Followers

Monday 15 July 2013

Tolong Cintai Aku...Untuk Sekali lagi...




"Andai mampu kuputarkan waktu...tak akan kulepaskan eratnya jemarimu...."

Bab 1

"Wait..."
Mendengar jeritan perempuan yang masih tidak kelihatan lagi itu, Haiqarl terus saja menekan butang buka pintu lif tersebut. Kepalanya dijengahkan keluar sedikit. Tidak jauh dari situ kelihatan seorang perempuan sedang berjalan laju menghala ke  arah lif tersebut.
"Thank you.." ucap perempuan itu sambil tersenyum nipis memandang ke arahnya. Kemudian jemarinya ligat menekan butang ke tingkat 14. 
"You are welcome.." pendek Haiqarl membalas sambil matanya masih lagi leka memandang ke arah perempuan tersebut. Cantik. Hanya sepatah perkataan itu saja yang keluar dari hatinya. Rezeki di pagi hari dan rezeki mata sejak kembali ke Malaysia. Haiqarl tersenyum di dalam hati. Kalau hari-hari dipertontonkan dengan permandangan indah begini, harus dia menetap terus di Malaysia dan sumpah tak akan kembali ke Paris lagi. Bisiknya nakal. Tiba-tiba Haiqarl tergelak kecil.
“Are you talking to me?” soal perempuan itu tiba-tiba dan terus mematikan senyum di bibir Haiqarl. 
Eh! Minah ni dengar ke apa yang aku cakap tadi? Soalnya di dalam hati. Menggelabah sekejap dia dibuatnya. 
Haiqarl berdehem perlahan. “No…” balasnya sepatah dan dengan muka selamba seolah-olah tidak tahu apa-apa dan langsung tak bersalah. Memang tak buat salah pun. Aku cuma tengok aje dah ada depan mata. Menghayati kata orang tu. Bukan nampak apa-apa pun. Okaylah, adalah nampak betis gebu tu tapi bukannya luak pun. Desis hatinya nakal.
“Oh…okay,” ucap perempuan itu lagi dan terus berpaling menghadap pintu lif semula.   Haiqarl terdiam lagi. Tubuhnya disandarkan ke dinding lif semula. Perempuan itu dipandang lagi. Dasar mata jahat. Kutuknya pada diri sendiri.
Memang di akui perempuan di hadapannya itu cantik orangnya. Briefcase jenama Guess di tangan perempuan itu dikerling sekilas. Kemudian pandangannya dihalakan ke arah penampilan perempuan itu pula. Dari atas ke bawah tubuh perempuan itu diperhati dan amati lagi. Ketinggian rasanya 5 kaki 6 inci. Berat rasanya dalam 55kg. Haiqarl tersenyum sambil menggelengkan kepala namun matanya masih meliar memerhati. Okay, rasanya rambut perempuan itu mesti panjang paras dada. Tak boleh nak ukur sebab kemas didandan.  Penampilannya pula sangat elegan. Kasut tumit tinggi 3 inci menambahkan lagi ketinggian perempuan itu dan hampir menyamai ketinggiannya. Dengan mengenakan kemeja berbelang pink putih, kot berwarna coklat gelap dan skirt pendek paras lutut dengan warna yang sama, kelihatannya wanita itu tentu bukan sembarangan jawatannya. Bisik Haiqarl di dalam hati.
"Thanks again..." sekali lagi perempuan itu bersuara sebaik saja pintu lif terbuka sekaligus mematikan renungannya. Sambil memandang ke arahnya sekilas, perempuan itu terus saja keluar dari situ. 
Sebaik pintu lif tertutup semula, Haiqarl terus menggelengkan kepalanya. Dahinya ditepuk perlahan. Berkali-kali. Apa dah jadi dengan kau Haiqarl? Jumpa perempuan cantik macam tu, kau cuma mampu pandang sahaja? Marahnya pada diri sendiri. Tak pernah selama ini dia hanya berdiam diri apabila berdepan dengan perempuan secantik itu. Paling tidak nombor telefon perempuan itu sudah pasti berada di genggaman sekarang tapi entah kenapa dia hanya terdiam dan terpaku saja memandang perempuan tadi. Tiba-tiba kau jadi baik sangat apasal? Marahnya pada diri sendiri.


