Sambil membetulkan duduk, beg sandang yang
diletakkan di sebelahnya dicapai. Tidak menunggu, isi di dalamnya diambil dan terus
dikeluarkan.
"Untuk awak." Ucapnya dengan senyum
manis terukir di bibir. Kotak bersaiz sederhana besar yang dibalut kemas dengan
sampul bercorak ros merah dan diikatkan reben berwarna merah jambu itu terus
dihulurkan kepada Dahlia di hadapannya.
"Apa ni?" Tidak terus menyambut
huluran Nazril, Dahlia bertanya. Lelaki itu dipandang dengan dahi
berkerut. Tidak ada angin, tidak ada ribut tiba-tiba dia dihadiahkan sesuatu.
Pelik!
"Hadiah untuk awak." Lembut
Nazril membalas dengan riak yang masih seperti tadi.
"Birthday saya lagi tiga bulanlah. So,
hadiah ni sempena sambutan apa?" balasnya dan kening dijungkit. Tinggi.
Nazril senyum lagi. "Birthday present in
advance." Ucapnya.
“Birthday present in advance?” Dahlia
menggeleng. "Ermmm…tak nak. Awak beri saya masa birthday saya nanti."
Kotak tersebut ditolak kembali kepada tuannya.
"Kalau sampai waktunya nanti saya
tak sempat jumpa awak dan berikan hadiah ni macam mana?" Suara Nazril
sudah berubah perlahan. Riak di wajahnya juga turut berubah sedikit keruh.
Dahlia betulkan duduk. Beg tangan
dipangkuannya dikemaskan letaknya. Kenapa Nazril nampak berbeza hari itu?
Walaupun dia kelihatan tenang dan seperti biasa tetapi air mukanya seolah
menyembunyikan sesuatu. "Awak nak
ke mana?" soalnya.
Perasan akan air muka Dahlia yang sudah
berkerut seribu itu, Nazril tersenyum semula. "Mungkin ke bulan atau ke
bintang." Selorohnya. Kening dijungkit nakal.
"Naz!" Dahlia menjerit geram. Nazril
dijeling. Tajam.
"Paling tidak pun saya akan kembali ke
fitrah. Kembali ke tanah semula." Ucapnya perlahan. Kepala terus ditundukkan
memandang rumput di kaki.
Dahlia mendengus. Tangan dipelukkan ke tubuh. "Naz,
boleh tak jangan cakap macam tu?" marahnya. Suka cakap perkara yang
bukan-bukan. Marahnya dalam hati.
Perlahan-lahan nafas dihela. Renungan tajam
dahlia dibalas dengan senyum nipis di bibir. "Hidup lawannya mati. Jangan
pernah lupa tu." Pesannya mengingatkan.
"Saya tahu tapi tak payahlah awak asyik
cakap perkara yang sama je setiap kali kita jumpa." Bidas Dahlia masih
dengan riak wajah yang sama.
Nazri terdiam. Pandangannya dibuangkan ke arah
langit yang agak mendung ketika itu. Melihat burung-burung berterbangan bebas
diudara, entah kenapa tiba-tiba hatinya menjadi sayu. Dia ingin terus bebas
begitu tetapi masih adakah waktu seperti itu lagi untuknya? Dia ingin menggapai
bahagia tetapi masih sempatkah untuk dia merasainya?
"Naz, awak ada sembunyikan sesuatu dari
saya?" Soal Dahlia melepaskan apa yang bersarang di hatinya sejak
tadi. Wajah itu, senyum itu seolah hilang sinarnya. Tetapi kenapa?
Laju Nazril gelengkan kepala. "Tak. Mana saya berani nak sorokkan
sesuatu daripada orang yang saya sayang." Senyum dipamer dan wajah ayu di hadapannya itu dipandang
lagi.
