Followers

Wednesday, 1 June 2016

Misi Curi Hati Dia - Bab 6

BILA awak turun KL lagi?” soal Azri perlahan.
Fathia menggeleng. “Tak tahulah Azri, kalau saya ada kerja barulah saya akan ke sana,”
“Datang KL call saya. Kalau saya tahu awak datang KL tapi tak call saya siaplah awak,” ugut Azri serius.
Fathia tergelak. Mengugut!. Bisiknya dalam hati.
“Awak nak buat apa?” soal Fathia menduga.
“Adalah, takkan nak beritahu awak apa yang akan saya buat,” balas Azri sambil tersengih.
“Azri awak ni memang nakal tahu tak. Kesian awek awak dapat boyfriend macam awak,” kutuk Fathia selamba.
Azri tergelak kecil. “Saya mana ada aweklah Tia,” jujur Azri menafikan.
“Bukan awak kata ramai perempuan tergila-gilakan awak ke?” kutuk Fathia lagi.
“Kalau dah gila takkan saya nak ambil jadi awek pulak,” balas Azri sambil tersengih.
Semakin besar gelak Fathia dibuatnya. Azri memanglah sengal. Bengong pun ya jugak. “Awak memang sengallah Azri,”
“Awak jangan kutuk saya macam tu Tia, silap hari bulan saya yang jadi suami awak nanti. Awak nak ke dapat suami sengal?” soal Azri sengaja mengusik.
Mendengar kata-kata Azri, Fathia terus terdiam. Berubah air mukanya serta-merta. Entah kenapa dia tak suka mendengar gurauan seperti itu.
“Saya bergurau sajalah Tia,” sambung Azri lagi apabila perasan perubahan air muka perempuan di hadapannya itu.
“It’s okay Azri, saya anggapkan awak tak cakap apa-apa tadi,” perlahan Fathia membalas.
Azri pula terdiam. Tiba-tiba suasana bertukar sepi.
“Okeylah Azri, saya minta diri dulu. Elly ada hal malam ni so kami kena balik awal. Insya-Allah, lain kali kita jumpa lagi,”
Azri mengangguk sambil membuang pandang ke arah Shidi dan Suhaili yang sedang berbual tidak jauh dari situ.
“Saya pun nak balik ni. Terima kasih luangkan masa jumpa saya hari ni,”
Fathia tersenyum dan mengangguk. “Hati-hati Azri,”
Azri mengangguk dan turut tersenyum.

AZRI tekun memandang lebuh raya di hadapan tetapi fikirannya asyik teringatkan pertemuan dengan Fathia petang tadi. Tak sangka pemilik nama Tia_the freak itu cantik dan kecil molek saja orangnya. Walaupun bukan kategori jelita tetapi manis dan tak jemu mata memandang. Tutur katanya juga lembut sahaja tidak sepedas komen-komen yang selalu dilontarkan. Sebelum ini dia selalu membayangkan Tia_the freak itu mesti jenis yang kasar, tidak bertudung tapi tak sangka perempuan itu jauh benar dari apa yang difikirkan.
“Ri! Ri!” panggil Shidi lagi sedikit kuat dari tadi.
Azri tersentak. Shidi di sebelahnya dikerling sekilas.
“Kau panggil aku ke?” soal Azri agak kalut.
“Ialah, dah berkali-kali aku panggil. Kau berangan ke apa ni?” tempelak Shidi sedikit keras. Tengah drive sempat lagi berangan tu. Bebelnya dalam hati.
“Sorry.sorry, aku terfikirkan sesuatulah,”
“Tia? Kau fikirkan dia kan?” soal Shidi menduga. Dibibirnya sudah diukirkan senyum mengusik memandang sahabatnya itu.
“Mana adalah,” balas Azri menafikan.
“Usahlah nak tipu aku Ri. Kau ingat aku buta ke?” sambung Shidi lagi sambil mencemik.
Tak mampu hendak berdalih lagi Azri tersengih.
“Dah terpikat?” soal Shidi mengusik.
“Kau ni agak-agaklah Di. Baru sekali jumpa aje pun,” balas Azri menafikan.
Shidi tergelak. “Tak salah kalau terpikat walau baru sekali jumpa Ri. Aku tengok Tia tu pun okey aje orangnya. Cantik dan lemah lembut aje,” jujur Shidi memuji.
“Di, kadang-kadang orang ni kali pertama jumpa memanglah baik, dah lama kenal baru tahu sikap yang sebenar,”
“Kau ni suka berfikiran negatif . Pada aku, dia tak nampak berpura-pura pun tadi,”
“Ialah, tapi aku memang tak sangka dia macam itu orangnya,” perlahan Azri bersuara.
“Maksud kau?” soal Shidi ingin tahu.
“Aku ingat dia tu jenis kasar orangnya tapi tak sangka bersopan aje. Kalau baca komen-komen dia di Facebook, fuh pedas weii,” balas Azri sambil tergelak kecil.
“Itulah kau jangan membuat kesimpulan sendiri. Kenal dulu baru tahu. Seperti yang orang selalu kata, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal tidurpun tak lena,” usik Shidi lagi sambil tergelak kecil.
Azri hanya mampu tergelak sahaja. Memang kali ini dia akui, dia sudah silap dalam menilai. Paling penting, dia sudah suka dengan pemilik nama Tia_the freak itu walau baru pertama kali mereka bertemu. Suka sebagai kawan.

