Prolog
Senyum ditabur lepas. Manis malah
rasanya lebih manis dari madu. Tubuh pula sudah meliuk lentuk agak manja cuma
tidak bertukar menjadi kucing parsi yang suka bergesel-gesel minta perhatian.
Zahin yang sedang leka memilih gelang emas di sebelahnya dipandang. Sebenarnya
bukan Zahin yang dipandang tetapi gelang yang berderet-deret di hadapan Zahin
yang menjadi perhatian. Lebih mengujakan apabila memikirkan salah satu dari
gelang tersebut bakal tersarung dipergelangan tangannya. Itu belum lagi dia
merengek-rengek manja. Rasanya tentu lebih dari satu anak tauke balak di sebelahnya
itu sanggup belikan. Tetapi Nur Jannah
Zahra tidak perlu jadi perempuan mengada kerana dia sendiri memang punya
persona. Siapa yang memandang pasti tergoda.
Perasan! Ya tahap perasannya memang sudah sampai tahap dewa! Gelaknya
dalam hati.
“So dear, you nak yang mana?” Zahin
buang pandang ke sebelah. Dua bentuk gelang tangan yang berada di kiri dan
kanan tangannya ditunjukkan kepada Nur Jannah. “I think better you yang pilih
sebab you yang akan pakai nanti.”
Senyum riang hanya mampu dipamer di
dalam hati sahaja sedangkan kalau boleh dia mahu bersorak gembira di situ. Satu
lagi aset bernilai yang bakal tersimpan di dalam peti barang-barang
perhiasannya.
“Mahallah you. Tak payah belilah
kut.” Tolaknya bersama gelengan sambil muka dicemikkan. Ehem! sebenarnya dia
sengaja buat jual mahal. Alaa..dia tahu sangat, walau dia menolak beria macam
mana pun Zahin pasti akan belikan juga. Tengoklah kalau tak percaya.
“Dear, gelang ni bukan mahal sangat
pun. You lagi mahal dari barang-barang ni semua tau.” Zahin mula bermanis
mulut. Baginya perempuan-perempuan seperti Nur Jannah tiada apa yang diingini
mereka kecuali ditaburkan dengan kemewahan. Dan dia pula bukannya bodoh untuk
menilai apa yang gadis itu inginkan.
“Tapi sayang...”
“No dear, this is my present to
you. ” Zahin masih berkeras.
Nur Jannah senyum lagi tapi senyum
yang disimpan dalam hati. Bukankah dia dah kata. Tolak macam mana pun rezeki
memang milik dia. Kalau sudah masuk ke tempat-tempat macam itu memang WAJIB dia
akan menerima sesuatu sebagai habuan. Bukan setakat Zahin tetapi ‘boy friend’
yang lain pun sama juga. Itu untungnya jadi seorang Nur Jannah Zahra!
“You yang paksa I tau..” mata
dilirikkan manja.
Zahin tersenyum. “Pilihlah yang
mana-mana you suka.” Bisiknya. Tangan sudah melengkar di pinggang gadis tinggi
lampai disebelahnya itu. Kemudian tubuh langsing itu ditarik rapat ke arahnya.
Terasa geli diperlakukan begitu,
Nur Jannah tegakkan tubuh. Itu yang dia tidak suka. Bila diberikan sesuatu,
tangan Zahin akan selalu terlajak parking. Gatal!
“I nak yang ni.” Tangan Zahin yang
sedang elok melengkar di pinggangnya ditarik dan gelang tangan tersebut
diletakkan di tapak tangan lelaki itu. Dia memang sedikit ‘mengoda’ tetapi dia
bukan jenis perempuan yang ‘murah’ untuk disentuh dengan sesuka hati.
“Good choice. I pun suka yang ni.”
Zahin kenyitkan mata. Walaupun tahu Nur Jannah sengaja menolak dari dipeluk
tetapi dia tetap beriak selamba. Sabar...lama-lama dia akan dapat juga!