Dahlia mencemik. Tak habis-habis bercakap
tentang sayang tetapi selalu mengingatkannya untuk mencari lelaki yang lebih baik
untuk dijadikan teman hidup. Cuba jangan diucap kata-kata sayang kalau ianya
sekadar untuk buat dia perasan!
“Saya suka tengok awak buat muka macam tu. Nampak
comel dan saya akan simpan kemas dalam memori saya setiap riak wajah yang
pernah awak pamerkan selama ini. Untuk saya kenang sampai bila-bila.”
Dahlia terdiam. Bulu romanya tiba-tiba
merinding mendengar kata-kata yang diucapkan Nazril sebentar tadi. Setahunya
sejak perkenalan mereka, Nazril tidak pernah mengungkapkan kata-kata manis
seperti itu. Bicaranya selalunya bersahaja dan selamba sesuai dengan sikap
nakalnya.
“Naz, awak buat saya seram. Betul ke awak ni
Nazril yang saya kenal atau hanya jelmaan?” soalnya dengan mata terkebil-kebil
memandang Nazril.
Tawa Nazril terus terhambur. Kepalanya
digeleng. “Lia, awak ingat saya hantu? Atau vampire macam novel kesukaan awak
tu….ermmm…Edward Cullen?” selorohnya.
Sekali lagi Dahlia mencemik. “Kalau nak
samakan awak dengan Edward Cullen tu memang jauh panggang dari apilah.”
Ejeknya. “Tapi Naz, seriously awak nampak lain hari ni. Kata-kata
awak….ermmm…pelik. Air muka awak…tak seceria selalu.”
“Kehidupan yang membuatkan kita berubah.”
“Saya tak faham..”
“Anggapkan saja emosi saya tak stabil hari ni
sebab itulah awak nampak saya berbeza.”
Dahlia menggeleng. “Tak. Saya sangat pasti ada
sesuatu yang tak kena.” Tegasnya.
Nazril terus berdiri. “Jom kita balik. Hari ni
saya hantar awak balik.”
“Naz...”
“Saya okey Lia. Tak ada apa-apa yang tak kena.
Kalau ada pun, itu adalah kerana Allah sayangkan saya sebab itulah Dia aturkan
sesuatu yang lebih baik buat saya.” Pintas Nazril mematikan bicara Dahlia. “Dah
jom. Tentu awak tak nak balik lambat kan?” sambungnya lagi.
Sedar Nazril tidak mahu berkongsi dengannya,
akhirnya Dahlia akur. Dia terus berdiri dan beg tangannya disankutkan ke bahu. Dengan
perasaan yang masih berbaur, langkah lelaki itu diekori.
******************************************************************************
Petang
ni kita jumpa – Naz
Mesej Whatsapp kiriman Nazril dibaca dan bibir
mula menguntum senyum. Tidak menunggu mesej tersebut terus dibalas.
Ok
tapi nak jumpa dekat mana? – Lia
Butang send dihantar.
Nanti
saya ambil awak dekat office. - Naz
Senyum terukir lagi. Hurm..tak payah
susah-susah cari teksi. Bisiknya.
Ok.
Tapi jangan awal sangat. Saya ada kerja urgent nak kena selesaikan. Awak datang
pukul 6 ya. – Lia
Banyak
songehlah awak ni. Tapi demi awak, saya rela.. J - Naz
Membaca mesej tersebut, wajah Dahlia terus
berubah. Hurm…kadang-kadang bicara lelaki itu selalu membuat hatinya terusik
tetapi sehingga kini tidak pernah pula Nazril mengungkapkan kata-kata tentang
cinta. Demi tuhan dia keliru. Siapa dia di hati Nazril sebenarnya? Soalnya
sambil garu kepala. Malas hendak perasan sendiri, mesej lelaki itu terus di
balas.
Jangan
nak poyo sangat. Rela konon..lepas tu nanti membebel tak berhenti. Uwekkkkk! –
Lia
Hahahaha…tak
sabar nak jumpa awak. Entah kenapa hari ni rasa rindu sangat dengan awak. Cepatlah
pukul 6. – Naz
Dahlia terkedu lagi. Rindu? Matanya digosok.
