Bab
5
“Jannah dah betul-betul sihat ni?” Puan
Sofi bertanya ramah. Wajah gadis yang masih kelihatan lesu itu dipandang.
Nur Jannah tersenyum. Kepala dianggukkan
perlahan. “Alhamdulilah, dah okey sikit puan.” Balasnya sopan.
“Betul okey ni? Kalau masih rasa tak
sihat, kita buat photoshoot hari lain.” Cadang Puan Sofi pula.
“Betul. Saya dah okey.” Balas Nur Jannah
bersungguh. Rasanya sudah beberapa kali dia menunda tarikh photoshoot tersebut
jadi tidak sampai hati pula dia hendak menangguhkan lagi. Nasib baiklah puan
Sofi tidak keberatan hendak melakukan photoshoot tersebut pada hari minggu.
Jadi tidak perlulah dia bercuti semata-mata untuk kerja ‘bidan terjun’
tersebut.
Puan Sofi mengangguk dan terus bangun.
“Mari ikut I ke bilik persalinan.” Ajaknya.
Nur Jannah menurut dan dia terus bangun.
“Hi auntie.”
Langkah Puan Sofi terhenti. Kepala ditolehkan
ke muka pintu. Terpandangkan Syed Azrai yang sedang berjalan ke arahnya,
tubuhnya terus dipalingkan. “Tak ada
angin tak ada ribut tiba-tiba datang butik auntie kenapa? Weekend pulak tu.”
kening dikerutkan dan tangan dipelukkan ke tubuh. Syed Azrai yang sudah berdiri
di hadapannya itu dipandang tajam.
Syed Azrai tersenyum. “Saja.” Balasnya
selamba.
“Hurmm..hari ni tak berdating ke?” bedil
Puan Sofi pula.
Tawa Syed Azrai terburai. “Mana ada girlfriend.”
“Tak ada girlfriend? Yang asyik menempel
tu siapa?” tanyanya pula. Teringatkan kekasih anak saudaranya yang bernama
Nabila, sesak rasa nafasnya. Bukan kerana tidak cantik tetapi terlebih mengada.
Eiii...geli kadang-kadang dia melihatnya.
“Itu kawan ajelah.” Balasnya. Sesekali
matanya menoleh pandang ke arah gadis di sebelah ibu saudaranya. Hurm...cantik!
Bisiknya.
“Hurmmm...iyalah kawan. Okeylah, auntie
ada banyak kerja ni. Kalau nak ajak auntie minum, you kena tunggu auntie dalam setengah jam.”
“No problem.”
“Tunggu dalam office, okey.” Suruhnya
pula.
Tidak membantah, Syed Azrai mengangguk. “Yes
ma’am.” Tangan diangkat ke kepala sebelum dia terus beredar.
“Jom Jannah.” Dia berpaling memandang
Nur Jannah semula. “Sorry, tadi tu anak saudara I. Yang paling rapat dan yang
paling nakal juga.” Ceritanya dengan senyum di bibir.
Nur Jannah turut tersenyum. Oh! Barulah
dia tahu, anak saudara rupanya. Ingatkan kekasih gelap Puan Sofi. Haish! Jahat
betul apa yang difikirkan sebelum ini. Maklumlah orang kayakan suka simpan
kekasih gelap. Tebaknya sengaja memandai.
“Ini baju-baju yang akan you gayakan.
Ada lima pasang semuanya. Sekejap lagi my make up artist akan datang solekkan
dan dandan rambut you. Lepas tu you boleh salin baju di bilik tu dan kita akan
ambil gambar dekat studio di bilik sebelah ni.” terang Puan Sofi panjang lebar.
Deretan gaun-gaun malam rekaannya disentuh satu persatu.
Nur Jannah mengangguk. Gaun-gaun malam
yang ditunjukkan puan Sofi tadi dipandang tak berkelip. Hurm...cantik-cantik
dan nampak mewah semuanya. Nasib baik tidaklah seseksi mana hanya terbelah di
bahagian bawahnya sahaja. Bahagian dada? Hurmmm... tidaklah menjolok mata
sangat.
“So, you tunggu dalam bilik ni dulu
kejap lagi Deen akan masuk.”
“Deen? Lelaki?” laju Nur Jannah
bertanya. Muka sudah berubah riak. Make-up artist tu lelaki? Ya Allah, tak
pernah lagi mana-mana lelaki menyentuh kulit wajahnya selama ini. Dia nakal
dengan lelaki tetapi tak pernah lagi lelaki-lelaki yang didekati berani menyentuh
wajahnya. Kecuali Gibran. Mamat tak reti bahasa itu!
