Followers

Saturday, 8 June 2013

Izinkan Kumiliki Hatimu...


Assalamualaikum, selamat pagi dan salam satu Malaysia..... 

Sudah lama rasanya blog ini tidak di update dengan sebarang N3... maaf, saya memang sangat2 sibuk sejak kebelakangan ini dengan tugas di pejabat dan tanggungjawab2 lain yang menanti... Sejak beberapa bulan kebelakangan ini juga saya kerap keluar daerah demi tuntutan tugas... 

Mari kita bercerita tentang baby kedua saya, Izinkan Kumiliki Hatimu yang bakal kembali di pasarkan tidak lama lagi...pada yang belum memilikinya silalah dapatkannya... chewah! promot tu...hehehee.... 


Saya mengambil masa hampir 5 bulan untuk menulis kisah Irina, Zairil, Ku Ariff, Mira & Ferdy...masa yang agak panjang kerana emosi yang turun naik sewaktu menulisnya....Kisah di dalam novel ini saya rasakan sangat dekat dengan diri saya kerana watak2 di dalamnya seolah-olah berada di sekeliling saya sepanjang kisah ini ditulis.....saya akan tersenyum, tersentap dan saya juga akan menangis setiap kali mengulang baca karya ini ketika melakukan editing.... kelakarkan? tapi itulah hakikatnya... kisah kekeluargaan  dan persahabatan yang saya tampilkan sangat memberi kesan yang mendalam kepada saya.....ianya mengingatkan saya kepada keluarga dan sahabat2 saya sendiri... 

IKMH saya lakarkan dengan  menekankan tentang nilai kekeluargaan, persahabatan, kasih sayang sesama insan, kekuatan ketika berdepan dengan sebuah pengkhianatan yg tidak terduga, pengorbanan yg melukakan, kebenaran yang menyakitkan serta kisah cinta dan kesetiaan dua insan... 

Idea menulis cerita ini? Honestly, saya adalah penggemar cerita2 korea kerana cerita2 korea memberi saya banyak rasa...jadi idea itu tercetus dari sebuah drama korea yang sangat saya gemari iaitu winter sonata...mungkin sebab saya suka ost drama tu kot... dan lagu itulah yang memberi mood kepada saya untuk menulis kisah ini... nak tahu lagu apa? meh layankan teaser di bawah hasil kreativiti seorang teman... tapi yang ini versi melayu so senang  nak faham... :) (Pada yang dah tengok tu abaikan saja... hehehe) 


Pada yang telah membaca hasil sentuhan dari minda dan hati saya ini....terima kasih saya ucapkan... terima kasih yang tidak terhingga kerana menyukai dan boleh menerima karya saya ini seadanya...kata-kata tahniah dari anda  benar2 memberi semangat yang bukan sedikit pada saya... kata-kata itulah yang telah menguatkan lagi keinginan saya untuk terus menulis dan menulis... Insya-Allah...

Kepada yang mungkin tidak boleh menerima nukilan ini terima kasih juga saya ucapkan kerana anda masih sudi membaca hasil tulisan saya tetapi mungkin citarasa kita berbeza... :)  

Akhir kalam, nantikan kemunculan karya seterusnya dari saya... Insya-Allah, doa2kan... luv u all... :) 


1 comment:

  1. IKMH bestttttt.... Tengku Irina Sandra & Zairil Idham, dri membace IKMH la kite kenal dgn Ku Ariff... suke..suke..suke... ;-) tak sabar nak tggu DAM kuar lak, Zariq Asyraf & Qyrana Najwa...hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...