Followers

Tuesday 3 March 2020

Dia Bukan Bidadari - Bab 6






Bab 6
Beg tangannya dicapai dan wajah ditalakan ke arah cermin semula. Wajah yang sudah dibersihkan dan hanya berbedak nipis itu dipandang. Sambil membetulkan ikatan rambutnya, bibir dikemam untuk meratakan lip gloss di bibir. Puas hati dengan penampilannya ketika itu, dia terus melangkah keluar.

“Dah nak balik?”

Baru sahaja dia sampai ke ruang tengah butik tersebut, dia ditegur.  Nur Jannah berpaling.

“You dah nak balik ke?” soal Syed Azrai lagi.

Nur Jannah terdiam. Terkedu melihat Syed Azrai masih di situ. Bukankah tadi lelaki itu kata dia ingin terus balik? Atau dia hanya kata ingin keluar? Hatinya tertanya-tanya sendiri.

“Apa kata I hantarkan you balik? Waktu pun dah petang ni.” tawar Syed Azrai sopan. Nasib baik dia sempat bertanya serba sedikit mengenai gadis itu dengan ibu saudaranya tadi dan seperti yang diberitahu, Nur Jannah ke situ dengan menaiki teksi. Jadi, inilah masanya dia berlagak menjadi lelaki budiman.

“Hurmmm...bukan Encik Ray ada janji dengan puan Sofi?” Nur Jannah menyoal. Sengaja dia mengelak dari menjawab pertanyaan lelaki itu tadi.

“My auntie dah balik. Ada emergency.” Bersahaja Syed Azrai membalas padahal dia yang menolak ajakan puan Sofi untuk minum bersama tadi. Konon ada hal yang hendak diuruskan lepas itu dia kembali ke butik semula.

“Oh..” hanya sepatah kata itu sahaja yang terkeluar dari bibir Nur Jannah. Pandangannya dibuangkan ke sekeliling. Kenapa butik itu kelihatan lengang? Hanya mereka berdua sahajakah yang berada di situ? Hati mula rasa tidak selesa dan berdebar. Ditempat yang tertutup rapat begitu, macam-macam boleh jadi. Lebih-lebih lagi apabila yang bersamanya adalah seorang ‘playboy’ hebat.  

“Yana dan Jun ada di belakang sedang mengemas studio. Kalau merekalah yang you cari.” Syed Azrai bersuara. Seolah mengerti dengan riak yang dipamerkan Nur Jannah ketika itu.

Dengan riak serba salah, kepalanya dianggukkan. Pandai sahaja Syed Azrai meneka.

“So, macam mana dengan pelawaan I?”  tanyanya semula.

“Ermmm...tak apalah Encik Ray, saya balik naik teksi aje.” Tolaknya lembut. Masih terus jual mahal.

“Dekat sini pun susah nak dapat teksi.” Syed Azrai mula memancing.

Nur Jannah terdiam. Tak mungkin di kawasan sebesar Bukit Bintang ini sukar untuk mendapatkan teksi. Fikirnya.

“It’s okay. I’ll take a chance.” Balasnya dengan senyuman. “Saya minta diri.” Ucapnya lagi dan mula mengatur langkah untuk keluar.

Syed Azrai tersenyum. Ermm...jual mahal. Bisiknya dan tangan digosokkan ke dagu. Perempuan cantik begitu masakan dia akan membiarkan begitu sahaja. Tidak menunggu dia terus bangun dan berlari keluar. Terpandangkan Nur Jannah tidak jauh dari situ, senyum diukir dan gadis itu terus dihampiri.

“I dah cakap, dekat sini memang susah nak cari teksi.” bisiknya sebaik berdiri rapat di sebelah gadis itu.

Tersentak, Nur Jannah terus menoleh ke sebelah. Syed Azrai dipandang sekilas sebelum 
pandangannya dibuangkan ke arah lain. 

“Sebelum ni mungkinlah tapi saya dah nampak ada satu di situ.” Jari ditunjukkan ke arah sebuah teksi yang berada tidak jauh dari situ. Tangan terus diangkat dan dilambai-lambai memanggil teksi tersebut. Fuh! Nasib baik. Bisiknya.

Dengusan kecil dilepaskan. Macam mana pula tiba-tiba boleh muncul teksi di situ? Bisiknya agak bengang.

