Followers

Friday, 28 February 2020

Dean & Jean - Bab 5









Bab 5

“DAH tahu siapa owner syarikat yang berjaya dapatkan kontrak dari Nutra Beauty?” tanya Hazif yang memandang ke arah kedua pekerjanya itu. Daris dan Eliza dipandang silih berganti dengan riak yang sedikit tegang.

Eliza mengangguk. “His name is Wan Mohd Nasrudean Wan Jaffar, better known as Dean. Aged 29. From Kelantan. Studied at University of Leicester in UK. Previously worked with Five by Five, one of the famous advertising companies in UK for almost 3 years before starting his own business, DJ Media Art & Advertising Sdn. Bhd. two years ago,” beritahunya panjang lebar. Sehelai kertas A4 yang tertulis maklumat Dean dan gambarnya diserahkan kepada Hazif.

“Famili dia?” Sebaik huluran Eliza disambut, kertas tersebut diamati. Kemudian dia mencemik menyampah.

“Mak ayah dia masih tinggal di Kelantan dan mengusahakan perniagaan restoran dekat sana. Family business,” balas Daris.

“What about his partner? Apa yang aku dengar partner dia perempuan, kan?” tanya Hazif lagi lalu tubuhnya disandarkan ke kerusi. Kertas di tangannya terus dicampakkan ke atas meja.

“Yup, perempuan. Katanya perempuan tu girlfriend dia. Nama dia Jeanelle Fitri Jamilul Fikri. Aged 26. Belajar satu universiti dengan dia masa dekat UK.” Daris bersuara pula.

“Ermm... nice name. Siapa parents dia?” Dahi Hazif berkerut lagi. Entah kenapa maklumat yang baru diterimanya itu sangat menarik perhatiannya. Mendengar dari namanya dia yakin gadis itu tentu berdarah campuran dan sudah pastilah cantik orangnya.

Sekali lagi Eliza menghulurkan sekeping kertas A4. Kali ini memuatkan semua maklumat tentang Jean pula. Hazif menyambutnya dan kertas tersebut diamati. Maklumat Jean dibaca satu per satu sebelum pandangannya beralih ke arah gambar Jean pula. Hurm... seperti yang dia sangka, orangnya memang cantik, secantik namanya.

 “She’s from an academic family. Both her parents are professors. Mak dia asal dari Indonesia dan ayah dia dari Johor. Mungkin sebab tu nama dia unik sikit,” terang Daris lagi walau segala maklumat tersebut sudah tercatat di kertas tersebut.

Hazif terangguk-angguk sahaja seolah-olah sedang mencerna maklumat-maklumat yang baru diterimanya sedang mata masih tidak berkalih dari merenung gambar gadis yang bernama Jeanelle Fitri itu.

 “It seems that our competitor is not just anyone and quite strong despite being still new in the industry,” ucap Hazif setelah lama terdiam sambil dagunya digosok-gosok. Kertas di tangannya turut diletakkan ke atas meja.

Eliza dan Daris mengangguk bersetuju. “Syarikat tu dah sign agreement belum dengan Nutra Beauty?” Daris dipandang.

“Belum tapi...” “Belum tu maknanya kita masih ada peluang untuk dapatkan kontrak tu lagi, kan?” pintas Hazif mematikan bicara Daris. Kening dijongketkan dengan riak yang sedikit ceria daripada tadi.

“Mereka akan sign agreement hari Isnin minggu depan Zif sebab Dato’ Sri Hani akan ke London hari Rabu. Dengarnya Dato’ Sri ke sana selama sebulan.” Eliza menyampuk.

“Any chances for you to get through Dato’ Sri, Liz? Aku nak jumpa dia. Maybe I can change her mind.”

Eliza menggeleng. “Aku dah try banyak kali nak bercakap dengan Dato’ Sri sendiri tapi lately ni memang dia sibuk or maybe she’s avoiding my call on purpose.”

“Out of this world why syarikat kecil dan baru bertapak yang dapat kontrak tu? Shit!” bentaknya semakin keras. Dasar meja diketuk geram. Dia mendengus kasar.

“Actually pengurus pemasaran Nutra Beauty, Encik Mirzan tu kawan Dean. Mereka sekampung dan pernah belajar satu sekolah dulu. So, kau faham-faham ajelah.” Daris senyum segaris.