Puan Sofi tergelak. Mengerti dengan riak
yang dipamerkan oleh Nur Jannah. “Perempuan tetapi macam lelaki.” Jelasnya.
Nur Jannah mengangguk. Nafas dihela
lega. Tak kisahlah perwatakannya, asalkan orangnya perempuan. Bisiknya.
“Okay, you get ready. I nak ke studio di
sebelah.” Puan Sofi bersuara lagi.
Nur Jannah mengangguk mengerti. Sebaik
puan Sofi keluar dari situ, ruang yang agak luas itu dipandang dengan penuh
minat. Bermacam-macam jenis baju ada diletakkan di situ. Mungkin inilah yang
digelarkan wardrobe. Fikirnya. Gaun-gaun yang akan diperagakan sebentar lagi
disentuh satu persatu. Mewah. Ya sangat-sangat mewah. Sampai mati pun tak
mungkin dia dapat memakai pakaian-pakaian seperti itu melainkan berkahwin
dengan anak orang kaya. Bisiknya kepada diri sendiri. Bibir terus menguntum
senyum. Kahwin dengan anak orang kaya... ya, itulah cita-citanya semata-mata
ingin hidup mewah. Tapi anak-anak orang kaya yang ditemuinya setakat ini
semuanya tak boleh diharap! Desisnya dan wajah terus berubah riak.
“Nur Jannah?”
Teguran seseorang mengejutkan lamunannya.
Dia terus berpaling. Terpandangkan seseorang di muka pintu, dahinya dikerutkan.
Sesusuk tubuh yang sedang berdiri di muka pintu itu dipandang. Penampilannya,
macam lelaki. Inikah Deen yang dimaksudkan Puan Sofi tadi? Soalnya sendiri.
“I’m Deen.” Sapa perempuan yang bernama
Deen itu ramah. Pintu terus ditutup dan langkah di atur menghampiri Nur Jannah.
“You are, Nur Jannah right?” tanyanya lagi.
Nur Jannah mengangguk. “Ya, saya.”
“Cantik. Patutlah Puan Sofi beria-ia nak
baju-baju tu you yang gayakan.” Tuturnya.
Dahi Nur Jannah semakin berkerut. Dalam.
“Sepatutnya photoshoot ni kena siap sebulan
yang lepas tapi puan Sofi tunda ke tarikh hari ni sebab dia kata you belum beri
jawapan lagi.” Cerita Deen pula. Langkah terus diatur menuju ke meja solek.
Nur Jannah terkedu. Ditunda? Dan kerananya?
Mana mungkin. Apa yang istimewa sangat tentang dirinya? Soalnya kepada diri
sendiri.
“Kenapa tak teruskan aje dengan model
lain?” tanyanya.
Deen jungkit bahu. “Puan Sofi kata dia
tetap nak you yang menggayakan koleksi rekaan terbarunya. New and fresh, sesuai
untuk rekaannya kali ini. ” Terang Deen lagi.
Bibir terus tak mampu berkata-kata.
Hanya wajah Deen sahaja yang dipandang dengan mata terkebil-kebil.
“Okey, kita lupakan tentang tu. Mari, I
solekkan you. You’ll be the prettiest girl in the world today.” Deen bersuara
teruja. “Come and sit here.” Sambung Deen lagi sambil tangannya ditunjukkan ke
arah kerusi di hadapannya.
Nur Jannah akur. Langkah diayun
perlahan. Berdebar sebenarnya. Dia manalah pernah beraksi depan kamera.
Mampukah dia? Bisiknya risau. Relax Jannah. Kau nak duit kan? Bayaran yang akan
kau terima untuk sesi photography ni bukan murah dan cukup menampung
perbelanjaan kau untuk berbulan-bulan. Hatinya berbisik lagi.
"Duduklah.” Suruh Deen pula.
Nur Jannah menurut.
“Takut?” Senyum Deen menjadi semakin
lebar. Wajah Nur Jannah yang hampir lesi tak berdarah itu dipandang. Tangan
pula sudah mula mengeluarkan sesuatu dari beg solek yang dibawanya.
“Berdebar sebab tak biasa.” Suara Nur
Jannah sudah kedengaran bergetar. Dada semakin berdebar kencang.
“Relax okay. It’s just a simple
photoshoot.” Wajah Nur Jannah sudah mula dioles dengan pembersih muka.
“Take a deep breath...” Deen cuba
menenangkan.
Nur Jannah mengangguk dan perlahan-lahan
nafasnya dihela dan dilepaskan.