“Tak takut ke balik naik teksi keseorangan pada waktu-waktu macam ni?” ucap Syed Azrai tiba-tiba. Sengaja hendak menakut-nakutkan gadis itu.

Nur Jannah hanya bereaksi selamba. Pandangan masih ditalakan ke arah teksi yang sedang menuju ke arahnya.

“You tak baca ke berita tentang seorang gadis kena rogol sebab naik teksi keseorangan pada waktu malam?” beria-ia Syed Azrai bercerita. Nur Jannah di sebelah dipandang. Sengaja ingin melihat reaksi gadis itu.

Laju Nur Jannah palingkan wajah memandang Syed Azrai semula dan perlahan-lahan nafasnya dihela. Boleh pula cerita begitu yang keluar dari bibir lelaki itu sekarang. Mahu tidak seriau dia mendengarnya. Tetapi baru sahaja dia ingin membalas kata-kata lelaki itu, teksi yang dipanggilnya sudah berhenti di hadapan mata. 

“Tapi waktu sekarang belum malam lagi encik Ray.” Balasnya. Walaupun dalam hati sudah mula cuak tetapi dia cuba beriak selamba. Seolah tidak terkesan dengan kata-kata Syed Azrai tadi. Tidak menunggu langkah mula diayun.

Syed Azrai turut buka langkah dan cepat sahaja pergerakan gadis tinggi lampai itu dihadang. 
“Memang belum malam tapi waktu sekarang pun sudah hampir ke pukul tujuh malam. By the time teksi tu nak hantar you balik dan dalam keadaan lalulintas yang sesak sekarang, waktu pun dah malam cik Jannah. Kalau you nak tahu, mangsa rogol yang I cerita tu meninggal ditempat kejadian. Dirogol dan dibunuh dengan kejam. Sehingga sekarang suspek yang dikehendaki belum ditangkap lagi.” Syed Azrai menyambung ceritanya. Serius sahaja nada suaranya.

Nur Jannah mendengus. Lagilah seriau dia mendengarnya. Arghhhh...Syed Azrai memang sengaja!

“Lebih baik you dengar cakap I. I pelawa pun untuk keselamatan you.” Selamba Syed Azrai lagi.

“Apa jaminan yang saya akan selamat sampai ke rumah saya kalau saya naik kereta Encik Ray?” Nur Jannah jungkitkan kening. Sengaja hendak menduga lelaki itu pula.

Syed Azrai tersengih. “You can trust me. I tak makan orang.” Selambanya.

“Saya baru kenal Encik Ray tak sampai beberapa jam so macam mana saya nak percayakan encik?” duga Nur Jannah lagi.

Syed Azrai jungkit bahu. “Terpulang tapi I ikhlas. Lagipun lelaki yang nampak budiman macam I ni tak mungkin berkelakuan tak baik dengan perempuan cantik macam you.” Balasnya. Keningnya dijungkitkan.

Kata-kata Nur Jannah terus mati. Budimanlah sangat! Desis hatinya. Perasan betul. Teksi yang sedang menunggu ketika itu dipandang. Naik? Tak? Naik? Tak? Serba salah pula dia rasa. Hendak menaiki teksi itupun dia takut sebenarnya. Takut dengan cerita Syed Azrai tadi.

Melihat riak serba salah Nur Jannah ketika itu, Syed Azrai tersenyum. Dia terus bergerak menghampiri teksi tersebut. “You boleh pergi, kawan I tak jadi nak naik teksi you.” Ucapnya sambil menghulurkan note lima puluh ringgit ke arah pemandu teksi tersebut.

Bulat mata Nur Jannah melihat apa yang dilakukan oleh Syed Azrai ketika itu. Kalau sudah dihalaunya teksi tersebut dengan apa dia mahu balik? Syed Azrai dihampiri.

“Untuk apa duit tu encik?” tanya pemandu teksi tersebut.

“Pampasan sebab kawan I tak jadi naik.” Balas Syed Azrai bersahaja. Duit tadi dihulurkan lagi.

“Bila I cakap I tak jadi naik teksi ni?” celah Nur Jannah tiba-tiba.

“Tadi..” ucap Syed Azrai selamba.  

“I never say that!”