“Habis tu kaki kita dekat dalam tu buat apa? Buta-buta bayar dia tapi benda macam ni pun tak boleh handle!” marah Hazif.

“Dia pun tak boleh buat apa Zif bila Dato’ Sri dah buat keputusan. Lagipun, sebelum produk siap lagi Encik Mirzan dah bawak Dean jumpa Dato’ Sri,” sambung Daris lagi.

“Kau tahulah Encik Mirzan tu orang kepercayaan Dato’ Sri. Jadi sudah tentulah Dato’ Sri akan dengar pandangan dia,” tambah Daris.

Hazif meraup rambutnya dengan wajah yang semakin tegang. Tali lehernya dilonggarkan ikatannya. Sangkanya peluang untuk menyingkirkan syarikat lawannya itu masih ada, rupanya sudah tertutup rapat. Entah apa yang perlu dia jawab kepada Datuk Abdullah agaknya. Terlepasnya kontrak Nutra Beauty bermakna dia telah berturut-turut gagal mendapatkan dua kontrak besar daripada dua syarikat ternama di Malaysia. Argh! Keluhan berat dilepaskan.





“UARGGHHH...” JEAN menguap sedikit kuat kemudian kepalanya dijatuhkan ke atas meja. Ya Allah, letih dan mengantuknya dia. Bisiknya sambil membetulkan kedudukan kepalanya. Berasa sedikit selesa apabila matanya dipejamkan. Masuk hari itu sudah 5 malam dia, Dean dan dua orang staf syarikat terpaksa bekerja lebih masa untuk menyiapkan draf terakhir proposal untuk syarikat Nutra Beauty sebelum perjanjian ditandatangani. Sungguh, sudah habis daya rasanya. Dalam dia melayan rasa penat akhirnya dia terlelap juga.

Dokumen di atas meja dicapai dan Dean terus melangkah keluar menuju ke meja Jean. “Jean...” panggilnya dan pandangan dibuangkan ke arah meja kerja Jean. Melihat keadaan Jean ketika itu, langkahnya terus terhenti. Jean yang mungkin sedang lena itu dipandang simpati. Bersama helaan nafas, perlahan-lahan langkah diayun dan meja kerja Jean dihampiri. Wajah lesu itu direnung dengan rasa simpati. Tidak mahu mengganggu lena Jean, Dean kembali buka langkah menuju ke biliknya.

Masuk sahaja ke dalam biliknya, dokumen yang masih dipegangnya sejak tadi dicampakkan ke atas meja lalu kot yang disangkut di belakang kerusinya dicapai. Kaki diayun kembali menghampiri Jean yang sedang lena lalu tubuh yang hanya tersarung blaus lengan panjang nipis itu diselimutkan dengan kot yang dibawanya tadi.

 “Bos...”

Mendengar namanya dipanggil, Dean segera angkat kepala dan jarinya diletakkan ke mulut memberi arahan supaya pembantunya yang bernama Zul itu tidak meneruskan bicaranya.

Mengerti, Zul mengangguk dan terus tidak bersuara. Dengan memberi isyarat supaya Zul mengikutnya ke bilik, Dean buka langkah kembali dengan berhati-hati bimbang ia akan mengejutkan Jean yang sedang lena.

“Macam mana? Dah siap?” soalnya dengan nada suara yang perlahan kerana bimbang suaranya akan mengganggu Jean. Kerusi ditarik dan Dean terus duduk.

Zul mengangguk. Komputer riba yang dibawanya terus ditunjukkan kepada Dean lalu rekaan grafik yang baru disiapkannya itu ditunjukkan kepada majikannya.

Dean memerhati setiap satu slot yang ditunjukkan dengan tekun. Jika terdapat apa-apa yang perlu diperbaiki cepat-cepat dia maklumkan kepada Zul untuk dibetulkan. Zul pula akur sahaja dengan arahan yang diberikan.

“Okeylah, aku rasa cukuplah dulu untuk malam ni. Dah pukul 10.30 dah pun. Kita sambung esok. Beritahu Iwan design tu esok kita finalise,” putus Dean sambil mengerling pandang ke meja Jean yang terletak tidak jauh dari biliknya. Dia tahu bukan hanya Jean tetapi Zul dan Iwan juga tentu penat. Cuma masing-masing tidak bersuara sahaja.

