ALLAH S.W.T berfirman, “Wahai sekalian orang
yang beriman! Mintalah pertolongan untuk menghadapi susah payah dalam
menyempurnakan sesuatu perintah TUHAN dengan bersabar dan dengan (mengerjakan)
sembahyang, kerana dengan sesungguhnya
ALLAH menyertai (menolong ) orang yang sabar” – Surah Al-Baqarah ayat
153
Ketika diri diuji kita tertanya2 mengapa
perlu diuji? Mengapa orang lain senang, kaya dan bahagia kita pula yang
berduka. Ketika kejujuran dipersembahkan, kita pula menjadi mangsa dek
kesilapan orang lain. Mereka berbahagia, bergelak ketawa sedangkan kita pula
berduka lara dan berlinang air mata. Apakah itu tanda bahawa ALLAH tidak
sayangkan kita? Ingatlah, ALLAH tidak akan menguji hambanya dengan sia-sia.
Petikan di atas aku ambil dari buku hasil tulisan
Ustaz Kazim Elias – Tuhan sedang menguji kita. Banyak yang aku kutip dari buku setebal
317 halaman tersebut. Ada sesuatu yang menarik yang telah menjentik naluri aku
hingga membuatkan aku hampir menitiskan air mata. Ianya menyedarkan aku dan membuatkan aku
bersyukur tentang sesuatu.
Kehidupan ini bukan seindah yang kita
bayangkan. Bukan juga semudah yang kita impikan. Kita mengharapkan sinar yang muncul itu akan
terus menerangi perjalanan kita tapi hakikatnya dipertengahan kita akan diuji. Hanya kita yang tahu keperitan sesuatu ujian
yang Allah berikan. Kita akan merintih dan bertanya, mengapa aku?… mengapa
bukan dia?… apa salah aku?…apakah dia tidak pernah bersalah sehingga dia tidak
pernah merasa ujian yang aku tanggung? Ah…kejamnya kita apabila menudingkan
jari pada yang di ATAS sana kerana berfikir kita tidak diadili dengan
sewajarnya. Dimana sikap rendah dirimu terhadap penciptamu wahai manusia?
Aku pernah berbicara dengan seorang teman. Mendengar luahan hatinya dan satu kata-katanya yang paling aku ingat sekali…
Biarlah aku diduga kerana dugaan itu mengingatkan aku untuk terus beriman kepadaNYA… aku redha dengan apa yang Allah berikan kerana aku yakin ada hikmah yang menanti aku di sana nanti…
Betapa kuat dan tabahnya hatimu teman dan aku yakin Allah akan membalas kesabaranmu itu….
“Demi sesungguhnya! KAMI akan menguji kamu
dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan
(dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan
berilah khabar gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang apabila
ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah
kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah kami kembali” – Surah Al-Baqarah ayat
155-156
P/S : Bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki
kerana sesungguhnya ada insan lain yang mencemburui apa yang kamu ada… bersabarlah dengan dugaan yang kamu terima
kerana sesungguhnya kamu adalah insan yang dipilih OLEHNYA….
setiap kali ade dugaan dan ujian yg allah berikan pada sue, satu yg selalu sue igt kak.. Allah tidak akan pernah menguji umat-Nya lebih atau di luar batas kemampuan umat-Nya.. jd, sentiase ingt setiap dugaan yg dihadapi itu yg kita mampu untuk menjalaninya...
ReplyDeleteye betul tu tapi ramai yang mengeluh setiap kali diuji...
ReplyDelete