Manalah tahu tiba-tiba matanya rabun hingga tersilap membaca perkataan
tersebut. Tapi…eh betullah! Bisiknya sambil tutup mulut. Nazril rindukan dia? Rasa
macam hendak melompat-lompat di saat itu juga kerana teruja. Tetapi apabila
memandang sekeliling, kepala digeleng. Gila kau Lia nak melompat dalam pejabat
macam kera? Bebelnya.
Dalam keadaan berdebar, hatinya cuba
ditenangkan dan duduknya dibetulkan. Tetapi entah dimana silapnya tiba-tiba dia
terus jatuh terjelepok di atas lantai.
“Mak kau!” Jeritnya dan punggungnya digosok. Gila
betullah. Memang tak guna punya kerusi! Marahnya.
“Kau kenapa?”
Tegur Azie yang duduk di sebelahnya sambil mengekek ketawa. Melihat
Dahlia yang sedang bersusah payah hendak bangun ketika itu, semakin galak dia
ketawa.
Dahlia mendengus. Azie dijeling. Tajam.
“Kerusi ni rosak rasanya. Haish! kata kerusi baru.” Bebelnya dan terus duduk
semula.
“Bengong kau ni. Ada pulak kerusi tu yang kau
salahkan.” Azie sambung tawa.
Malas hendak membalas kutukan rakan sekerjanya
itu, Dahlia terus menyambung kerjanya. Sebelah tangannya pula masih sibuk menggosok
punggung yang masih terasa sakit. Ini Naz lah punya pasal! Bebelnya.
Teringatkan Nazril, laju telefon bimbitnya dicapai semula.
Lia….-
Naz
Lia…
- Naz
Lia…
- Naz
Ya Allah…entah apa yang Nazril fikir tiba-tiba
dia senyap membisu. Paling tidak pun mesti lelaki itu akan tersenyum nakal dan
sedang mengutuk sekarang.
Saya
sibuk sekarang. Nanti awak dah sampai bawah office saya, mesej ya. Bye. – Lia
Fuh! Dahi dikesat. Macamlah ada peluh! Poyo
betullah kau ni Lia. Bisiknya mengutuk diri sendiri.
******************************************************************************
Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu
Maafkan andai menggangu lenamu
Apa khabar dirimu
Maafkan andai menggangu lenamu
Andai pernah melukakan
Maafkan ku tak sengaja
Harus kau dan aku selalu bicara
Maafkan ku tak sengaja
Harus kau dan aku selalu bicara
Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya
Ku mahu kita selamanya
Kau dan aku
Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu takkan mudah
Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu takkan mudah
Kau dan aku
Mahukan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia
Mahukan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia
Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu
Andai hatimu berubah
Pastiku cuba fahami
Tetap ku melangkah terus berani
Pastiku cuba fahami
Tetap ku melangkah terus berani
Kau tahu
Kau satunya
Kau satunya
Nazril yang sedang bermain gitar sambil
menyanyi kecil ketika itu diperhati. Aduhlah, makin lama kenapa dia nampak
lelaki itu semakin memikat? Wajah tenangnya. Senyum manisnya. Gelak tawanya. Haish…boleh
penasaran dia dibuatnya. Lia, boleh tak jangan over sangat? Jangan nak terlebih
perasan juga. Ingat, kau dengan dia hanya, KAWAN! Hati kecilnya berbisik
mengingatkan diri sendiri.
“Lia…”
“Lia…” Tangan digawang-gawangkan di hadapan
gadis itu. Pelik, mata terbuka tetapi macam sedang lena. Dipanggil sedari tadi
langsung tidak menyahut.
“Lia!” panggilnya agak kuat. Bahu gadis itu
dicuit.
Diperlakukan begitu, Dahlia tersentak.
