Bab
2
Langkah diayun laju
dengan muka yang cemberut. Gibran ditinggalkan tanpa sebarang kata. Panggilan
Gibran juga dibiarkan bagai angin lalu. Lantakkan dia! Getusnya.
"Dear..."
panggil Gibran lagi sebaik langkah gadis itu berjaya disaingi.
Dengan riak yang masih
beku seperti tadi, kaki terus diayun. Panggilan Gibran masih tidak
diendahkan.
"I'm
sorry.." Gibran bersuara lagi cuba memujuk. Tangan didepangkan untuk menghalang
langkah gadis itu.
Nur Jannah masih
beriak selamba. Biar Gibran rasa!
"Dearrrr.."
panggilnya lagi dan lengan Nur Jannah terus diraih.
Nur Jannah mendengus
dan kaki terus berhenti melangkah. Tangannya ditarik agak kasar dari terus
dipegang oleh lelaki itu.
"I'm so
sorry.." luah Gibran kesal. Redup matanya memandang Nur Jannah di hadapan.
Lebih kepada memohon simpati.
Dengan riak beku,
tangan dipelukkan ke tubuh dan mata tajam membalas pandangan lelaki itu.
"I tahu I salah
dan I janji tak akan buat lagi." Tangan diangkat ke atas seolah orang
sedang berikrar.
"I tak suka
dengan apa yang you buat tadi." Balas Nur Jannah tegas. Gibran ingat dia
perempuan tak tahu malu sehingga dengan selamba pipinya dikucup sesuka hati di
hadapan khalayak ramai? Oh please! Prinsip dia mudah, kalau lelaki yang
didampingi cuba bertindak diluar batasan, dia akan terus say goodbye! Biarpun
Gibran anak seorang tokoh korporat yang kaya raya dia langsung tak hairan!
"Yes, I know dan
I tak akan buat lagi." Janjinya lagi. Bersungguh-sungguh.
Nur Jannah terdiam.
Sengaja dia buat jual mahal. Dia mahu lelaki itu tahu, biarpun dia 'begitu'
tetapi dia bukan senang untuk menggadai maruah diri. Memanglah dia mengintai
anak orang kaya tapi kalau jenis hampeh macam gitu nak buat apa. Buang karan
aje.
"Dear...please..."
Gibran masih merayu dengan wajah minta belas kasihan.
Nur Jannah tersenyum
tetapi senyumnya itu hanya disimpan di dalam hati. Dia tahu Gibran pasti
penasaran sekarang. Rasakan! Desisnya. Itu baru bunga-bunga protes belum lagi
dia betul-betul memprotes.
"Dear..."
air muka Gibran semakin kalut. Bimbang dia andai Nur Jannah terus meninggalkan
dia begitu sahaja.
"Janji you tak
akan buat macam tu lagi kalau tidak kita putus!" Tegasnya.
Gibran angkat tangan
ke atas. "Promise...I tak akan buat lagi. Please forgive me."
"Okey, I pegang
kata-kata you."
"Yes, you can
trust me." Gibran berjanji. Bersungguh-sungguh. "Come, we have a
drink first." Ajaknya apabila Nur Jannah sudah mula berlembut. Mengenali
Nur Jannah dia tahu bukan senang memujuk gadis itu. Nampak sahaja lembut
tetapi keras hatinya. Kadang-kadang dipujuk dengan wang ringgit pun gadis itu
langsung tidak hairan.
Dengan wajak selamba
Nur Jannah mengangguk. Kenalah berlembut sebab barang-barang yang baru
dibelinya ada di tangan Gibran! Gila nak tolak semua tu? Nur Jannah belum bodoh
lagilah. Langkah Gibran diekori.
"I hantar you
balik hari ni ya." Pujuk Gibran lembut.
Nur Jannah menggeleng.
Itu salah satu perkara yang akan dia tolak mentah-mentah. Setakat ini belum ada
seorang pun dari kekasih-kekasih gelapnya yang tahu dimana tempat tinggalnya.
Pertemuan mereka selalunya pada waktu siang atau petang sahaja. Tidak pernah
lewat sehingga ke malam. Itu syarat-syarat yang telah dia berikan. Malah mereka
juga tidak perlu tahu dimana tempat tinggal dan pejabatnya. Titik!
"I boleh balik
sendiri." Tolaknya sambil menyuap kek coklat ke mulut.
"I tak sampai
hati biarkan you balik naik teksi. Please, I hantar you." Pujuk Gibran
lagi.
"No Gibb, I akan
balik sendiri. Jangan desak I boleh tak?" Gibran direnung. Tajam. Sungguh
lelaki ini jenis yang tidak reti bahasa. Aku tinggal baru tahu! Marahnya.
Gibran terdiam. Tubuh
disandarkan ke kerusi dan tangan dipelukkan ke tubuh. Apa yang susah sangat
untuk Nur Jannah membenarkannya menghantar dia balik? Apa yang rahsia sangat
tentang tempat tinggal gadis itu? Ermmm...tiba-tiba otak mula terfikirkan
sesuatu. Mengekor gadis itu untuk tahu segala-galanya? Atau mengupah seseorang
untuk menyiasat tentang gadis itu? Gibran terus tersenyum. Kenapa sebelum ini
dia tidak pernah terfikir tentang itu?
"Okay,
fine." Balasnya perlahan sambil simpan senyum.
Nur Jannah menunduk
memandang meja kembali. Kek coklat di dalam pinggan disuapkan ke mulut
semula.
"Ehemmmm..."
Terdengar suara
seseorang, Nur Jannah mendongak. Gibran turut menoleh ke sebelah.
"Hi
Gibb."
Seorang gadis tinggi
lampai tiba-tiba menegur Gibran. Tangannya dilambaikan dengan senyum lebar di
bibir.
