum.
“Bila mula ni?”
“Today is my first day,” balas Haiqarl tak berjiwa.
Mendengar jawapan Haiqarl, Ikram tergelak lagi kemudian pandangannya
di halakan ke arah Mellisa di sebelah Haiqarl.
“Hai Lisa, how are you?” soal Ikram lagi sambil menghulurkan senyum
manis ke arah gadis di hadapannya itu.
“I’m fine Am, thank you.” balas Mellisa ramah. “You all berdua ni dah
kenal ke?” soal Mellisa hairan. Gayanya macam dah kenal lama saja.
Ikram tergelak. “He’s my best friend Lisa. Since standard one lagi,”
“Oh ye ke?” soal Mellisa dengan dahinya dikerutkan memandang
kedua-duanya.
Haiqarl mengangguk mengiakan.
“Ermm…senanglah urusan kita lepas ni sebab you all berdua best
friend,”
Ikram tergelak. “Bukan jadi makin senang nanti Lisa tapi makin
memeningkan kepala I, your boss ni
cerewet orangnya. I prefer deal with you rather than with him,” seloroh Ikram
pula.
Sudah mencerlung mata Haiqarl memandang sahabatnya itu. “Kau ni Am
kalau nak mengutuk pun agak-agaklah,” bisik Haiqarl perlahan dan rapat ke
telinga sahabatnya itu. Jatuh saham depan Mellisa kalau tak habis-habis dikutuk
Ikram nanti.
Ikram tergelak.
“So you all dah makan ke belum ni?” soal Ikram lagi cuba mengubah
topik perbualan.
Mellisa dan Haiqarl sama-sama mengangguk.
“Kalau macam tu come, have a sit. I tunjukkan final draft contract
resort di Pulau Sipadan tu,”
Mellisa dan Haiqarl terus saja duduk menghadap Ikram, sementara tangan
Ikram pula sedang sibuk mengambil fail kertas di antara timbunan fail di atas
mejanya.
“So Lisa, this is the the latest draft. I dah discuss dengan Mr. Han,
kalau semuanya okay this will be the final,”
Mellisa meneliti perjanjian yang dihulurkan oleh Ikram tadi. Di belek
satu persatu. Haiqarl hanya memerhati sahaja apa yang dilakukan oleh Mellisa
ketika itu. Dia bukannya tahu apa-apa pun.
“Okay, let me go through this aggrement first. I’ll check with our
lawyer than I’ll come back to you. I pun harap ini final. So, what do you think
Encik Haiqarl?” soal Mellisa sambil memandang tajam ke arah lelaki di
sebelahnya itu.
“I think you know better,”
balas Haiqarl pendek. Jawapan selamat.
Mellisa mengangguk. “So Am, can I take this copy,”
Ikram tersenyum kemudian mengangguk. “Sure,”
“Am, I harap lepas kita setuju dengan semua syarat-syarat ni kita
boleh pergi tengok resort tu semula. Sebelum perjanjian di tandatangani I rasa
lebih baik kita inspect tempat tu sekali lagi. I tak nak ada problem lepas
perjanjian dimeterai,”
“Sure Lisa, no problem. Just let me know bila you nak pergi. I’ll
arrange for you,”
Sekali lagi Mellisa mengangguk.
No comments:
Post a Comment