Zul akur lalu bingkas bangun. Komputer riba di atas meja diambil dan terus keluar. Dean ikut bangun. Beg sandang, telefon bimbit dan kunci keretanya dicapai kemudian langkah terus dibuka. Sewaktu melewati pintu bilik, suis lampu ditutup dan dia kembali melangkah menuju ke meja Jean. Komputer riba Jean dimatikan.

“Jean...” panggilnya perlahan kerana tidak mahu gadis itu terkejut.

Senyap. Hanya bunyi nafas halus Jean sahaja yang kedengaran. Dean tersenyum. Dalam keadaan tidak selesa begitu pun Jean boleh tidur dengan nyenyak. Kalau dalam keadaan biasa entah bagaimanalah agaknya. Tiba-tiba fikiran nakal datang menerjah kepalanya dan senyum Dean melebar. Tidak terus melayan apa yang terbayang di benaknya, wajah polos yang sedang lena itu diamati.

Jean, walau sedang tidur pun tetap nampak cantik. Hati berbisik memuji. Puas memerhati dan bimbang Zul dan Iwan perasaan apa yang sedang dilakukan, nama Jean dipanggil lagi.

“Jean...” Lembut Dean bersuara dan bahu Jean yang masih ditutupi dengan kotnya digerakkan sedikit. Melihat Jean yang langsung tidak bergerak, nama gadis itu dipanggil lagi sedikit kuat daripada tadi.

 “Jean...”

 Jean tersentak dan terus angkat kepala. Dalam keadaan mamai, pandangannya dibuangkan ke sekeliling. “Aku dekat mana ni?” soalnya blur dan matanya digosok.

Geli hati melihat perlakuan gadis itu, Dean tergelak kecil. Mengigau atau apa budak Jean ni? Tapi comelnya masya-Allah! Bisiknya sambil menyambung gelak dalam hati. “Kau masih dekat ofis, Jean. Jom kita balik,” jawab Dean dengan tawa yang masih bersisa.

“Aku rasa dah tak boleh buka mata dah,” gumam Jean. Dia hela nafas. Tubuhnya disandarkan ke kerusi dan matanya dipejamkan semula.

“Sebab itulah aku ajak kau balik. Dah, bangun. Atau kau nak aku dukung kau sampai kereta?” usiknya. Dean sanggup aje tapi tunggulah Jean sah jadi isteri dia dulu. Ngeh!

Mata yang sedang tertutup itu terus terbuka lebar. Dengan wajah yang masih mamai Dean dijeling.

“Dah! Tak payah nak buat muka macam tu dengan aku. Bangun. Kalau tak memang aku dukung aje,” ugut Dean pula. Beg tangan Jean dan telefon bimbit Jean di atas meja terus dicapai.

“Tu, air liur basi dekat mulut tu lap dulu. Muka lawa tapi tidur air liur basi meleleh,” giatnya pula.

Jean tegakkan tubuh dan cepat-cepat mulutnya dikesat. Isy! Buat malu aje sampai meleleh air liur basi. Eh! Tak ada apa-apa kesan pun. Desisnya dan Dean yang sedang ketawa kecil dipandang. Cis! Fahamlah dia, Dean sengaja mengusiknya. Geram, Jean mendengus dan dalam keadaan yang masih tidak bermaya dia bingkas bangun.

“Jom.” Dean mula buka langkah.

“Beg aku.” Jean hulurkan tangan.

“Nak bawak badan pun tak larat ada hati nak bawak benda lain. Beg tangan kau ni biar aku bawak. Laptop tu tinggal ajelah dekat ofis,” tegas Dean.

“Zul, Iwan... aku dengan Jean balik dulu. Lampu, air-cond semua tu jangan lupa tutup!” jerit Dean kerana Zul dan Iwan berada di dalam bilik mesyuarat ketika itu.

“Okey bos!” Zul membalas sedikit kuat. “Dah, jom.” Dean terus buka langkah.

