Followers

Monday, 27 January 2014

Misi Curi Hati Dia a.k.a Ajari Aku Untuk Setia... Bab 2





Fathia menghulurkan Frappucino di tangan kepada Zati kemudian note RM50 dikeluarkan dari dompetnya dan dihulurkan kepada cashier di hadapannya itu. Sebaik sahaja menerima baki bayarannya tadi, dia terus mengajak Zati mencari tempat duduk di luar premis tersebut. Zati hanya mengekor sahaja.
Kak Tia balik bila? soal Zati sambil membetulkan duduknya. Beg sandangnya diletakkan di atas riba.
Fathia meletakkan cawan espresso ke atas meja dan terus duduk menghadap Zati yang sedang leka memandangnya. Hari Jumaat ni Kak Tia baliklah,
Kak Tia datang KL seorang ke? soal Zati lagi.
Fathia menggeleng. Dengan officemate. Dia orang jalan-jalan dekat dalam sana sementara Kak Tia jumpa Zati,
Oh okey. Kak Tia tinggal kat mana ni?
Vistana. Dekat sikit nak pergi syarikat yang Kak Tia buat audit tu. Zati datang dengan siapa ni? soal Fathia pula.
Dengan kawan tapi dia orang pergi Watson cari barang sikit,
Fathia mengangguk. Beg tangannya terus dibuka. Sampul surat kecil dikeluarkan.
Ini duit dan barang yang Kak Ngah kirimkan, sambung Fathia lagi sambil menghulurkan sampul surat kecil tadi dan bungkusan yang sederhana besar di tangannya kepada Zati di hadapan.
Zati mencapai barang-barang yang dihulurkan. Sampul surat kecil tersebut terus dimasukkan ke dalam beg sandangnya manakala bungkusan yang sederhana besar itu di buka. Tiba-tiba dia tergelak.
Kenapa? soal Fathia hairan. Espresso yang baru dihirup itu diletakkan semula.
Kak Ngah ni memang sengal, balas Zati sambil tersengih.
Fathia semakin hairan. Kak Ngah buat apa pulak?
Melihat kerutan di dahi sahabat kak ngahnya itu, semakin lebar senyum Zati.
Kak Tia tengoklah apa yang Kak Ngah kirimkan, sambung Zati lagi sambil mengeluarkan Tupperware sederhana kecil dari dalam bungkusan tadi. Kepalanya digelengkan perlahan. Dia tahu Kak Ngahnya itu jenis prihatin tapi ini sudah prihatin melampau.
Melihat Tupperware yang ditunjukkan oleh Zati, Fathia turut tergelak. Elly.Elly, takut sangat agaknya adik kau tak makan sampai kau kirimkan sambal bilis kering pada dia. Mesti gigih kau menyiapkan sambal bilis kering ni pagi tadi. Bisik Fathia dalam hati.
Kelakar betullah Kak Ngah ni, bebel Zati lagi dengan tawa yang masih bersisa.
Itu tandanya dia sayangkan Zati. Mesti bersusah payah Kak Ngah buat tu,
“Ialah, Zati tahu, perlahan Zati membalas dan dengan senyum yang masih terukir dibibir.
Okeylah, habiskan air tu. Kak Tia dah nak gerak ni. Member dah tunggu dekat depan sana, perlahan Fathia bersuara sebaik menerima SMS dari Molly.
Tidak menjawab, Zati hanya mengangguk sahaja. Frappucino di hadapannya diteguk sehingga habis.
Dah sudah? soal Fathia perlahan. Wajah Zati dipandang dengan senyum yang masih terukir dibibir. Melihat anggukan Zati, Fathia terus bangun dari duduknya dan berjalan keluar dari premis tersebut.
Zati hanya mengekor sahaja.
Okay, belajar rajin-rajin. Take care tau, tutur Fathia lembut.
Zati tahu kak. Terima kasih, balas Zati sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Lepas ni terus balik asrama jangan merayau tak tentu pasal, sambung Fathia lagi mengingatkan.
Sekali lagi Zati menganggukkan kepalanya tanda mengerti.
Okay Kak Tia pergi dulu. Kawan Kak Tia dah panggil dah tu,
Kirim salam dengan mak dan kak ngah bila Kak Tia balik nanti eh,
Fathia mengangguk dan terus berlalu meninggalkan Zati di situ.