Desisnya.
Nur Jannah meleret senyum. Lebar.
Tentulah pilihan yang baik, hampir lima ribu harganya. Nasib kaulah Zahin.
Bisiknya dalam hati. Lelaki yang bernama Zahin itu agak kacak orangnya,
penampilan memang kemas. Tapi yang dia tidak berkenan dengan perangai lelaki
itu cuma perangainya yang sedikit liar. Kadang-kadang jemarinya selalu tersasar
ke tubuhnya. Puas jugalah dia hendak menepis setiap masa. Kalau diikutkan
hatinya, lama lelaki yang bernama Zahin itu ditinggalkan tetapi apabila
memikirkan lelaki itu ‘berduit’ dan
sikap ‘pemurahnya’, diteruskan sahaja perhubungan yang tidak-tahu-hala itu.
Biarlah dulu, apabila sikap Zahin sudah terlebih berani nanti dia blah
sahajalah. Rasanya Zahin pun tentu tidak akan hairan kalau setakat perempuan
macam dia. Duit yang sudah dilaburkan tidak akan buat lelaki itu jatuh miskin pun.
“Thank you sayang.” Bisiknya manja.
Zahin hela nafas. Macam manalah
hatinya tidak tergoda habis-habisan dengan Nur Jannah. Senyumnya saja bisa
bikin hatinya jatuh bergelimpangan. Bicara manjanya selalu membuatkan nafsu
jantannya, membara!
“I take this one.” Gelang di
tangannya dihulurkan kepada salesgirl di hadapannya. “You nak terus pakai ke?”
pandangannya dibuang ke arah Nur Jannah pula.
Perlahan Nur Jannah gelengkan
kepala. Kalau diikutkan hatinya memang dia hendak terus sahaja pakai. Bangga
gila kut pakai barang mahal macam tu tetapi oleh kerana tidak mahu dikatakan
berlebih-lebih dia terus geleng kepala. "Later." balasnya sepatah.
Zahin anggukkan kepala. “Wrap it
nicely.” Suruh Zahin pula sebaik mata terarah kepada salesgirl itu semula.
Melihat gelang yang berkilau-kilau
apabila terkena cahaya lampu itu, hati Nur Jannah sudah rancak menyanyikan lagu
kegemarannya.
Mahu berkahwin dengan orang kaya
Yang boleh belikan aku apa saja
Mahu lebih bergaya darimu
Wang ringgit dan dollar itu bukan
isu
Sambil menyanyi, hati juga turut
berkompang bukan main hebat lagi. Apa tidaknya, gelang emas berharga lima ribu
ringgit bakal tersarung di pergelangan tangannya. Yuhuuu...bertuahnya kau Nur
Jannah Zahra!
baru baca prolog dah rasa cam best....
ReplyDeletetq.. harap2 pun best sampai ke penghujung cerita.. :)
DeleteDgn siapa jannah ni nantinya??
ReplyDeletehaaa..yg tu kena baca kak.. :)
DeleteDgn siapa jannah ni nantinya??
ReplyDeleteOh...menarik...
ReplyDeletetq.. :)
Deleteacctually saya tertarik nk baca kesemua cerita .... Saya dah lama tak beli novel. mcmane nk dptkan novel ni ?
ReplyDeleteterima kasih Faizah tetapi karya ni masih belum diterbitkan lagi.. :)
DeleteHi Ameera Ameer,
ReplyDeleteI love ur novel. skrg i tengah cari novel u yg tajuk "cintai aku untuk sekali lagi" tapi tiada di kedai buku.. any suggestion mcm mana i nak beli buku ini. really appreciate.
Hi Azie, :)
DeleteTq suka karya2 saya. really appreciated it.. Actually Cintai Aku...Untuk Sekali Lagi belum diterbitkan lagi. Insya-Allah mss CAUSL sedang diusahakan untuk disudahkan.. tq ya di atas pertanyaan. :)