Followers

Tuesday 25 April 2017

Bab 3







           Ruang Dome Café yang terletak di aras bawah pusat membeli belah Suria KLCC itu dipandang kosong. Orang yang sedang lalu lalang di luar café tersebut dipandang bosan. Sudah setengah jam dia menanti tetapi orang yang ditunggu masih belum juga menunjukkan diri. Sesekali pasangan sejoli di hadapannya dikerling. Penat menunggu, jam yang melengkar kemas di tangan dikerling lagi. Melihat waktu yang sudah menginjak ke pukul tiga petang, nafasnya dihela berat.

             “You kejar masa ke?”

            Mendengar soalan Darwina, Jeslina palingkan wajah. Dengan senyum nipis di bibir, perlahan-lahan kepalanya digelengkan walau memang itulah hakikatnya kerana dia masih ada banyak kerja yang perlu dibereskan di butik. Huz pula sejak tadi tidak dapat dihubungi. Mamat seorang itu memang selalu macam itu. Diwaktu-waktu kecemasan begitulah dia buat hal.

          “Tapi I nampak you macam stress aje. Relax lah Jes. I yang sepatutnya stress tau.” Darwina buang tawa sambil mengerling manja tunang di sebelah. Iskandar hanya tersenyum sahaja mendengar perbualan dua sahabat itu.  

        “Macam mana aku tak stress gubahan bunga untuk pelamin masih ada yang tak siap lagi. Supplier aku pun satu, dah last minute baru beritahu stok bunga tulip tu dah tak ada.” Bebel Jeslina agak geram.

        “Means, bunga yang aku nak tu tak adalah?” Wajah Darwina sudah mula berubah riak. Tubuhnya ditegakkan. Hanya tinggal empat hari lagi majlis persandingannya akan berlangsung dan baru sekarang Jeslina memberitahunya tentang perkara tersebut? Mulalah kalut dia dibuatnya.

              “Now you yang kena relax, Dar. Don’t worry okay. Semua bunga-bunga tu ada sebab aku dah arrange dengan supplier lain. Cuma akan sampai lewat sikit aje tapi sempat untuk aku siapkan sebelum majlis kau.” Tenang Jeslina membalas. Dia tahu tentulah Darwina bimbang. Sedangkan dia sendiri pun tidak lena tidur beberapa malam lepas memikirkan perkara tersebut.

             “Are you sure Jes?” Tajam mata Darwina memandang sahabatnya itu. Tiba-tiba mood ceria selepas melihat pakaian pengantinnya tadi hilang begitu sahaja.

            “Yeah, don’t worry okay. I’ll make sure everythings is going to be fine.” Pujuk Jeslina lembut. Iskandar yang duduk di sebelah Darwina dipandang memohon supaya lelaki itu memujuk tunangnya.

          “Baby, Jes tahu kerja dia so you have to trust her. Lagipun kita masih ada masa lagi. Don’t stress out on unnecessarily things. Chill okay.” Pujuk Iskandar lembut. Belakang jemari tunangnya itu digosok-gosok perlahan.

              Jeslina mengangguk mengiakan kata-kata lelaki itu.

          “I bukannya apa Bee, I risau.” Darwina lepaskan keluhan. “Tinggal beberapa hari saja lagi.” Keluhnya pula.

            “Everythings will be okay.” Pujuk Iskandar semakin lembut. Jemari tunangnya itu digenggam erat. Jeslina dikerling memaklumkan segalanya sudah okey. Dia faham sangat memang begitulah  sikap Darwina. Kalut tidak tentu pasal.

        “Alright.” Darwina hela nafas untuk menenangkan diri sendiri. Semakin hampir harinya semakin risau pula dia. Malam tadi sahaja hampir lima kali dia menghubungi Jeslina untuk bertanya tentang pakaian pengantinnya sedangkan yang perlu diubah hanya sedikit sahaja.

          “Bee, mana photographer you ni? Dah lama kita tunggu tak sampai-sampai lagi.” bebelnya pula. Jam di tangan dikerling dengan dahi berkerut seribu.

           Iskandar turut mengerling jam yang melengkar dipergelangan tangan kemudian mata ditalakan ke arah muka pintu. “Sekejap lagi sampailah tu.” Balasnya.

