Followers

Friday 15 November 2013

Ajari Aku Untuk Setia... Bab 1




Bab 1
Azri_SiRempit
33 minutes ago via mobile
..sederhana..
bagaimana nak takrifkan perkataan hidup secara sederhana?? kalau orang kaya mcm mana nk bersederhana? Dah memang kaya kan? kalau orang miskin memanglah kena bersederhana....bagi Azri mudah aje.. ade je duit.. guna.. nanti dah tua x le kempunan pulak..
Tia_the freak             :tapi jangan lupa simpan duit untuk kahwin ye Azri_SiRempit  ... J
Riza Ahmad               :A'ah..gune je sampai.habis..hahahaha..jangan sampai terambik duit jiran  sebelah sudahlah.....hahahahaha
Azri_SiRempit           : ohh Riza Ahmad.. jiran saya Along.. nanti saya pinjam la dari dia.. haha
Azri_SiRempit           : Tia_the freak.. ade simpan seratus jer..tu pun rasanya 25hb ni piniss dah.. hahaha
Riza Ahmad               :Kang x dpt bayar. ..melolong kene kejar along...tolong...tolong hahahahaha
Azri_SiRempit           : saya larik tido kelong.. x jumpe la nanti.. hehehe
Tia_the freak             : hampagas betul Azri_SiRempit... hehehehee
Azri_SiRempit           : hihihi... you olls ni kerja ape sebenarnya ye?? sama je kita.. fb manjang..
Tia_the freak             : Azri_SiRempit...pssstttt! hanya you yang tahu I rajin berfb... J
Azri_SiRempit           : oppss.. okay2 saya tutup mulut.. hehehee
Riza Ahmad               :  Hahahaha.soklan maut...kerja orang gaji jer..tu yg sambil2 buat kerja sambil2 ber fb :-D...
Tia_the freak             :  Riza Ahmad...you orang gaji... I plak keje goyang kaki jer... hehehehee
Riza Ahmad               :  you plak Azri sibuk tanya org you tak keje ke?
Azri_SiRempit           : keje saya senang aje..lepas antar surat saya mengular…hihihi
Tia_the freak             :  Azri_SiRempit the Anaconda… hahahaa
Azri_SiRempit           : Ai bukan anaconda Tia_the freak tapi I Dracula…hahaha
Tia_the freak             :  Azri_SiRempit< ---- BENGONG!

Fathia tersenyum lebar. Geli hatinya melayan komen-komen dari lelaki yang menggelar dirinya Azri_SiRempit itu. Hilang keserabutan yang memeningkan kepalanya dalam menyiapkan audit akaun syarikat pembinaan yang masih terbengkalai sejak dua minggu lepas. Akaun facebooknya terus ditutup dengan senyuman yang masih terukir di bibir.
“Amboi lebarnya senyum,” tegur Suhaili yang tiba-tiba muncul di muka pintu.
Fathia mendongak kemudian tersengih pula. Pandangannya dihalakan ke arah Suhaili yang sudah berdiri di hadapannya.
“Apa cer?” soal Suhaili lagi.
“Ala, dok berbalas komen dengan budak sengal yang aku cerita kat kau hari tu,” jujur Fathia menjawab.
“Budak mana?” sudah berkerut dahi Suhaili cuba mengingati gerangan budak sengal yang disebut oleh Fathia tadi.
“Ala, Azri_SiRempit itulah,” tutur Fathia lagi cuba mengingatkan.
“Oh okay. Apa pulak status sengal dia kali ni?” Suhaili sudah tersenyum bila mengingatkan cerita-cerita sahabatnya tentang rakan facebook nya itu. Dia terus duduk di hadapan Fathia tanpa diundang.
“Pasal bersederhana,”
Entah kenapa tiba-tiba Suhaili tergelak mendengar jawapan Fathia. Kelakar pulak mat rempit sibuk buat status pasal bersederhana. Bukan dah memang hidup mat rempit sederhana saja ke? Soalnya nakal.
“Apasal?” soal Fathia hairan. Wajah Suhaili dipandang dengan kerutan didahi.
Suhaili menggeleng pula. Ada kena bebel dengan Fathia kalau diluahkan apa yang terbuku di hati. Dia selalu ingat kata-kata sahabatnya itu.
“Kita ni semuanya sama saja Elly. Kaya atau miskin sampai masa ke tanah jugak. So, dalam hidup ni tak usah terlalu mendongak ke langit sesekali kita kena jugak menunduk memandang ke bumi”
“Eh Tia, kau tak teringin ke nak jumpa mamat sengal tu?” soal Suhaili tiba-tiba. Rasanya sudah lama Fathia berkenalan dengan lelaki itu di laman muka buku. Sudah hampir setengah tahun pun.
“Tak kuasa aku!” selamba Fathia membalas.
“Mana tau mamat tu hensem giler dan kaya pulak tu,”
“Ada aku kisah?”
Suhaili tergelak lagi. Memanglah kau tak kisah babe. Sedangkan si Khairul yang kaya raya dan handsome tu pun kau bolayan inikan pula lelaki yang entah apa-apa. Mat rempit pulak tu. Desis Suhaili di dalam hati.  Oppss…bukan bolayan tapi tak boleh bersama kerana keadaan. Pintasnya pula membetulkan kenyataan.
Fathia memandang sahabatnya itu tajam.
“Okay, kau nak apa masuk office aku ni?” Fathia terus menyoal Suhaili cuba untuk mengingatkan kembali tujuan asal kedatangannya itu.
Suhaili terus menepuk dahinya. “Lupa pulak aku. Ini ha, David suruh bagi kau. Supporting document untuk audit syarikat yang kau tengah buat sekarang. Mr. Lim baru beri dia pagi tadi,” buru-buru Suhaili menyerahkan sampul surat warna coklat bersaiz A4 di tangan kepada sahabatnya itu.
Huluran Suhaili disambut. Sampul surat tersebut dibelek-belek.
“Sudah dua minggu kerja aku terbengkalai disebabkan dokumen-dokumen ni, sampaikan kerja lain pun tak boleh nak mula,” bebel Fathia sambil melepaskan keluhan. Sampul surat tersebut dibuka dan dokumen di dalamnya dikeluarkan. Satu persatu dokumen-dokumen tersebut diperiksa.
“Eh, minggu depan kau jadi ke naik KL?” soal Suhaili apabila teringatkan syarikat Pumpco Holdings Sdn. Bhd. yang sedang menunggu giliran untuk pengauditan.
“Insya-Allah, kalau audit syarikat yang aku buat ni  boleh settle dalam minggu ni, isnin depan aku naiklah. Kenapa?”
“Aku nak kirim barang untuk adik aku,”
Fathia tersenyum. “No hal,” balasnya pendek.
“Thanks babe. Apa-apa hal kau beritahu eh,” sambung Suhaili lagi dan terus bangun dari duduknya.
Tidak menjawab, Fathia hanya mengangguk sahaja.