“Yes, you do.” Syed Azrai jungkit kening. Pandangannya ditolehkan ke arah pemandu teksi itu semula.  “You boleh pergi.” Arahnya.

Geram dengan apa yang dilakukan lelaki itu, Nur Jannah lepaskan keluhan keras. Sesuka hati dia sahaja. Marahnya. Anak orang kaya, tak sayang langsung membuang duit lima puluh ringgit begitu sahaja. Seolah jumlah tersebut langsung tak bernilai. Cubalah beri kepada dia tadi, boleh juga dia guna sebagai tambang teksi untuk seminggu. Haih!

“So...you have no choice than. Come, I’ll drive you home.” Sengih Syed Azrai menjadi semakin lebar. Keningnya dijungkitkan menunjukkan kemenangannya.

Nur Jannah mendengus dan Syed Azrai dijeling. Memang panjang betul akal Syed Azrai and yes, she has no choice! Jeritnya.

Tetapi...bukankah ini peluang yang sepatutnya tidak dia lepaskan? Fikiran nakal pula datang menerjah.

“Where to?” Enjin kereta dihidupkan dan Nur Jannah yang sedang membetulkan tali pinggang keledarnya dikerling.

“Kota Damansara.” Pendek Nur Jannah membalas. Duduknya dibetulkan. Beg tangannya diletakkan di atas pangkuan sedang mata tajam memandang ke hadapan.

Syed Azrai kerutkan kening. “Kota Damansara tu besar dear.” Selambanya.

Laju Nur Jannah palingkan kepala. Fuh! baru pertama kali bertemu dah berani panggil ‘dear’? Memang playboya hebat ni. Desisnya.

“Flat Carnation.” Balasnya dengan riak bersahaja seolah tidak terkesan langsung dengan panggilan lelaki itu tadi walau bergetar jugalah hatinya dipanggil begitu.

“Oh!” hanya sepatah itu yang dijawab Syed Azrai sebelum keretanya dipandu keluar dari kawasan tersebut.

“Dah lama jadi model?” soal Syed Azrai setelah lama keadaan sunyi tanpa suara. Nur Jannah dipandang sekilas.

“Tak pernah. Ini baru pertama kali.” Jujur Nur Jannah mengaku. Teringatkan kembali sesi photoshoot tadi, lawak sahaja rasanya. Memang kaku gila reaksinya. Puas juga Benny, jurukamera yang diupah Puan Sofi mengajarnya berposing.

“Pertama kali?” Syed Azrai seakan tidak percaya. Pelik, macam mana ibu saudaranya memilih model baru untuk koleksi terbaharunya itu. Selama ini bukan main cerewet lagi hendak memilih model menggayakan hasil rekaannya.

Nur Jannah mengangguk. “Kenapa?” Syed Azrai dipandang dengan kening berkerut.

Syed Azrai tersenyum. “My auntie tu cerewet gila kalau you nak tahu. Biasanya dia akan memilih model professional bukan yang...” katanya-katanya terhenti dan Nur Jannah dipandang. “Fresh and no experience.. macam you.” Sambungnya sebelum memandang jalan raya semula.

“Encik Ray pernah dengar tak ayat ni, setiap sesuatu itu bermula dengan langkah pertama. So, apa yang peliknya?” soal Nur Jannah sinis.

Tawa kecil terlepas dari bibir. Gadis di sebelahnya itu dikerling sekilas. Not bad. Bukan hanya ada rupa tetapi bukan juga jenis ‘otak senteng’ macam sesetengah perempuan yang pernah rapat dengannya.

“Jannah, can you just call me Ray? I rasa tak selesa kalau you terlalu formal dengan I. Besides, you bukannya staff I.” Syed Azrai sudah mula pasang jarum.

Nur Jannah terdiam. Syed Azrai yang sedang leka memandu itu dipandang. Nampaknya dia tidak perlu bersusah payah menjinakkan ‘suspek’ di sebelahnya itu kerana ‘suspek’ itu sendiri yang menyerahkan dirinya. Apa yang perlu dia buat, terus berlakon jual mahal!

“Tak apa ke sebab saya ni bukan sesiapa nak panggil encik Ray macam tu aje.”  Duganya.
Syed Azrai buang tawa. “I lebih prefer you call me Ray. Nampak lebih mesra...” Senyum lebar diukir pula.