           Darwina anggukkan kepala. Strawberi shake di atas meja dicapai dan dihirup. Melihat Darwina yang sudah beriak biasa, Iskandar pula terus mencapai baki tuna wrap di dalam pinggan dan disumbatkan ke mulut. Jeslina pula meneruskan aktivitinya ber whatsapp dengan Aton untuk bertanya tentang bekalan bunga tulip mereka.

              “Hi guys, sorry I’m late.”

Disapa secara tiba-tiba, ketiga-tiga mereka mendongak. Dengan senyum di bibir, Iskandar terus berdiri. Tangan dihulurkan untuk  bersalaman. “Hi Shark.”

             Shaqir mengangguk dan tersenyum sahaja. Salaman tangannya dilepaskan.

             Jeslina pula sudah tercengang di situ. Shaqir dipandang tidak berkelip.   

         “Brian mana?” Iskandar kerutkan dahi. Setahunya semua kerja-kerja photografi dibuat oleh Brian.

             “Brian ada hal so aku ambil alih tugas dia sampai majlis you all berdua selesai.” Balasnya.

              “Duduk dulu.” Pelawa Iskandar pula.

               Shaqir mengangguk dan terus duduk. “Hai Jes.” Sapanya. Gadis yang sudah mula beriak tidak selesa itu dipandang. Tak sangka, sungguh dia tak sangka Jeslina lah perancang perkahwinan a.k.a mak andam vogue yang sering disebut Brian sebelum ini. Kalaulah dia tahu, dari awal lagi tugas itu akan diambil alih olehnya.

            Jeslina tersenyum nipis. “Hai.” Balasnya sepatah. Acuh tak acuh sahaja riaknya. Kepala ditolehkan ke atas meja semula. Lemon ais dicapai dan dihirup dengan perasaan berbaur.

             “You berdua dah kenal?” Tegur Iskandar  seakan tidak percaya. Shaqir dan Jeslina dipandang silih berganti.

         “Kami kawan satu sekolah masa di kampung dulu.” Selamba Shaqir membalas. Jeslina dikerling sekilas.

        “Hurm…baguslah. Senang urusan kita nanti kalau you all dah kenal.” Dengan riak teruja Darwina menyampuk.

         Jeslina tersengih. Bukan sengih gembira tetapi terpaksa. Hurm…senanglah sangat. Ejeknya dalam hati.

        “Baby, kalau you nak tahu, Shark ni jurugambar terkenal. Biasanya dia ambil job yang melibatkan organisasi  dan function besar aje. Rasanya kalau Brian tak ada urusan lain memang tak merasalah kita nak dapatkan  sentuhan dia.” Cerita Iskandar bersungguh. Mengenali Shaqir dia faham benar bagaimana lelaki itu memilih dalam kerjanya demi hasil yang sempurna.

               Shaqir tersengih. Bangga apabila dipuji begitu. Di hadapan Jeslina pula tu.

            “Oh ya ke?” Darwina beriak teruja. Bulat matanya memandang Shaqir di hadapan. Ermmm…walaupun berpenampilan biasa tetapi tetap nampak ‘smart’ dan yang penting, sado!

              “Janganlah puji lebih-lebih Is.” Balas Shaqir malu-malu.

              “I cakap yang betul Shark. Bukan sorang dua yang memuji tapi ramai.” Komen Iskandar lagi mengiakan kata-katanya tadi.

               Tidak mampu hendak menidakkan kata-kata Iskandar tadi, Shaqir hanya tersenyum sahaja.

            “Oh ya, order minum dulu Shark.” Iskandar angkat tangan dan melambai ke arah pelayan yang berada tidak jauh dari situ.

            Shaqir mengangguk. Sambil menanti pelayan datang ke meja mereka, beg sandang yang dibawanya dibuka dan komputer riba dikeluarkan. Sebaik dibuka, butang on terus ditekan.

           “Come, I tunjukkan video pre wedding yang I baru siap edit untuk you berdua tengok. Ini bukan keseluruhan video tapi hanya untuk ditayangkan semasa majlis resepsi you all berdua nanti. Full video I akan tunjukkan selepas keseluruhan majlis selesai.” Ucapnya. Folder yang diletakkan video bernama Darwis dibuka dan komputer riba ditalakan ke arah Iskandar dan Darwina. “Have a look.” Sambungnya lagi.