Gibran mendengus.
Gadis itu dijeling.
"Girlfriend?"
Tanya gadis itu pula sebaik pandangannya terarah kepada sesusuk tubuh di
hadapan Gibran.
"Nur
Jannah..." balas Gibran selamba.
"Jannah, let me
introduce you, my sister. Naina." Sambungnya pula memperkenalkan adik
perempuannya itu dengan riak yang masih seperti tadi.
Nur Jannah tersenyum
dan tangan dihulurkan. "Jannah." Ucapnya sopan.
Salam Nur Jannah
disambut. Bibir turut mengukir senyum. Kepalanya ditundukkan ke arah Gibran
sebaik salamnya dilepaskan. "Not bad Gibb." Bisiknya rapat di telinga
Gibran dengan senyuman. “So, I’ll make a move first. Enjoy yourself.” Tidak
mahu menganggu, dia terus beredar dari situ. Lagipun dia tahu Gibran tidak suka
dia berada di situ. Melihat air muka abang tirinya itu sahaja pun dia tahu.
Gibran pun satu macamlah dia busy body sangat!
"Cantik adik you."
Akhirnya itu yang terlontar dari bibir Nur Jannah sebaik kelibat Naina hilang
dari pandangan.
Gibran tersengih. Jemari
Nur Jannah digenggam. "Tak secantik you dear." Ucapnya dengan senyum
lebar di bibir.
Tangannya ditarik dari
terus digenggam. Suka ambil kesempatan betul! Bebelnya dalam hati. Namun
marahnya tidak ditunjukkan tetapi senyum manis yang terukir di bibir. “You saja
aje nak jaga hati I kan?” rengeknya dengan suara manja. Belakang tangan Gibran
diusap-usap dengan hujung jarinya.
Perlahan-lahan Gibran
lepaskan nafas. Mulalah lemah seluruh urat sarafnya diperlakukan begitu. Nur
Jannah bukan jenis perempuan yang gedik mengada-ngada tetapi entah kenapa
setiap perlakuannya, mencabar nafsu lelakinya.
“I’m dead serious
dear.” Ucapnya bersungguh.
Nur Jannah tersenyum. Lebar.
I tahu! Bisiknya bangga.
“Cantik gelang tu. Baru beli ke atau
kekasih gelap belikan?” Pandora berwarna merah yang terletak elok di tangan Nur
Jannah dikerling. Cantik tapi bagi orang macam dia, pandang sahajalah yang dia
mampu. Hendak beli? Tak makan dia nanti.
Nur Jannah angkat tangannya ke atas
sedikit. Itulah hadiah kerana sikap protesnya petang tadi. Senyum dipamer
lebar. “Gibran belikan.” Balasnya selamba. Tak sia-sia buat merajuk dan mengada
petang tadi. Percuma dapat gelang Pandora yang berharga hampir dua ribu
harganya. Berbaloi-baloi!
“Ermm.. untunglah orang tu. Minta apa
aje semua dapat.” Zulaika tarik muka sedih. Bukan bersungguh pun sebenarnya
tetapi main-main sahaja.
Senyum Nur Jannah menjadi semakin lebar.
Tubuh terus dibaringkan ke atas sofa. Alat kawalan jauh ditekan-tekan untuk
mencari siaran yang boleh di tonton.
“Bosanlah astro ni asyik ulang cerita
yang sama aje. Sia-sia bayar tiap-tiap bulan. Kalau murah tak apalah juga.”
Bebelnya sedang jari semakin ligat menukar siaran.
Zulaika tergelak. Bab astro itupun Nur
Jannah yang beria-ia. Dia tak kisah pun kalau tiada televisyen. Kerjanya sahaja
pun sudah cukup sibuk jadi manalah dia ada masa untuk bersantai-santai menonton
televisyen.
“Potong aje kalau rasa membazir Nur.”
Selambanya.
“Ishhh…mana boleh. Nanti tak boleh aku
tengok cerita korea favourite aku tu.” Kepala digeleng.
“Kalau dah gitu tak payahlah membebel.”
Bidas Zulaika pula.
“Kau ni, aku cakap ajelah.” Bosan. Alat
kawalan jauh terus dimatikan.
“Hujung minggu ni kita pergi jogging eh
Nur. Dah lama tak exersice.” Ajak Zulaika tiba-tiba.
“Dekat mana?”
“Tasik Perdana. Tempat tu best sikit nak
jogging.”
“Amboi Ika, jauhnya sampai ke KL sana?”
“Ala kau ni, macam tak biasa. Sebelum ni
boleh aje.” Bebel Zulaika pula.
“Iyalah…iyalah. Aku tak janji tau. Kalau
aku ada dating, kau pergilah sorang ya.” Nur Jannah pamer sengih.
Zulaika mendengus. “Hurm.. tak
habis-habis dengan dating kau.” Kutuknya geram.
“Biasalah, orang glamour memang macam
ni.” Balasnya sambil keningnya dijungkitkan. Tawa kecil dilempar.
“Perasan!” ejek Zulaika bersama cemikan.
Dikutuk begitu, gelak Nur Jannah menjadi
semakin galak. Baru sahaja dia ingin membalas kata-kata Zulaika, telefon
bimbitnya berbunyi. Laju sahaja telefon bimbit di atas meja dicapai.
“Aku baru aje cakap. Dah ada sorang yang
telefon.” Ucapnya berlagak. Kening dijungkitkan.
“Siapa?” sibuk juga Zulaika ingin tahu.
“Bad.” Talian disambut. “Hello sayang..”
Mendengar suara manja plus mengada Nur
Jannah, Zulaika terus buat muka hendak
termuntah. Serius dia geli! Uwekkkkk!
No comments:
Post a Comment