Prolog
“FROM Malaysia?” Teguran seseorang menghentikan pembacaan Hannah. Buku di
tangannya ditutup kemudian lelaki di hadapannya itu dipandang tak beriak
sebelum tegurannya dibalas.
“Yeah...”
jawabnya sepatah.
“Hi, I’m Alvin,”
ucap lelaki itu lagi memperkenalkan diri. Tangannya dihulurkan.
Hannah terdiam.
Huluran salam lelaki itu dibiarkan tak bersambut. Buku di sebelah tempat
duduknya dikemaskan dan dimasukkan ke dalam beg sandangnya.
Lelaki itu
tersenyum. Tangannya ditarik semula. “Sorry,” ucapnya perlahan.
Melihat wajah
lelaki itu yang sudah berubah riak Hannah terus menghulurkan tangannya. Kasihan
pula rasanya. “Hannah. From KL.” Tanpa perasaan dia memperkenalkan diri.
Alvin tersenyum.
Huluran salam gadis itu disambut mesra. “Nice to meet you,” ujarnya
bersopan.
Hannah masih
beriak selamba hanya kepalanya saja dianggukkan.
“May I?”
soal Alvin sambil menunjukkan kerusi di sebelah gadis di hadapannya itu.
Hannah menoleh ke
sebelah kemudian berpaling memandang lelaki itu semula. Tidak menjawab
pertanyaan lelaki itu, kepalanya dianggukkan lagi. Alvin terus mengambil tempat
dan duduk di sebelahnya.
“New student?”
Sekali lagi Hannah
mengangguk.
Apabila melihat
gadis di sebelahnya itu hanya mengangguk sahaja sedari tadi, Alvin tersenyum.
“Takutkan I ke?” soalnya menduga.
Hannah jongket
kening. “Takutkan you, kenapa?” soalnya kembali.
“Tiba-tiba
menegur. Manalah tahu you ingat I ni orang jahat,” ulasnya melihat
keadaan Hannah ketika itu.
“Atas dahi you
tu tak ada tulis you orang baik atau orang jahat, jadi lebih baik I
berhati-hati. Lebih-lebih lagi bila berada di negara orang.” Selamba saja
Hannah membalas.
Alvin terus
tergelak. Kepalanya diangguk-anggukkan perlahan. “Yeah... it’s true, Hannah.
Prevention is better than cure,” balasnya dengan tawa yang masih bersisa.
“So, nak I
anggapkan you orang baik atau orang jahat?” soal Hannah selamba.
“Kenal I dulu then
only you can judge me,” jawabnya lagi sambil mengangkat sebelah tangannya.
“You
sekarang ni sedang mengurat I, ke?” Tak berselindung Hannah menyoal. Alvin
direnung tajam. Setahunya mana-mana lelaki yang cuba menghampirinya memang
mempunyai niat yang sama. Tapi sayangnya, dia memang tak berminat untuk
menjalinkan sebarang ikatan istimewa walau dengan sesiapa sekalipun.
Sekali lagi Alvin
tergelak besar. Hannah dipandang dengan riak yang sukar dimengertikan. “You
terlalu jujur Hannah. Kadang-kadang ia tak bagus untuk you,” ulasnya
lagi melihatkan Hannah yang terlalu naïf.
“Maaf, I tak suka
jalan pusing-pusing,” bidasnya lagi.
Alvin tersenyum.
Memang dia tak sangka perempuan yang cuba didekatinya itu perempuan yang
begitu. Agak sombong dan terlalu berterus terang.
“I nak berkawan
itupun kalau you sudi. Tapi...” kata-kata Alvin terhenti. Hannah
dipandang dengan senyum segaris.
Hannah jongket
kening. Lelaki di sebelahnya itu direnung semakin tajam. “But what?”
“If, while
being your friend, I fall for you, it’s beyond my control,” balas Alvin
selamba.
Mendengar jawapan
Alvin, Hannah terus bangun dari duduknya. Beg sandangnya diambil dan
disangkutkan ke bahunya. “If that’s the case, I’m not interested,”
ucapnya tegas dan terus memulakan langkah.
Alvin menggeleng
dan tersenyum. Dia turut bangun dan langkah Hannah dibuntuti. “Tapi I
betul-betul nak kenal you.” Bersungguh Alvin menerangkannya.
Hannah masih
beriak selamba. Langkahnya diayunkan semakin laju.
“Hannah!” laungnya
dengan lantang.