Nur Jannah terus mendiamkan diri. Sengaja membiarkan kata-kata lelaki itu tidak bersambut. Dalam hati, sudah terjerit gembira.
Soon..you’ll be mine! Tekadnya.


“Orang cantik macam you tinggal dekat tempat macam ni?” Sanggah Syed Azrai bersama gelengan. Flat yang kelihatan agak buruk itu dipandang. Mata liar memerhati keadaan sekeliling. Serabut. Bisiknya.

“Habis tu encik Ray ingat orang macam saya stay dekat tempat macam mana?” Nur Jannah menyoal kembali. Tangan dipelukkan ke tubuh dan Syed Azrai dipandang.

Syed Azrai berdeham. “Atleast...ditempat yang lebih baik dari ini.” Balasnya. Kening masih lagi berkerut memandang Flat di hadapannya.

“For me, this is the best place and affordable. Saya bukan anak orang kaya macam encik. Bukan juga pengarah syarikat yang gaji berbelas ribu sebulan.” Sindirnya.

Syed Azrai tersenyum. Terpukul dengan kata-kata Nur Jannah tadi. Seriously, she is really something. Bisiknya.

“So, thank you for send me home...safely. And sorry menyusahkan encik. Saya minta diri dulu.” Sebenarnya dia memang tidak mahu berlama-lama dengan lelaki itu di situ. Bimbang ada mata-mata yang sibuk memerhati. Duduk di kawasan pangsapuri yang kebanyakkan penduduknya adalah suri rumah, dia perlulah menjaga tingkah laku.

“Tak nak ajak I masuk? Maybe for a cup of tea?” pancing Syed Azrai pula tidak mahu pertemuan itu berakhir sia-sia.

“I’m so sorry Encik Ray. Bukan saya tak sudi nak invite encik tapi saya rasa tak manislah kan seorang gadis macam saya menjemput lelaki yang baru dikenali masuk ke dalam rumah yang tiada orang tua di dalamnya.” berhalus Nur Jannah membalas. “Lagipun, saya tinggal di kawasan yang hampir 95% penduduknya adalah melayu. Jadi saya tak mahulah kisah saya nanti jadi tajuk utama perbualan makcik-makcik di sini. Saya harap encik Ray faham.” Terangnya lagi.

Sekali lagi Syed Azrai pamer senyum. Tawar.

“Hurmm...okey, mungkin you boleh belanja I lain kali.” Ucapnya. “Ermmm...at starbuck or kopitiam, maybe.” Sambungnya pula. Bimbang andai gadis itu tersalah faham akan maksudnya.

Nur Jannah pamer senyum manis. Kepalanya dianggukkan. “Sure. No problem.” Balasnya. “Saya minta diri dulu dan terima kasih banyak.” Sambungnya pula dan  langkah mula diayun.

“Jannah..”

Langkah terhenti dan Nur Jannah menoleh.

“Can I have your contact number?”

Nur Jannah terdiam. Syed Azrai dipandang. Lama. Otak ligat memikirkan sesuatu.

“Give me yours and I’ll call you when I’m free.” Balasnya bersahaja.

Syed Azrai terdiam. Kepalanya digelengkan. Tidak pernah lagi selama ini ada seorang perempuan pun yang melayannya begitu. Selalunya perempuan yang terhegeh-hegeh memberikan nombor telefon mereka. Okay fine...I’ll follow your rules Jannah..bisiknya. Pintu kereta dibuka dan kad nama yang diletakkan di dalam dashboard diambil sekeping.

“My card Cik Jannah. Don’t forget to call me. You hutang I secawan kopi.” Kad nama ditangannya dihulurkan.

Huluran lelaki itu disambut. “Thank you and see you again encik Azrai.” Balasnya dengan senyuman. 
Tubuh dipalingkan dan dia mula melangkah pergi dengan senyum yang semakin lebar terukir. Taktik pertama mengena. Sebaik sampai dipintu lif kad yang diberikan oleh Syed Azrai tadi terus dicampakkan ke dalam bakul sampah yang berada tidak jauh dari situ.

“I know you will call me..” bisiknya yakin dan terus masuk ke dalam perut lif.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...