PROLOG
“Can you do it a little bit faster? I’m
running out of time,”
Terdengar bebelan dari seorang pelanggan
yang sedang menunggu giliran makanannya diambil oleh salah seorang pekerja di
situ, Ikmal terus menoleh. Melihat gadis yang berambut perang itu sudah menarik
muka bengang kerana lama menunggu Ikmal terus berjalan menghampiri gadis
tersebut.
“Excuse me, can I help you,” soalnya
sopan.
Gadis itu terus berpaling dan memandang Ikmal
hairan. Berkerut dahinya memandang lelaki di hadapannya itu.
“I’m working here,” faham dengan cara
pandangan gadis itu Ikmal memperkenalkan diri.
“Oh okay,” pendek gadis itu membalas.
“I want 6 pcs of that durian’s crepe and
a dozen of that mini pavlova. Can you take it for me? I’m in a hurry,” sambung
gadis itu lagi sambil jarinya ditunjukkan ke arah makanan yang diingininya.
Ikmal mengangguk dan terus berjalan memasuki
ruang ke kabinet kaca yang diletakkan berbagai jenis pastry itu. Dua kotak
plastik diambil. Durian crepe dan mini pavlova yang diminta diambil dan di
letakkan ke dalamnya. Kemudian dia terus menuju ke kaunter bayaran dan
menekan-nekan mesin tunai di hadapannya.
“Sixty three ringgit,” tutur Ikmal
sambil menancap pandang ke arah gadis di hadapannya itu.
Gadis itu mengangguk sambil jemarinya mula
mencari-cari sesuatu di dalam beg sandangnya. Apabila barang yang di cari tiada
di dalam beg itu, gadis itu mendengus perlahan.
“I’m sorry, I’ve to call my friend. I
left my wallet in the car,” tuturnya perlahan dan dengan wajah yang sudah
berubah riak.
Ikmal tersenyum dan mengangguk. “It’s
okay. Take your time,”
Gadis itu mengangguk lagi kemudian
telefon bimbit di dalam begnya diambil dan ditekan-tekan. Dia beralih tempat ke tepi
sedikit dari tempatnya berdiri tadi untuk memberi ruang kepada pelanggan lain
membuat bayaran.
Ikmal hanya memerhati sahaja apa yang
dilakukan oleh gadis itu sambil sesekali melayan pelanggan yang hendak membuat
bayaran di hadapannya itu.
“Hello Lia, boleh tak hantarkan wallet I
ke sini. I lupalah nak bawa tadi,” tutur
gadis itu perlahan tapi boleh didengar dengan jelas oleh Ikmal di tepinya.
Ikmal berpaling. Mendengar gadis itu
fasih berbahasa melayu Ikmal sudah memandangnya hairan. Melihat dari raut wajah
gadis itu dia amat pasti sekali gadis itu bukanlah orang melayu walaupun sudah
ramai gadis-gadis melayu yang berambut perang dan bermata biru sekarang. Malas
untuk menyibuk atau mengambil tahu, dibiarkan saja persoalan itu menerobos
mindanya.
Setelah hampir sepuluh minit menunggu
tiba-tiba gadis itu tersenyum apabila terpandangkan sahabatnya memasuki ruang
café tersebut.
“Sorry Lia, susahkan you,” perlahan
Nigina bersuara sebaik sahabatnya itu menghampirinya.
Gadis itu tersenyum. “It’s okay Gina.
Ini wallet you,”
“Thank you,” wallet yang dihulurkan oleh
sahabatnya itu diambil dan dia terus ke
kaunter bayaran semula.
“Sorry, keep you waiting,”
“Tak apa,” pendek Ikmal membalas.
Sengaja membalas dengan bahasa ibunda, bahasa melayu. Note seratus ringgit yang
dihulurkan oleh gadis itu diambil dan dipulangkan bakinya.
“Crepe dan pavlova awak,” tutur Ikmal
lagi. Bungkusan ditangannya dihulurkan kepada gadis itu.
“Thank you,” balas Nigina perlahan dan terus
mengambil plastik yang dihulurkan oleh
Ikmal sebelum beredar dari situ.
“Budak melayu ke tu bos? Saya ingatkan
minah saleh mana tadi. Speaking London bukan main lagi tapi memang cun lah,” tegur
salah seorang pekerja Little Pastry Lover’s Café itu sambil berdiri betul-betul
di sebelah Ikmal. Matanya masih lagi tancap memandang ke pintu.
Ikmal memandang pekerjanya itu sambil
tersenyum nipis.
“Tak payah nak menyibuk hal orang, pergi
buat kerja,” tingkahnya perlahan sambil menepuk lembut hujung cap yang dipakai
oleh pekerjanya itu sehingga menutup sebahagian mata lelaki itu dan terus
berlalu menuju ke pantry.
Budak lelaki itu sudah tersengih apabila
ditegur begitu sambil membetulkan cap di atas kepalanya itu.
Bila nk mula neh? Jeng3
ReplyDeletehurmmm...entahlahhh bila nak dimulakan kisah BLIP ni... hehehe
Delete