Langkah Hannah
terhenti. Dia berpaling dan Alvin direnung tajam.
“Give me a
chance... Please...” rayunya lembut.
Mendengar rayuan
lelaki itu Hannah melepaskan keluhan berat. Rambutnya diraup ke belakang.
Pandangannya dibuangkan jauh ke hadapan.
“Okay, but on
one condition,” ucapnya perlahan.
Alvin mengangguk.
“Name it,” pintanya selamba.
“Cabut
anting-anting dan rantai you tu. Dah macam samseng dah I tengok,” arah
Hannah sambil jemarinya ditunjukkan ke arah telinga dan leher Alvin yang agak
menjengkelkan pada pandangan matanya.
Alvin tergelak
kecil. “Not a big deal. Anything for you, my dear,” balasnya dan terus
membuka anting-anting di telinga kirinya. Rantai lehernya juga dibuka dan terus
dicampakkan jauh dari situ.
Sudah terbuntang
mata Hannah melihat apa yang dilakukan oleh lelaki itu. Sungguh dia tak sangka
Alvin akan bertindak sedemikian. Sebenarnya syarat itu hanya untuk mengelak
daripada lelaki itu, tetapi berlaku sebaliknya. Saja kau nak cari penyakit
Hannah!
“So?” soal
Alvin dengan kening terjongket.
Hannah gamam. Mahu
lari atau menjawab ‘ya’. Kalau dia lari,
gerenti lelaki itu akan mengejarnya!
“Hannah...”
Baru saja Hannah
ingin membuat tindakan untuk kebaikan dirinya, tiba-tiba dia terasa bahunya
digerakkan. Hannah tersentak. Matanya dibuka dan digosok-gosok perlahan.
Tiba-tiba segalanya nampak samar-samar dan kabur saja pada pandangan matanya.
Lelaki yang sedang merenungnya ketika itu dipandang tak beriak. Siapa pula
lelaki di hadapannya ini?
“Awak okey ke?”
soal Ilham perlahan. Isterinya itu dipandang dengan dahi berkerut.
Hannah mengangguk.
Rambutnya dikemaskan. Kanan dan kirinya dipandang liar.
“Kenapa tidur kat
luar ni?” Lembut Ilham menyoal. Terkejut dia apabila melihat isterinya itu
terlena di atas sofa ruang tamu sebaik bangun dari tidur tadi.
“Terlelap dan
terus tak sedar,” balas Hannah perlahan. Mukanya diraup dengan kedua-dua
tangannya. Nafasnya ditarik berat.
“Mimpi ngeri?”
Hannah memandang
Ilham dengan dahi berkerut. “Maksud awak?” Hannah menyoal dengan wajah yang
masih terpisat-pisat.
“Saya tengok masa
awak tidur tadi macam sedang termimpikan sesuatu. Muka awak nampak resah
gelisah saja walaupun sedang lena,” jelas Ilham menerangkan keadaan isterinya
tadi.
Hannah menggeleng.
“Entah saya tak tahu apa yang saya mimpikan tadi,” balas Hannah datar dan terus
bangun dari duduknya. “Okeylah saya nak sambung tidur,” ucapnya lagi dan terus
memulakan langkah.
“Solat subuh dulu
Hannah,” arah Ilham lembut.
Langkah Hannah
terhenti. Dia berpaling memandang Ilham semula sebelum terus berlalu tanpa
sepatah kata.
Melihat riak
selamba isterinya itu, Ilham hanya mampu menggeleng sahaja. Dia turut bangun
dan berjalan menuju ke bilik semula. Kain bajunya dikemaskan. Selesai, beg
bajunya dibimbit dan dibawa keluar.
Bilik Hannah
dihampiri. Tangannya diangkat untuk mengetuk pintu bilik isterinya itu. Tapi,
entah kenapa tidak sampai hati pula dia hendak mengganggu Hannah yang mungkin
sedang lena ketika itu. Sambil melepaskan nafas, Ilham berjalan menuju ke
balkoni.
Pandangannya
dibuangkan ke arah padang permainan di belakang kondominium tersebut. Nafasnya
dihela lagi untuk menikmati suasana pagi yang nyaman ketika itu. Fikirannya
pula jauh menerawang memikirkan tentang perkahwinannya dengan Hannah. Entah
bagaimana sudahnya hubungan mereka. Keluhan berat terluah di bibir.
No comments:
Post a Comment