OkEy, aku dah semak semua tuntutan bayaran yang kau majukan pada klien sebelum ni. Aku tengok pengiraan ada masalah sikit lebih-lebih lagi bila ditukarkan pada factor. Banyak pengiraan yang salah. Aku dah betulkan semuanya. So, kerja kau sekarang kumpulkan semua dokumen sokongan berdasarkan item yang aku dah senaraikan, terang Azri panjang lebar sambil jemarinya ligat menunjuk-nunjuk ke arah kertas di atas meja.
Juki di hadapannya hanya mendengar sahaja. Sesekali kepalanya diangguk-anggukan tanda mengerti dan dia akan menyampuk sekiranya ada perkara yang perlu diperjelaskan lagi.
Lagi satu, kalau aku tengok dari apa yang kau dah tuntut setakat tuntutan nombor 20 dan VOP yang kau nak hantar ni, aku rasa klien dah terlebih bayar. Mungkin sebab tu, final account kau ada problem. Sekarang terpulang pada kau nak buat macam mana. Kalau kau nak buat adjustment pun aku rasa susah sikit kut,” sambung Azri lagi.
Maksud kau?
Jangan terkejut kalau final account kau nanti bayaran yang kau tuntut berjumlah RM3 juta tapi yang tinggal tak sampai RM2 juta pun,
Juki mengeluh perlahan. Kepalanya digaru-garu. Masak kalau betul seperti apa yang Azri beritahu tadi. Apa nak jawab dengan big boss nanti. Aduh pening dibuatnya. Ri, tak boleh buat apa-apa ke?
Baru saja Azri ingin menjawab, tiba-tiba dia terdengar nama seseorang dilaung. Sepantas kilat, dia terus berpaling ke belakang. Matanya tajam memerhati, mencari ke arah suara dan pemilik nama yang dipanggil tadi. Tak nampak atau dengar apa-apa pun lagi. Azri terdiam seketika. Rasanya dia mendengar dengan jelas nama itu disebut atau dia sudah salah dengar? Soalnya dalam hati.
Ri! panggil Juki kuat. Bahu Azri ditepuk perlahan. Tiba-tiba dia jadi pelik dengan kelakuan sahabatnya itu. Sudah beberapa kali dia memanggil tapi Azri hanya buat bodoh saja di situ. Cuma matanya saja tajam memerhati di luar restoran tersebut.
Azri tersentak. Pandangannya di alihkan ke arah Juki semula. Ha, ada apa? soal Azri kalut.
Kau apasal?
Aku? Aku kenapa?
Kau tengok apa?
Azri menggeleng perlahan, sedang dalam hati masih bersoal jawab dengan berbagai persoalan. Kau tanya apa tadi?
Aku tanya, tak boleh buat apa-apa ke nak adjust claim ni?Juki mengulang semula soalannya tadi.
Azri terdiam seketika. Bukan dia tidak tahu apa yang Juki soal sebentar tadi tapi perkara yang bermain di kepalanya sekarang memerlukan jawapan dan kepastian.
Ki, aku nak tanya kau. Ada tak kau dengar seseorang menyebut nama Tia tadi? tidak menjawab soalan Juki, Azri menyoal lelaki itu semula.
Juki memandang Azri tajam. Sudah berkerut dahinya mendengar soalan sahabatnya itu. Tia mana pulak ni Ri?
Kau ada dengar tak? keras Azri menyoal. Banyak tanya betullah.
Juki menggeleng. Macam manalah nak dengar Ri, ramai orang kat sini. Bising pulak tu,
Azri terdiam. Macam mana Juki tak dengar kerana dia mendengar dengan jelas tadi nama Tia dilaung. Tak mungkin dia jadi tak betul sebab sudah hampir seminggu pemilik nama itu menyepi dari laman muka buku. Malah status-statusnya juga tidak dikomen seperti selalu. Azri melepaskan keluhan berat. Tak mungkin aku dah angau dengan Tia_the freak pulak. Aku bukannya kenal dia pun. Dibuatnya pemilik nama tersebut adalah perempuan yang sudah berumur tak ke naya aku nanti. Kalau masih muda pun, entah-entah jenis yang bersaiz XXL. Tak ke haru. Desis Azri dalam hati.
Ri, kau ni apa hal? soal Juki lagi semakin hairan melihat resah disebalik wajah sahabatnya itu.
 Azri menggeleng. Hurm.tak ada apa-apalah,
Tia tu siapa? soal Juki lagi cuba mengorek rahsia. Sahabatnya itu dipandang.
Azri mendongak. Bukan sesiapa pun, malas-malas Azri membalas.
Nampak kau pelik sangat ni. Tiba-tiba sebut nama Tia pulak tu...”
Tak ada apalah. Okay, kita sambung hal kau tadi, potong Azri tidak mahu memanjangkan cerita tentang perempuan itu lagi. Kalau Juki tahu mesti kena kutuk saja-saja nanti.
Juki mengangguk walaupun masih belum berpuashati dengan jawapan Azri. Dia tahu pasti Azri cuba menyembunyikan sesuatu. Tengok muka pun dah tahu.
Aku rasa apa yang boleh kau buat, cuba berurusan elok-elok dengan RE yang terlibat. Buat adjustment kuantiti. Itu aje cara yang ada, cadang Azri sambil tersengih.
Juki mendengus perlahan. Gila kau. Bukan senang nak buat macam tu Ri. Measurement semua dah disahkan macam mana nak buat adjustment lagi,
Kalau macam tu tak ada pilihan lainlah. Buat adjustment pada tuntutan akhir tapi apa sangatlah yang boleh adjust pun, tambah Azri bersungguh.
Juki mengangguk dan terdiam lagi. Masalah besar ni. Rungutnya dalam hati.
Azri sudah tersengih melihat riak kebingungan sahabatnya itu. Kesian tapi memang tiada apa pun yang boleh dilakukan. Nak menipu? Boleh saja tapi semua itu memerlukan kepakaran.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...