“Iya…iya…” dalam keadaan kalut panggilan Nazril dibalas. Ya Allah, kau
berangankan apa Lia! Rosak anak Pak Haji Mail sorang ni. Haih! Memalukan betul.
“Kenapa? Dari tadi tak berkelip pandang saya?
Sedap sangat saya nyanyi?” Nazril
tersengih. Gitar di tangannya terus diletakkan ke sebelah.
“Ehemm…mana ada pandang awak. Saya..
saya…haaa..saya tengah fikirkan tentang kerja saya dekat pejabat.” Dalihnya menyimpan malu. Duduknya dibetulkan
dan pandangannya terus dibuangkan ke arah kanak-kanak yang sedang bermain di
taman permainan tersebut. Cover Lia…cover!
Nazril simpan tawa. Gelihati melihat reaksi
Dahlia ketika itu.
“Rindulah kat awak.” Bisiknya sambil kepala
dirapatkan ke telinga gadis itu. Tidak terlalu dekat tetapi cukuplah untuk
suaranya didengari,
Dahlia tersentak. Dan akibat terlalu terkejut,
sekali lagi dia jatuh terduduk. Kali ini di atas rumput pula.
“Lia!” Nazril bingkas bangun dan duduk
mencangkung di hadapan gadis itu. “Awak ni cuailah. Kalau saya tak ada nanti
macam mana?” bebelnya dan lengan gadis itu yang beralas blouse lengan panjang
terus ditarik untuk berdiri.
Dengan riak tersipu-sipu, Dahlia tersengih.
“Terrrrrjatuh.”
“Saya baru cakap rindu. Kalau saya cakap I
love you?” Nazril jungkit-jungkitkan kening.
Dahlia tergamam. Tubuhnya terasa longlai
semula. Baru sahaja dia ingin rebah lagi, cepat sahaja Nazril memaut tangannya
sambil tergelak. “Lia…Lia…” kepala digeleng.
Malu ditertawakan begitu, tangannya yang masih
di dalam pautan Nazril segera ditarik dan lelaki itu dijeling.
“Duduk..” suruh Nazril dan dia terus duduk.
Dahlia akur dan ikut duduk.
“Minggu depan birthday Lia kan?” Nazril
menyambung bicara.
Senyap.
“Naz ambil Lia dekat rumah. Kita dinner
sama-sama malam tu.”
Dahlia masih diam tak bersuara. Hanya matanya
sahaja yang terkebil-kebil memandang Nazril di sebelah.
“Heiii…” hujung tudung Dahlia ditarik.
Perlahan. Penat dia bercakap sedari tadi tetapi Dahlia hanya buat muka blur di
situ.
“Hurmmm… okey.. boleh..mana-mana ajelah.”
Teragak-agak Dahlia membalas. Kenapalah dengan dia sekarang? Cuba jangan jadi
macam orang bodoh sangat Lia! Marahnya kepada diri sendiri.
Sekali lagi tawa Nazril terhambur.
Lia…Lia…comel sangat muka tu. Bisik hatinya.
“Okey, saya ambil awak pukul 8.30 malam ya.
Pakai lawa-lawa. Saya ada sesuatu nak beritahu awak malam tu.” Senyum terukir
pula. Lebih manis dari biasa.
Tidak menjawab, Dahlia hanya mengangguk
sahaja. Melihat senyuman Nazril, terus kelu bibirnya hendak bersuara. Debaran
di dada juga tiba-tiba terus lari dari rentaknya. Haish! rosak kau ni Lia!
******************************************************************************
Telefon bimbit di tangan direnung. Bukan baru
seminit dua tetapi sudah hampir satu jam dia begitu. Dahi pula sudah mula
berkerut semakin dalam.
"Mana Nazril?" Soalnya dalam hati.