Dengan muka cemberut, Jean akur sahaja dan terus mengekor di sebelah Dean sehinggalah mereka sampai di kawasan tempat letak kereta Dean. Sebaik Dean menekan penggera keretanya, Jean terus bergegas masuk.

“Lepas settle projek ni aku nak cuti panjang. Aku tak kira. Aku nak cover balik tidur aku yang tak cukup,” bebel Jean dan tali pinggang ditarik. Kemudian tubuh disandarkan ke kerusi. Masih mengantuk lagi, mata terus dipejamkan.

Dean tergelak kecil. Sebaik tali pinggang dipasang, enjin keretanya dihidupkan. “Aku ada plan nak bawak semua staf pergi bercuti lepas urusan signing agreement dengan Dato’ Sri selesai,” beritahunya.

Spontan itu mata Jean terbuka kembali. Dean dipandang tidak berkelip. “Serius?” tanya Jean bersungguh-sungguh. Dean mengangguk dan terus memandu Mazda CX-5 merahnya keluar dari kawasan tersebut.

 “Aku tahu kau dengan yang lain-lain dah kerja keras beberapa minggu ni. So it’s time for me to pay back all the efforts.”

“A good boss is hard to find but luckily I got one,” puji Jean sambil tersengih. Memang dia akui Dean seorang bos yang baik. Kakitangan syarikat yang lain juga mengatakan perkara yang sama walau Dean seorang yang sangat tegas dan perfectionist.

 Mendengar pujian Jean bukan main lebar lagi senyuman Dean.

“Kita nak bercuti dekat mana?” Jean mengiringkan tubuhnya menghadap Dean yang sedang memandu ketika itu. Kepala direbahkan ke kerusi lalu tangan dipeluk ke tubuh. Wajah tenang yang masih kekal bertenaga itu diamati. Lelaki seorang ini tidak pernah rasa letih agaknya. Desis hatinya.

“Ermm... Melaka or maybe Port Dickson. Nanti kita decide sama-sama.”

“Aku tak kisah dekat mana-mana pun tapi yang penting aku nak bercuti dekat-dekat pantai. Argh... bestnya! Rasanya macam dah lama tak tengok laut,” luah Jean ceria.

Senyum Dean terukir lagi dan kepalanya diangguk. ‘Aku tahu apa yang kau suka Jean dan untuk kau, apa aje yang aku tak sanggup buat,’ bisiknya dalam hati.

Teringatkan sesuatu, Jean memandang Dean semula. “Oh ya Dean, esok kau tak payahlah ambil aku. Aku boleh pergi kerja sendiri.” Kasihankan Dean yang terpaksa bersusah payah untuknya, rasa serba salah pula Jean. Apa tidaknya, rumah Dean dengan rumah orang tuanya agak jauh juga. Kalau waktu-waktu begini Dean menghantarnya balik sudah tentulah Dean sampai ke rumahnya semakin lewat.

Dean menoleh ke sebelah dan pandangan Jean dibalas sekilas. “Kenapa?” soalnya sepatah.

“Aku kesiankan kau. Pagi-pagi nak ambil aku, malam pulak kena hantar aku. Kau pun penat juga.”

“Aku tak kisah pun Jean, yang penting aku tak perlu rasa risau bila kau balik sorang malam-malam. Lagipun bukan sampai berbulan-bulan kita macam ni. Dalam tempoh seminggu dua ni aje.”

“Tapi Dean...”

“Jangan degil boleh? Aku dah janji dengan uncle dan auntie untuk jaga kau,” pintas Dean mematikan bicara gadis itu.

“Ikut suka hati kaulah. Yang susah kau. Yang penat pun kau juga,” bebel Jean dan dihela nafas panjang. Duduknya ditegakkan semula lalu matanya dipejamkan.

Dean menoleh ke sebelah. Jean yang sedang membatu dipandang sekilas kemudian keluhan kecil dilepaskan. Entah kenapa melihat reaksi Jean begitu hati kecilnya diusik rasa kecewa. Tak pernahkah Jean rasa seperti apa yang dia rasa? Demi Tuhan, dia terlalu ingin tahu apa yang ada dalam hati Jean sebenarnya. Bukan... bukan itu. Tetapi dia ingin tahu siapa dia di hati Jean sebenarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...