Prolog
Lately I’ve
been, I’ve been losing sleep
Dreaming
about the things that we could be
But, baby
I’ve been, I’ve praying hard
Said no
more counting dollars, we’ll be counting stars
Yeah, we’ll
be counting stars
Bunyi telefon bimbit yang sedang nyaring
menyanyi-nyanyi di dalam poket seluar jeannya dicapai dan dipandang. Melihat
sahaja nama Alvin di skrin, panggilan terus disambut.
“Yes Al,
what’s up?” soalnya sambil menekan penggera kereta di tangan.
“I
missed her.”
Langkah
Albert terhenti.
“Say it
again,” dahinya terus berkerut.
“I missed
her, Albert.”
“Who?”
“My dear
Hannah. I saw her.”
Mendengar
suara Alvin yang sudah mulai sayu itu, Albert mendengus.
“Don’t
tell me that you went to her house again, Al!” duga Albert dengan suara yang
mula meninggi.
Senyap.
Kepala
digeleng. Dia pasti memang itulah yang berlaku sebenarnya. Senyap-senyap
abangnya itu ke rumah Hannah dan menjadi pemerhati setia kelakuan perempuan
yang dicintainya itu. Bingung dia dengan kelakuan Alvin sejak akhir-akhir ini.
Walau puas ditegah tetap itu juga yang sering Alvin lakukan. Mengintip dan
memerhati dari jauh.
“Al, how
many times have I told you, leave them alone!”
Bergema
suara Albert memecah kesunyian di tempat parkir kereta pusat membeli-belah
ternama, Pavilion yang agak lengang ketika itu. Tubuh disandarkan ke sisi
kereta dan nafas dihela kasar. Matanya dipejamkan dan kepala digelengkan
berkali-kali.
“I
can’t.”
Mendengar
suara lirih Alvin di talian, nafasnya dihela lagi tapi dengan helaan yang
sedikit teratur dan tenang.
“Kau dah
janji Al. Kau dah janji nak lepaskan semuanya sebaik Hannah berkahwin dan temui
kebahagiaan dia. She’s married and happy with her life now. So please, don’t
make things miserable,” pujuk Albert lembut.
“I
thought I’m strong enough but the facts, I’m not. Setiap kali aku melihat
dia tersenyum dan ketawa, hati aku sakit.”
Rintihan
Alvin kedengaran semakin sayu. Albert tahu abangnya itu sedang menangis
sekarang. Itulah yang berlaku kepada Alvin sejak Hannah dan Ilham berbaik dan
menimang cahaya mata mereka.
“Yes you
can. Selama ni kau kuat bertahan dan aku yakin kau mampu untuk terus
bertahan,” pujuk Albert tanpa jemu.
Senyap.
Hanya suara Alvin yang sedang menahan tangis sahaja kedengaran di telinganya.
“Al…Alvin...”
panggil Albert lembut. Nafas dihela bersama keluhan kecil di bibir.
Siapa kata
dia tidak bersimpati tapi itu keputusan yang telah Alvin buat bertahun dahulu.
Semuanya kerana Hannah, untuk kebahagiaan gadis itu. Jadi untuk apa lagi Alvin
lakukan semua itu? Hanya untuk menambah luka di hatinya?
Senyap.
Alvin masih juga begitu. Hanya deruan nafas
dan tangis halusnya yang masih menyapa telinga. Tidak betah membiarkan Alvin terus begitu akhirnya
Albert membuat keputusan untuk bertemu Alvin di rumahnya.
“Aku pergi
tempat kau sekarang. We need to talk,” tegasnya.
Panggilan
terus dimatikan. Dengan tergesa-gesa tubuh dipalingkan. Sebaik tubuhnya
berpusing ke kiri, langkah Albert terhenti. Dia terpaku
dan terkaku. Wajah terus berubah pucat tak berdarah. Pandangan
perempuan yang sedang merenungnya ketika itu dibalas dengan mata tak berkelip. Kunci yang berada
di dalam genggamannya juga hampir terlepas dari tangan kerana terkejut.
Oh my god! Jeritnya dalam hati.
No comments:
Post a Comment