Sejak malam tadi telefon lelaki itu cuba dihubungi tetapi jawapannya tetap
sama. Talian diluar kawasan. Nazril ke mana? Bukankah mereka sudah berjanji
untuk bertemu malam ini untuk meraikan hari lahirnya yang ke 25 tahun? Nazril
terlupa atau sengaja hendak mengenakannya? Mengenali lelaki itu dia tahu Nazril
tidak pernah serius. Tetapi sejak kebelakangan itu, Nazril sudah banyak
berubah.
Dari duduk, dia terus bangun nak berjalan
menuju ke cermin kaca di ruang tamu. Pandangan dibuangkan keluar untuk melihat
sekiranya kereta Myvi Kuning lelaki itu ada di luar. Hampa!
Nombor telefon Nazril di dail lagi. Masih
jawapan yang sama dan keluhan kecil dilepaskan.
"Kalau awak tak nak sambut hari lahir
saya bersama, tak perlulah awak melarikan diri macam ni. Lagipun awak yang
berjanji!" Ucapnya kecewa dan terus berbaring di sofa. Langsung tidak
menghiraukan pakaian dan tudung yang sudah tersarung kemas di tubuh. Sedang
leka melayan perasan kecewa, dia terus terlelap.
"Happy birthday sayangku Lia."
Terdengar sayup-sayup ucapan itu di
telinganya, Dahlia tersentak dan terus terbangun. Jam dipergelangan tangan
dikerling. Tepat jam dua pagi. Entah kenapa, tiba-tiba hatinya terasa sesuatu.
Rasa berdebar, cemas dan takut. Telefon bimbit yang terletak elok di atas sofa
dicapai dan terus disentuh skrinnya. Kosong. Tiada miss called ataupun mesej
yang diterima. Nafas dihela dan tidak menunggu nombor telefon Nazril di dail.
Ada deringan. Lama dia menunggu tetapi tidak bersambut. Di dail lagi dan
akhirnya panggilannya berjawab.
"Assalamualaikum." Ucapnya
perlahan.
Salamnya dijawab tetapi kenapa suara
perempuan? Dada sudah mula berdegup laju. Isteri Nazril kah? Habis! Mesti
perang besar Nazril nanti. Eh! Tapi Nazril kan belum berkahwin?
"Saya....saya..." ucapnya
teragak-agak.
"Dahlia, kan?"
Tergamam, suara terus tidak keluar dari
kerongkong. Macam mana perempuan itu tahu namanya? Ya Allah, Lia tentulah tahu.
Dah sah-sah nama kau akan tertera di skrin telefon Nazril.
"Ini Dahlia kan?" Perempuan itu
bertanya lagi.
"Ermmm..ya..ya...saya."
"Naz tak ada tapi dia ada tinggalkan
sesuatu untuk Lia."
Senyap lagi. Apa maksud dia, Naz tak ada? Naz
pergi mana? Soalnya bingung.
"Ermmm...Naz tak ada kemana?" Dada
berdegup lagi.
"Macam ni, esok pagi saya pergi
rumah Lia. Saya nak pergi malam ni tapi kami masih sibuk. Saya jumpa Lia esok
ya." Suara perempuan itu tiba-tiba bertukar sayu.
Dahlia semakin bingung namun dia akur.
"Okey, tahu rumah saya dekat mana?"
"Tahu.."
“Okey, saya tunggu.”
******************************************************************************
"Saya, Nadrah. Adik Nazril. Adik paling
bongsu."
Dahlia angguk dan bersalaman dengan gadis yang
muda hanya 3 tahun darinya itu. Gadis cantik yang lengkap berjubah
berwarna hitam itu dipandang. Tak
berkelip.
"Naz mana? Dari semalam saya cari dia.
Saya call dia pun dia jawab." Dia terus bertanya.
Tiba-tiba Nadrah terus menangis.
Teresak-esak.
"Nadrah." Dahlia bungkam. Dalam
keadaan teragak-agak, bahu gadis itu diusap. “Kenapa ni?” soalnya. Perlahan.
"Abang dah tak ada!" Tangisannya
terhambur lagi. Lebih kuat dari tadi.