Tubuh
direbahkan lesu ke atas kerusi di hadapan
meja solek. Wajah yang masih elok dengan solekan itu dipandang. Wajah
itu nampak berbeza. Seperti bukan dia. Benarlah seperti kata Deen tadi, dia
akan jadi gadis yang paling cantik di dunia. Bibir menguntum senyum. Apa
sangatlah dengan kecantikannya jika dibandingkan dengan gadis-gadis lain di
dunia ini. Kecantikan yang ada itupun kecantikan palsu kerana solekan. Bukan
kecantikan yang sebenar. Telahnya.
Jam tangan yang diletakkan di atas meja
solek tadi diambil dan dikerling. Waktu ketika itu sudah hampir ke pukul enam
petang. Sepantas kilat dia bergegas bangun. Kalau dia tidak keluar sekarang,
tentu agak susah untuk dia mendapatkan teksi nanti. Kalau terlalu lewat, dia
pun takut juga. Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku. Di saat itu jugalah
pesanan-pesanan abah terngiang-ngiang di telinga.
“Duduk tempat orang jaga diri baik-baik
kakak. Nak berkawan pun carilah kawan yang baik-baik.”
Allah, tiba-tiba terasa rindu sangat
dengan abah. Rasanya sudah hampir dua bulan dia tidak menjengah mak dan abah di
kampung. Entah apa khabar abah agaknya. Sejak dia tidak sihat tempoh hari
memang dia tidak pernah menghubungi orang tuanya di kampung. Bukan dia lupa
tapi dia tidak mahu abah susah hati dengan keadaannya.
“Dapat duit hasil dari photoshoot ni,
Nur akan balik abah.” Bisiknya seakan berjanji. Dan tanpa berlengah lagi,
gelang perhiasan yang melilit pergelangan tangannya terus di buka dan
diletakkan ke dalam bekasnya, Rantai yang terletak kemas di leher terus
dicapai. Baru sahaja dia ingin meloloskan rantai tersebut dari kepala,
terdengar pintu dibuka. Kepala terus ditolehkan memandang pintu. Terpandangkan
Syed Azrai di muka pintu, Nur Jannah tergamam.
Syed Azrai turut tergamam. Pandangannya terus
dibuangkan ke sekeliling. “Sorry, I ingat auntie I ada di sini.” Ucapnya
teragak-agak. Tombol pintu yang masih dipegang terus dilepaskan.
Dengan riak kaku seperti tadi, Nur
Jannah terus mematikan diri. Hanya matanya sahaja yang tidak berkalih memandang
lelaki itu.
Tidak selesa diperhatikan begitu, Syed
Azrai berdeham. “Ermm...since my auntie tak ada dekat sini, I keluar dulu and you can continue your work.”
Ucapnya.
Tidak membalas kata-kata lelaki itu, Nur
Jannah berpaling memandang cermin semula. Rantai yang sedang dipegangnya terus
diangkat ke atas dan entah macam mana, rantai tersebut tersangkut pada rambutnya.
Ah sudah! Bisiknya. Rantai tersebut cuba ditarik tetapi tetap juga tidak
berjaya. Macam mana ni? gumamnya pula. Nak minta tolong siapa? Deen pula sudah
lama balik. Rambutnya disentuh untuk
mencari punca dimana rantai tersebut tersangkut.
“Biar I tolong.”
Terdengar dekat suara Syed Azrai di
telinganya, Nur Jannah tergamam. Sepantas kilat tubuhnya dipusingkan ke
belakang. Terpandangkan Syed Azrai yang sedang berdiri hanya beberapa langkah
di hadapannya kini, degupan jantungnya sudah mula berubah rentak.
“Rantai tu tersangkut dekat klip rambut
you. Mari I bantu kalau tidak mesti you tak boleh keluarkan rantai tu.” Syed
Azrai bersuara menawarkan diri untuk membantu. Sedari tadi dia hanya melihat
sahaja gadis itu terkial-kial mahu melepaskan rantai tersebut di sebalik muka
pintu.
“Tak apa, biar I buat sendiri.” Tolak
Nur Jannah lembut. Hati sudah mula berdebar. Tiba-tiba dia rasa takut pula
berada di situ. Berdua dengan lelaki
itu. Walaupun hati nakalnya sudah mula mengajarkan perkara yang bukan-bukan
tetapi entah kenapa dia tidak sanggup untuk melakukannya. Ingat Jannah, perempuan
yang jual mahal itukan lagi tinggi nilainya. Bisiknya mengingatkan diri
sendiri.