           “Order sir.” Tiba-tiba pelayan menegur. Shaqir mendongak. “Fresh orange.” Ucapnya. Pelayan itu mengangguk dan terus pergi. Pandangan dibuangkan ke arah pasangan di hadapannya semula. Sesekali Jeslina dikerling dari ekor matanya.

            “I love the video Shark. Really, I love it.” Darwina bersuara teruja. “Jes, cuba you tengok. This is awesome. Seriously!” Komputer riba dipusingkan menghadap Jeslina pula.

            Jeslina menurut. Video yang berdurasi selama sepuluh minit itu ditonton dengan penuh minat. Betullah seperti kata Darwina, video tersebut sangat menarik. Diiringi lagu Kris Dayanti, Mencintaimu sebagai lagu latar, penataan cahaya yang cantik membuatkan suasana pre wedding tersebut kelihatan sangat romantis. Lakonan kedua-dua bakal mempelai juga nampak berseri dan kelihatan begitu bahagia. Teruja melihat video tersebut, tiba-tiba dia terfikir untuk menggunakan khidmat Shaqir  ketika majlis perkahwinannya nanti. Demi untuk hasil yang terbaik seperti yang dilihatnya, dia sanggup melupakan sengketa dengan lelaki itu seketika. Errr!

             “So, what do you think Jes?” Darwina menyoal. Masih dengan riak teruja.

            “Not bad.” Balasnya bersahaja. Bibir dicemikkan. Malas hendak memuji Shaqir berlebih-lebih nanti  meninggi diri pula.

          Shaqir palingkan wajah dan memandang gadis yang beriak bersahaja di sebelahnya. Kening dikerutkan. Not bad sahaja untuk usahanya itu? Fuh! Tak pernah lagi ada yang memberi komen begitu untuk setiap kerjanya. Tiba-tiba dia rasa tercabar pula.  

          “What do yo mean by, not bad?” suara Darwina kedengaran sedikit berbeza dari tadi. Jeslina dipandang dengan kening terjungkit.

           Jeslina berdeham. Macam manalah dia boleh tersilap cakap. Bukan dia tidak kenal perangai Darwina macam mana. “Ermm…it’s only for ten minutes Dar. Yeah, it’s nice but I prefer to see the whole video before I give any comments.” Dalihnya. Masih juga tidak mahu mengucapkan kata-kata pujian walaupun dia sendiri kagum dengan hasil video berdurasi sepuluh minit tersebut.

           “Kalau you nak tengok keseluruhan video, jemputlah datang ke studio I.” Shaqir menyampuk selamba.  Kening dijungkitkan dan bibir mengoyak senyum. “Anytime.” Pelawanya lagi.

             Jeslina terdiam. Komputer riba di hadapannya terus ditolakkan ke hadapan Shaqir.

          “So, cik Jeslina, bila you free?” tawar Shaqir lagi sengaja hendak menduga. Dia tahu mati hidup semula pun Jeslina tidak akan menerima pelawaannya itu.

            “Thanks but no thanks. I tengok bila semuanya dah selesai nanti.” Senyum lelaki itu dibalas dengan pandangan sinis. Dia tahu Shaqir sengaja mencabarnya tetapi dia bukanlah Jeslina yang masih berumur 13 tahun lagi dan mudah dibuli tidak kira masa.  Hurmm…kalau itu yang Shaqir fikirkan, dia memang silap banyaklah!

               Shaqir tersenyum. Air fresh orange dicapai dan diteguk. Sudah dia agak!


              “Jes!” Panggil Shaqir agak lantang. Keluar dari Dome café tadi Jeslina terus bergegas keluar. Belum sempat dia bertanyakan lebih lanjut tentang program seterusnya, gadis itu sudah cepat-cepat angkat kaki. Apa yang Jeslina takut agaknya. Dia bukannya hendak makan orang cuma  dia dah terjatuh suka dekat pemilik nama Jeslina. Itu sahaja.    

         Jeslina mendengus. Langkah kakinya terhenti. Tubuh dipalingkan ke belakang. “What?” soalnya sebaik Shaqir berdiri elok di hadapannya. Lelaki itu direnung.