"Kau apahal bro?" soal Ikram sambil menepuk bahu sahabatnya itu. Pelik betul melihat keadaan Haiqarl yang seperti hilang sesuatu saja ketika itu. Sejak menapak ke pejabatnya setengah jam tadi, begitulah keadaan Haiqarl. Tidak senang duduk saja gayanya. Penat ke hulur ke hilir akhirnya dia terus berbaring di atas sofa dan tekun memerhati siling biliknya.
Haiqarl tersentak. "Apahal?" soalnya hairan.
"Kau tu apahal? Lain macam aje aku tengok."
"Aku?"
"Ha'ah...kau apahal?"
"Aku okay je."
Ikram terus tergelak. Fail di tangannya diletakkan ke atas meja.
"Okay apanya kalau macam orang sasau aje aku tengok."
Haiqarl mendengus perlahan. Kepalanya digelengkan. Nampak sangat ke dia macam orang yang menyesal sekarang? Nampak sangat ke muka dia macam orang yang baru lepas hilang barang berharga? You are so stupid Haiqarl! Kutuknya pada diri sendiri.
"Am...aku nak tanya kau ni. Dekat tingkat 14 tu office apa?"
Sudah berkerut dahi Ikram mendengar soalan sahabatnya yang seorang itu. Pelik.
"Kenapa?" soalnya hairan.
"Saja nak tahu sebab tadi aku tersalah tekan lif  ke tingkat 14."
"Dah salah tekan tu kenapa tak tengok jer office apa yang ada dekat situ."
"Kau ni. Pakai akallah sikit. Tak kan aku nak bodoh-bodoh masuk pejabat tu dan tanya ni syarikat apa? Akai ada ka.." bedil Haiqarl sedikit keras. Apa ke bodoh punya kawan.
Ikram sudah tergelak besar mendengar kata-kata sahabatnya itu. Serius saja bunyinya.
"Syarikat pengangkutan. Pemilik dia Tan Sri Syed Abu Bakar."
Haiqarl yang sedang berbaring terus terbangun. "Company besar ke?"
"Boleh tahanlah sebab setahu aku syarikat tu antara syarikat pengangkutan terbesar dalam Malaysia. Apasal kau tanya?"
"Saja nak tau."
Malas hendak bertanya banyak, Ikram hanya mengangguk saja.
"Qarl, kau ni dah sebulan lebih balik dari Paris kan? So tak ada plan ke nak kerja dengan papa kau?" soal Ikram sambil memanah pandang ke arah sahabat di hadapannya itu. Setiap kali dia bertemu dengan Datuk Zikri, memang itulah yang sering mereka bincangkan. Datuk Zikri betul-betul berharap Haiqarl dapat membantunya. Sudah lima tahun Haiqarl berada di luar Negara dan bekerja di sana, dia ingatkan apabila Haiqarl kembali ke Malaysia, Haiqarl akan membantu papanya tapi dah sebulan balik Haiqarl masih tak buat apa-apa pun lagi.
Mendengar soalan Ikram, Haiqarl terus mematikan diri. Dia bukan tak  nak bekerja dengan syarikat papanya tapi dia tak berminat langsung dalam bidang hartanah. Dia lebih suka bidang pengiklanan dan itulah kerjaya yang dilakukan sepanjang di Paris dulu. Bidang yang glamour dan dikelilingi dengan perempuan-perempuan cantik. Siapa yang tak suka hidup yang begitu. Cakap saja hendak perempuan yang bagaimana, hanya petik jari sudah pasti berada di dalam genggaman.
"Nantilah aku fikir dulu. Kau tahu kan aku tak minat nak uruskan syarikat tu," acuh tak acuh saja Haiqarl membalas.
"Qarl, kesian sikit dengan papa kau. Dia mengharap sangat dengan kau lagipun adik kau si Haizir tu masih study lagi kan. Nak harapkan Hanina memang tak mungkinlah. Asyik sibuk dengan bidang modelling dia tu aje," pujuk Ikram lagi.
Haiqarl terdiam seketika. Memang ada betulnya apa yang diperkatakan oleh Ikram tapi memang dia tak berminat nak buat macam mana. Bagi dia senang, tak suka jangan buat. Tak minat terus tolak tepi. Sama macam perempuan, masa suka dia akan usung ke sana ke mari, bila dah jemu sorry to say….hai..hai..bai..bai ajelah…
"Nantilah, biar aku fikir dulu."
"Berapa lama lagi nak fikir Qarl? Dah sebulan dah kau balik tapi aku tengok kau tak buat apa-apa pun lagi,"
Haiqarl terus terdiam, malas hendak membalas kata-kata sahabatnya itu. Otaknya masih lagi tak berhenti berfikir tentang perempuan yang dia terserempak di dalam lif tadi sampai malas nak fikir apa yang Ikram bebelkan sejak tadi. Tak tercerna langsung kata-kata Ikram di dalam kepalanya.


"Qarl, papa harap sangat Qarl boleh bantu papa. Kalau bukan anak-anak papa yang bantu papa uruskan syarikat tu, papa nak harapkan siapa lagi?"  soal Datuk Zikri perlahan. Sudah puas dia memujuk tapi Haiqarl masih juga dengan keras kepalanya. Sudah sebulan balik Malaysia tapi sibuk ke sana ke mari mencari peluang kerja yang dia minat.
Haiqarl terdiam. Pandangannya dihalakan ke arah karpet bulu-bulu belang zebra di hadapannya. Bosan!
"Betul cakap papa tu Qarl. Nak harapkan adik kamu si Hanina tu? Hurm…memang tak boleh di haraplah. Nak tunggu Haizir bantu papa, sekurang-kurangnya kena tunggu 3 tahun lagi. Qarl tak kesian dengan papa ke?" pujuk  Datin Farida pula. Anak lelaki yang hampir mencecah umur 30 tahun itu dipandang tak beriak.
"Biar Qarl fikir dulu pa...ma..lagipun Qarl tak minatlah bidang hartanah ni,"
"Qarl, nak buat sesuatu kerja tu tak semestinya dengan minat tapi buat dengan rasa tanggungjawab. Ini tanggungjawab Qarl pada keluarga. Pada papa...pada mama..." pujuk Datuk Zikri lagi.
Haiqarl terdiam lagi. Buntu dia memikirkannya. Sejak dia pulang sebulan yang lepas, orang tuanya itu tidak habis-habis mendesak supaya dia membantu perniagaan keluarga. Kalau diikutkan hatinya memang dia tidak akan pulang langsung tapi disebabkan rasa tanggungjawab dan kesian pada mamanya dia balik juga.
"Bagi Qarl masa pa. Biar Qarl fikir dulu," perlahan Haiqarl bersuara.
Mendengar jawapan Haiqarl, Datuk Zikri terus melepaskan keluhan berat. Kepalanya digelengkan perlahan.
"Papa terlalu  mengharap Qarl, jadi tolong jangan hampakan harapan papa," akhirnya Datuk Zikri bersuara setelah lama terdiam.
Haiqarl mengangguk. "Okay pa, Qarl faham. Qarl akan fikirkan tentang hal ni."


1 comment:

  1. Dear, i nak beli buku ni... macam mana i nak dapatkan...kat kedai takde stok

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...