“Okey.” Riak Syed Azrai masih seperti
tadi. Bersahaja. Tangannya diangkat mengalah.
Nur Jannah meneruskan apa yang terhenti
tadi. Rambutnya diraba-raba semula. Sebaik tangannya menyentuh tempat rantai
tersebut tersangkut, klip yang terletak kemas itu cuba dibuka. Gagal. Dicuba
lagi dan masih juga gagal.
“I dah cakap, you tak akan dapat
leraikan rantai yang tersangkut tu. Mari I tolong.” Syed Azrai bersuara lagi. Tidak
menunggu jawapan dari Nur Jannah, laju sahaja tangannya meleraikan rantai yang tersangkut
pada klip rambut di kepala gadis itu. Perlahan dan berhati-hati. Selesai,
rantai tersebut diserahkan kepada Nur Jannah semula.
Dengan wajah yang sudah seperti udang
dibakar, huluran Syed Azrai disambut. Dengan riak tersipu-sipu. “Thanks.”
Ucapnya sepatah dengan suara yang hampir tidak kedengaran. Kenapa tiba-tiba dia
rasa malu dan berdebar? Tenang
Jannah...jangan tunjukkan sangat apa yang kau rasa sekarang! desis hatinya.
Melihat air muka Nur Jannah ketika itu,
Syed Azrai simpan senyum. Dia pasti, gadis di hadapannya itu malu diperlakukan
begitu tadi.
“I rasa lebih baik I keluar dulu so you
boleh teruskan kerja you.” Ucapnya. Langkah terus di atur untuk keluar. Sebaik sampai
di muka pintu, dia berpaling semula. “What is your name?” soalnya dengan kening
terjungkit.
“Huh?”
“Don’t say that your name is huh?” Senyum
di bibir Syed Azrai mula terukir. Manis.
Nur Jannah terdiam. Kening dikerutkan.
Syed Azrai berlawak? Mana mungkin.
“Just joking.” Tawa Syed Azrai mula
kedengaran. Garau tetapi sedap sahaja bunyinya.
“Nama you?” sekali lagi Syed Azrai
menyoal.
“Jannah...Nur Jannah Zahra.” Balasnya jujur.
“Hurm.. nice name. Sama macam tuan punya
nama juga.” Senyum terukir lagi. Lebih lebar dari tadi.
“So, what should I call you? Nur?
Jannah? Or Zahra?”
“Jannah.” Sepatah lagi Nur Jannah
membalas. Entah kenapa lidahnya terasa kelu untuk berbicara dengan lelaki itu.
Lelaki yang punya pesona yang sangat luar biasa. Wajah kacaknya, alunan
suaranya, bahasa tubuhnya, malah tawanya juga kedengaran indah sahaja. Ya
Allah, Jannah...apa yang bermain dalam kepala kau sekarang? Tak mungkin seorang
Nur Jannah Zahra tiba-tiba jatuh cinta pandang pertama dengan ‘suspek’ yang
cuba didekatinya? Kena ingat Jannah, dia ‘playboy’. Tindakan mesti selaras
dengan akal dan bukan perasaan. Pesannya mengingatkan diri sendiri. Syed Azrai
dipandang lagi. Lelaki yang kacak dan berduit. Tidak hairanlah kalau lelaki itu
menjadi kegilaan gadis-gadis sepertinya. Sedangkan hatinya juga sudah mula
berentak tak sekata.
“Jannah...lovely.” sebut Syed Azrai
dengan nada suara yang seakan menggoda.
Nur Jannah hela nafas. Kalau
terus-terusan lelaki itu berada di situ, tidak tahulah apa yang berlaku kepada
dirinya. Harus tergoda barangkali.
“Maaf Encik,”
“Azrai...just call me Ray.”
“Ermmm.. saya nak tukar baju. Boleh tak
encik Ray keluar dulu?” suruhnya. Tegas sahaja nada suaranya.
Syed Azrai lepaskan tawa kecil.
Perlahan-lahan kepalanya diangguk. “Sure.” Ucapnya. “So, see you again...
Jannah.” mata dikenyitkan sebelum pintu ditutup rapat.
Terasa lemah lutut Nur Jannah
diperlakukan begitu. Muka terasa berbahang lagi. Dadanya diusap. Ya Allah,
benarlah seperti kata Jenny, lelaki ini bukan jenis sebarangan kaki perempuan.
Hanya dengan bicara dan tindakan spontannya sahaja, hampir gugur jantung
dibuatnya.
No comments:
Post a Comment