Azri memandang Ipad di tangannya sambil tersenyum. “Bengong dikatanya aku.” Bisiknya perlahan. Berdepan dengan rakan facebook yang seorang ini memang mengujakan. Apa tidaknya status-statusnya selalu dicantas sesuka hati sahaja. Kena kutuk memang sudah biasa tapi entah kenapa dia tidak terasa langsung dengan kata-kata yang diluahkan oleh perempuan itu. Kadang-kadang timbul juga rasa ingin mengenali perempuan itu dengan lebih dekat sebagaimana dia mendekati rakan-rakan facebook yang lain. Namun entah mengapa walaupun sudah enam bulan berkenalan di laman muka buku tak pernah terluah lagi kata-kata untuk bertemu muka. Tapi untuk apa untuk bertemu? Tambahan pula perhubungan mereka hanya bersandarkan komen-komen di status sahaja dan tidak lebih dari itu tapi kenapa nama Tia_the freak itu terlalu menggamit hatinya. Rupanya saja dia tidak tahu malah tiada satu apa pun mengenai perempuan itu tertulis di profail muka bukunya. Puas berulang kali dia mengintai profail pemilik nama tersebut tapi hampa, yang ada hanya nama samaran dan cuma diletakkan gambar upin dan ipin sebagai gambar profailnya.
Azri mengeluh perlahan kemudian tersenyum lagi. Dia pasti suatu hari nanti pasti dia akan ketemu juga dengan pemilik nama Tia_the freak itu. Ini Azrilah. Tak pernah lagi Azri gagal menjejak. Kalau Azri mahu pasti dia akan lakukan apa saja untuk mencapai keinginannya. Bisiknya yakin.
Sedang dia leka berbicara dengan hati, tiba-tiba bahunya ditepuk kuat dari belakang. Azri tersentak.
“Oh mak kau!” Jeritnya lantang. Azri terus berpaling. Dadanya digosok-gosok perlahan. Melihat Juki yang sedang mengekek-ngekek memandangnya lagilah angin rasa satu badan. Rasa mahu dihempuk saja sahabatnya itu.
“Melatah!”
“Gila kau!” bentak Azri keras. Bahu Juki ditumbuk kuat. Ha, Rasakan! Bisiknya perlahan.
“Woi, Agak-agaklah wei!” lantang Juki bersuara sambil menggosok-gosok bahunya perlahan. Dia terus duduk di hadapan sahabatnya itu dengan sengih yang masih bersisa.
Azri terus terdiam. Hanya penumbuknya saja yang di tunjukkan ke arah lelaki itu.
Juki tergelak sambil tangannya diangkat tanda mengaku kalah.
“Mengular?”
Azri mendongak dan menjeling sahabatnya itu sekilas.
“Mengular apanya. Aku baru balik dari site lah,” perlahan tapi keras dia menjawab. Air milo ais di hadapannnya dicapai kemudian dikacau sebelum dihirup perlahan.
Juki tersengih. Tangannya diangkat dan dilambaikan ke arah pelayan yang berada tidak jauh dari situ.
“Nescafe tarik,” ucap Juki sebaik pelayan menghampiri meja mereka.
“Kau dari mana ni?” soal Azri sambil mengerling pandang sahabat di hadapannya itu.
“Dari office JKR. Ada meeting tadi,” perlahan Juki membalas sambil melepaskan keluhan berat.
“Kenapa? Projek ada masalah ke?”
“Biasalah. Payment sangkut. VOP tak approve,”
Azri tergelak. “Itulah aku dah pesan, dokumen kena record betul-betul. Bila dah jadi macam ni mulalah kelam kabut nak cari back up,” bidas Azri sinis.  
Juki mencemik. “Kau senanglah cakap. Kau tu QS. Perkara macam ni kacang aje bagi kau,” telah Juki pula.
Azri melepaskan gelak lagi. Memang baginya perkara-perkara begitu hanya dicelah gigi sahaja. Setakat nak menyelesaikan final account bukan masalah besar baginya. Sap Sap Soi!
“Nak aku tolong ke? Tapi kena ingatlah, consultant fee mahal tau,” sambung Azri lagi sambil angkat kening.
“Kalau kau boleh settlekan aku sanggup bayar berapa pun tapi agak-agaklah jangan melampau sangat. Aku pun kerja makan gaji aje,”
Azri tersengih. “Aku tahulah. Kau hantar semua rekod claim kat rumah aku nanti aku settlekan,”
“Beres bos!” balas Juki sambil tersenyum lebar.


2 comments:

  1. Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...