FATHIA mendengus keras. Malas betul hendak melayan sahabatnya yang seorang itu merepek. Dia memang sudah dapat mengagak apa sebabnya Suhaili menghubunginya malam-malam begitu.
“Dah.dah, kau jangan cakap banyak. Aku tahu apa yang kau nak cakap,” bebel Fathia sedikit keras.
Suhaili tergelak. “Kau ni aku belum cakap apa-apa pun lagi. Tadi tu cuma mukadimah aje,”
“Kau ingat aku tak tahu yang kau nak cakap pasal Azri?”
Semakin galak Suhaili tergelak.
“Betul kan?” soal Fathia lagi.
“Tia mamat sengal tu hensemlah. Nampak bergaya bukan main lagi. Aku rasa mesti kerja dia pun best kan?”
“Entahlah Elly mana aku tahu. Aku tak sempat nak interview dia tadi,” balas Fathia acuh tak acuh. Lagipun tak kuasa dia hendak bertanya. Berkawan bukan tiket untuk dia ambil tahu semua tentang lelaki itu. 
“Kau ni Tia, lembap,” kutuk Suhaili selamba.
“Sesedap mulut kau aje cakap aku lembap eh!” bidas Fathia geram.
“Hehe.Sorry lah Tia, aku main-main aje,”
“Elly, kau telefon aku malam-malam ni semata-mata nak cakap pasal dia ke?” soal Fathia dengan suara yang sudah naik senada. Tak kuasa sebenarnya hendak melayan Suhaili membebel pasal Azri_SiRempit.
Terdengar semakin main galak Suhaili tergelak di telinganya.
“Tia, aku tengok dia dengan kau sesuai sangat. Memang secocoklah pada pandangan aku,” giat Suhaili lagi dengan tawa yang masih bersisa.
“Sudah-sudahlah tu nak carikan jodoh untuk aku. Fikirkan tentang diri kau sendiri okey. Aku belum terfikir nak kahwin lagi,” bebel Fathia pula.
“Tia, dah jumpa yang sesuai tu buat apa nak biarkan. Menyesal kau nanti,”
Fathia mengeluh perlahan. Apalah yang Suhaili merepek agaknya. Aku dengan Azri itu kawan ajelah. Bebelnya dalam hati.
“Sudahlah Elly, aku malas nak cakap banyak pasal perkara yang tak mendatangkan faedah ni. Pada aku, hubungan aku dengan dia hanya kawan sahaja..kau faham eh. Hanya kawan!.fullstop,” tutur Fathia panjang lebar sambil menekankan perkataan hanya kawan supaya Suhaili mengerti. Kalau tidak sampai bila-bila pun mulut Suhaili tak akan berhenti menceceh tak tentu pasal tentang lelaki itu.
“Ialah.ialah, aku cuma nak yang terbaik untuk kau. Dia tu okey apa. Ada rupa dan aku rasa kerja pun boleh tahan,”
“Elly, aku dah seriklah. Apa yang berlaku dulu banyak mengajar aku tentang kehidupan dan perhubungan. Lagipun kalau dia tahu siapa aku yang sebenarnya, sanggup ke dia terima aku? So, pada aku tidak ada apa yang akan berubah antara aku dengan dia,” tutur Tia cuba mengingatkan.
Suhaili menarik nafas perlahan. Rasa bersalah tiba-tiba. “Sorry Tia, aku bukan nak mengungkitkan tentang hal dulu. Tapi entahlah..aku rasa kau dengan Azri tu macam ada chemistry..apa kata orang tu,serasi bersama.”
Fathia tergelak lepas. Serasi bersama konon. Baru sekali jumpa dah pandai nak buat statement macam itu. Ini sorang lagi sengal. Dua kali lima aje dengan Azri. Kutuknya dalam hati.
“Sudahlah Elly, kita tutup buku. Aku dah penat dan aku nak tidur. Kau pun pergilah tidur esok pagi-pagi dah nak bangun. Ke esok kau tak kerja?”
“Aku kerjalah. Aku mana ada cuti lagi,”
“Dah tu tak reti-reti nak tidur?”
“Hehe.okaylah Tia, sorry kacau kau tapi kau fikirkanlah apa yang aku cakap tadi eh,”
“Elly!” jerit Fathia dengan suara yang sudah naik senada.
“Okey.okey.selamat malam Tia,” balas Suhaili sambil tergelak kecil. Akhirnya dia mengalah.
“Malam Elly,” balas Fathia pendek sebelum talian telefonnya dimatikan. Perlahan-lahan nafasnya dilepaskan kemudian dia tersenyum nipis. Elly.Elly.
