Followers

Wednesday, 12 June 2013

Akhirnya dia pergi bertemu penciptaNYA...

Perkenalan kami sudah menjangkau 13 tahun. Kami dipertemukan di bawah satu bumbung dan di situlah kami dan yang lain-lain mencari rezeki. Sepanjang tempoh tersebut banyak yang kami telah lalui bersama. Saat-saat gembira, saat-saat getir dan kecewa. 

Dia seorang lelaki yang biasa, sangat2 biasa. Tiada yang istimewa tentangnya tapi dia punya satu sikap yang jarang ada pada orang lain iaitu sikap ambil berat.  Dia juga seorang yang sangat sederhana. Bersyukur dengan apa yang ada hanya sesekali terdengar keluhan dari bibirnya. 

Dia yang di sebelah kanan sekali 

Menulis tentang dia mengingatkan saya tentang sikapnya. Pernah suatu hari saya pergi ke rumahnya untuk melawat dia yang sedang sakit ketika itu. Walau dalam keadaan tak sihat, dia tetap keluar mencari karipap sebab dia tahu saya seorang penggemar karipap tegar... hurm... itulah secebis kenangan yang sangat memberi kesan pada saya... dia memang seorang yang prihatin...

Kami kerap juga berbual dan disetiap perbualan kami, dia pasti akan mengucapkan kata-kata ini... 

"Saya tak ada harta di dunia ini tapi saya ada anak-anak. Itulah harta yang sangat berharga buat saya. Tengok anak-anak selalu buatkan saya rasa bahagia," 

Hati siapa yang tidak terusik setiap kali mendengar kata-kata itu. Kami jarang bertemu kerana dia bertugas di tapak projek. Hanya sesekali kalau dia datang ke pejabat maka ketika itulah kami sempat bercerita. Dua bulan yang lepas kami ada bertemu itupun kerana dia ada urusan di pejabat. lama kami berbual, bercerita tentang keluarga dan masa depan. Tak sangka itulah pertemuan terakhir saya dan dia. Kata-kata terakhir dia juga seolah-olah terngiang-ngiang di telinga saya. 

"Saya ni bukannya sihat sangat, kalau jadi apa2 pada saya entah apalah nasib dua orang anak-anak saya...isteri saya pula tak bekerja" 

Mengingatkan kata-kata itu, air mata saya hampir menitis. Sebaknya saya rasa. 

Tepat pukul 6 petang semalam saya menerima panggilan dari Pengurus Tapak syarikat memaklumkan tentang keadaan dia yang agak kritikal. Hati resah dan ingin sekali menjenguk tapi keadaan kesihatan saya juga agak membataskan pergerakan saya. Apa yang mampu saya buat hanyalah menghubungi teman2 yang berada di sekelilingnya bertanyakan khabar tentang keadaannya. 

Tepat jam 4 pagi saya menerima SMS dari seorang teman memaklumkan dia telah pergi buat selamanya.... 

'Inna lillahi wainna Ilaihi Raji'un - Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali'

hanya kata-kata itu yang mampu saya ucapkan bersama kekesalan yang tidak terhingga.... Kalaulah saya cekalkan hati, pasti saya sempat bertemu dengannya dan sekurang-kurangnya menitipkan kata semangat buatnya... Ya Allah betapa terkilan dan menyesalnya saya.... hati sedih tapi saya tak mampu untuk menangis.... 


Pemergiannya meninggalkan isteri dan dua anak yang  masih kecil. Inilah 'harta' yang dia miliki... semoga 'harta2' ini membesar menjadi manusia yang berguna dan membanggakan ayah dan uminya... saya ingin mereka tahu walaupun ayah mereka bukanlah lelaki yang hebat tapi dia seorang ayah yang hebat...seorang ayah yang penyayang dan sangat bertanggungjawab.... Buat isterinya, tabahlah dengan ujian yang Allah berikan ini...

Al-Fatihah buatmu sahabat dan semoga rohmu dicucuri rahmat.... tenanglah kau di sana sehingga saat dibangkitkan semula.... 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...