“Maksudnya?” soalnya tidak mengerti.
“Abang dah tak ada, kak Lia.” Nadrah membalas
dalam esakan.
Dahlia terkaku. Air mata yang tidak tahu dari
mana datangnya terus tumpah.
"Abang sakit teruk pagi semalam. Dia kata
dia dah tak mampu nak bertahan lagi. Dia kata dia rasa sakit sangat..."
Kata-kata Nadrah terhenti. Air matanya semakin laju menitis ke pipi. "Dah
dekat setahun abang berperang dengan cancer dan semalam abang terus rebah. Kami
dah cuba buat bermacam-macam untuk selamatkan abang tapi Allah lebih sayangkan
abang dan dia meninggal selepas asar dalam keadaan yang sangat tenang."
Cerita Nadrah lagi.
Dahlia terus terduduk. Dia cuba untuk
melepaskan esakan tetapi suaranya tersekat. Hanya air matanya sahaja yang laju
membasahi pipi.
"Abang tinggalkan ni untuk awak."
Nadrah hulurkan satu beg kertas di tangannya.
Dahlia mendongak dan huluran Nadrah di sambut
dengan tangan terketar-ketar.
"Saya pergi dulu." Ucap Nadrah dan
terus beredar.
Sebaik Nadrah hilang dari pandangan, beg
kertas yang dihulurnya tadi terus dibuka. Satu kotak hadiah yang sama seperti
pemberian Nazril 3 bulan lepas dikeluarkan dan air mata menitis lagi. Di saat
itu juga kata-kata Nazril ketika itu terngiang-ngiang di telinga.
"Kalau sampai
waktunya nanti saya tak sempat jumpa awak dan berikan hadiah ni macam
mana?"
"Naz..." ucapnya sayu bersama
titisan air mata.
Isi di dalam beg kertas tersebut dilihat. Sepucuk
surat dan seekor patung beruang memeluk sebentuk hati berwarna merah
dikeluarkan. Tidak menunggu surat tersebut terus dibuka dan mula dibaca.
Assalamualaikum
sayangku Dahlia,
Seorang perempuan yang
cantik dan lembut seindah bidadari...
Lia, kali pertama mata
saya terpandangkan Lia, saya sudah jatuh cinta. Hati saya terpaut dengan
ketulusan hati dan senyuman manis yang selalu Lia pamerkan.
Sejak kita kenal, hati
saya begitu teringin untuk memiliki Lia. Mengucapkan kata-kata cinta supaya Lia
tahu apa adanya di dalam hati saya. Tapi kata-kata itu tak mampu untuk saya
ucapkan kerana saya bukan selayaknya untuk memiliki Lia.
Lia, semakin hari saya
rasa masa saya semakin hampir. Saya cuba bertahan tetapi saya dah tak mampu.
Sakitnya tak tertanggung Lia. Demi tuhan, saya rela kalau dia ambil nyawa saya
sekarang tapi...saya masih berharap sebab saya ingin terus bersama Lia. Saya
tahu itu impian yang sia-sia kerana ianya takkan mungkin mampu saya
gapai.
Maafkan saya kerana
gagal memenuhi janji saya. Lagi dua hari tarikh harijadi Lia tapi saya sudah
terlantar lesu diperbaringan. Maafkan saya, Lia....saya cuba untuk kuatkan diri
tapi penyakit yang ada ditubuh saya tidak mengizinkan... apa yang mampu saya
lakukan hanyalah menyampaikan ucapan bisu untuk tatapanmu, sayangku Lia..
Selamat hari lahir,
Dahlia... aku cintakan kamu malah terlalu cinta....
Andai aku rebah dan
tidak bernyawa lagi, ketahuilah cintaku ini akan ku bawa hingga ke akhir
nyawa...
Sehabis membaca bingkisan tersebut, tangisan
Dahlia terus terhambur. Kuat.
"Naz!" Raungnya dengan sekuat
hati.
No comments:
Post a Comment