Fathia terus berjalan menuju ke katil. Telefon bimbitnya diletakkan dimeja sisi di sebelah katil. Dia terus naik ke atas katil kemudian selimutnya ditarik untuk menutup sebahagian tubuhnya. Getah pengikat rambut dilepaskan. Baru saja dia hendak berbaring, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Fathia mengeluh perlahan. Siapa pula yang mengganggunya malam-malam begini. Telefon bimbitnya dicapai. Nombor yang tertera di skrin dipandang. Sudah berkerut dahinya melihat nombor tersebut kemudian nafasnya dihela.
“Azri.” bisiknya perlahan. Kenapa pulalah lelaki itu menghubunginya di waktu malam-malam begini. Walau dalam tak sudi, panggilan tersebut dijawab juga.
“Waalaikumussalam,” ucapnya perlahan membalas salam lelaki itu.
“Saya mengganggu ke?”
“Saya dah nak tidur Azri,” balasnya malas. Rasa nak marah pun ada juga sebenarnya. Tak tahu ke sudah pukul berapa sekarang?
“Sorry Tia ganggu awak,”
“It’s okay Azri. Kenapa awak telefon saya malam-malam ni?” soal Fathia tak bertangguh.
Azri terdiam seketika. “Cuma nak awak tahu yang saya dah selamat sampai,”
Fathia berdeham. Rasa bersalah pula sebab langsung tidak bertanya.
“Alhamdulillah, sorry saya terlupa nak bertanya,” tutur Fathia teragak-agak.
“Tak apa, saya faham,”
“Tentu awak dah penat sekarang kan? Saya rasa baik awak berehat dan tidur Azri,” lembut Fathia bersuara.
“Saya tak boleh tidur Tia sebab itulah saya telefon awak,”
“Jadi tujuan sebenar awak telefon saya sekarang..”
“Saja nak berbual dengan awak,” belum sempat Fathia menghabiskan kata-katanya, Azri terlebih dahulu memotong kata-katanya.
Fathia mengeluh perlahan. Ini yang dia tak suka sebenarnya. Bila sudah bertemu pasti hubungan tersebut akan berlarutan begitu. Bila dah dapat nombor telefon semakin senang lelaki itu menghubunginya bila-bila masa yang dia suka.
“Azri, saya rasa mesti ada kawan-kawan awak yang lain sedang menunggu panggilan dari awak sekarang. So, bukankah lebih baik awak ajak mereka saja yang berbual-bual dengan awak?” perlahan tapi sinis Fathia bersuara.
Tiba-tiba Azri tergelak. “Tia, awak memang selalu buat saya terhibur. Walaupun awak tak sedar tapi saya lebih senang berbicara dengan awak,”
“Azri, awak sedang bermimpi ke sekarang ni? Bukankah selama ini awak menyampah dengan kritikan-kritikan pedas saya,” soal Fathia cuba mengingatkan.
“Saya tak mimpilah Tia. Saya serius ni. Lagi satu saya nak awak tahu saya tak pernah menyampah pun dengan komen-komen sinis awak tu,”
“Ialah Azri, tapi saya minta maaf sebab sekarang ni saya mengantuk dan saya nak tidur. Saya rasa baik awak call sesiapa yang tak boleh tidur macam awak dan ajak orang tu berbual sampai pagi,”
Azri tergelak lagi. Tia.Tia.. bisiknya dalam hati.
“Okeylah Tia, since awak dah mengantuk saya tak akan ganggu awak. Selamat malam Tia, semoga bermimpi indah,” bisik Azri lembut.
Fathia tergelak kecil.
“Kenapa? Salah ke kata-kata saya tadi?”
“Awak memanglah Romeo Azri,” selamba Fathia mengutuk.
“Excuse me Tia, takkan kerana kata-kata saya tadi awak gelar saya Romeo?”
“Okey.okey, sorry Azri. Good night. Jadi, saya perlu ucapkan apa pada awak? Semoga awak pun bermimpi indah juga?”
“Tak, awak sepatutnya cakap macam ni. Semoga awak mimpikan saya malam ni Azri,” usik Azri nakal.
“See, masih tak mengaku yang awak tu Romeo?”
Azri tergelak lagi. “Okeylah Tia, good night. Jangan lupa mimpikan saya,” usik Azri dengan gelak yang masih bersisa.
“Tak kuasa!” tingkah Fathia keras.
Semakin galak gelak Azri kedengaran di telinganya.
“Assalamualaikum Tia. Gembira jumpa awak tadi,”
“Waalaikumussalam dan terima kasih Azri” balas Fathia pendek dan dia terus mematikan talian. Telefon bimbitnya diletakkan semula dimeja sisi dengan perasaan yang berbaur. Rasa nak tergelak pun ada sebenarnya. Azri kadang-kadang awak ni menghiburkan juga. Awaklah satu-satunya lelaki sengal yang pernah saya jumpa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...