             Shaqir tersenyum. Rasanya tadi elok sahaja mood gadis itu tetapi kini tiba-tiba berubah sinis begitu. Ermm…perempuan! Kutuknya.

            “Boleh kita berbincang sekejap? Aku nak tanya kau tentang arrangement untuk majlis tu nanti sebab aku nak buat persiapan pasang barang-barang aku.” balasnya bersahaja.

        “Aku dah brief Brian semuanya sebelum ni. Better you asked him.” Balas Jeslina endah tak endah.

        “Jes…Brian balik Sarawak sekarang sebab mak dia sakit. Tak kan aku nak ganggu dia sedangkan aku boleh tanya kau. Dan aku rasa tak adalah susah mana pun kau nak terangkan. Tak akan ambil masa kau sampai berjam-jam pun Jes.” Bidas Shaqir dengan suara yang sedikit meninggi.
Terkesan dengan kata-kata lelaki itu, Jeslina hela nafas dan tangan dipelukkan ke tubuh. Kepalanya dipalingkan ke arah lain seketika.

           “Be professional Jes. Ini periuk nasi aku jadi aku tak nak ada kesilapan berlaku sepanjang majlis itu nanti.” Shaqir bersuara lagi sedang mata masih tidak berkalih menala pandang gadis di hadapannya itu.

           “Fine!” akhirnya Jeslina mengalah. “Kita duduk sana.” Ajaknya sambil mata ditalakan ke arah sebuah café tidak jauh dari situ. Tidak menunggu jawapan Shaqir, langkah terus diayun.
Shaqir hela nafas dan dengan sekali gelengan, langkah gadis itu dibuntuti.

         “Get me?” soal Jeslina sebaik menerangkan tentang keseluruhan program yang telah diatur. Tubuh disandarkan ke kerusi dan tangan dipelukkan ke tubuh.

          Shaqir mengangguk. “Kalau macam tu hari kau buat rehersal, aku akan pasang semua peralatan dan buat testing.”

          “It’s up to you.” Bahu dijungkitkan.

          “Safety macam mana? Peralatan yang akan aku gunakan bukan murah.”

          “Don’t worry Shark, aku dah buat semua arranggement.” Jeslina meyakinkan. Apa guna dia jadi perancang perkahwinan kalau perkara kecil macam tu dia tidak boleh aturkan? Shark ingat dia wedding planner cikai? Hellooo! Dia professional okay!

            “Kalau macam tu okey, aku jumpa kau hari rehersal nanti.” Beg sandang terus dicapai dan dia bingkas bangun.

            Jeslina turut bangun. “Selamat bekerjasama. Aku harap tak akan ada masalah nanti.” Ucapnya bersahaja.

           Shaqir buang senyum. “Don’t worry Jes. Aku professional. Paling tidak pun aku cuma ambil gambar kau aje.” Selorohnya. Beg sandang disangkutkan ke bahu.

           “What?” Jeslina kerutkan dahi. Ambil gambar dia untuk apa? Dia bukannya pengantin!

Senyum Shaqir menjadi semakin lebar. “Just kidding Jes. Janganlah ambil serius sangat. Chill okay.” Tawanya sudah mula kedengaran sambil tangan meraup kepala.

          Jeslina mendengus. Shaqir dijeling. Belum bekerjasama sudah pandai hendak mengusik begitu.  Bila sudah bekerjasama nanti entah macam manalah agaknya. Bebelnya dalam hati.

         “Okey Bunga, I’ll make a move. See you soon dear.”

        Sekali lagi Shaqir dijeling. Oh tolonglah! Panggil bunga dan dear tu kepada orang lainlah! Getus hatinya geram.

          Melihat air muka Jeslina yang sudah mula berubah ketat, Shaqir hanya tersenyum sahaja. Tidak menunggu dia terus pergi dari situ dengan riak ceria.

           “Aku tak sabar nak bekerjasama dengan kau, Jes.” Bisik hatinya dengan senyum yang semakin lebar di bibir. Ah! Tidak sia-sia dia mengambil alih kerja tersebut dari Brian. Bisik hatinya semakin teruja.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...