Followers

Wednesday 29 August 2012

Dicintai atau mencintai....Bab 5


             
“Kau pergi dengan siapa ni Qyra?” soal Amni bila dilihatnya Qyra sudah bersiap-siap dengan luggage sewaktu masuk ke pejabat tadi.

            “Encik Fahmi,”

            “Take care tau. Kau pergi berdua aje dengan dia tu,” tutur Amni dengan nada  suara yang seakan risau saja bunyinya. Air mukanya juga nampak cuak sangat ketika itu.

            Qyra mengangguk saja. Tapi betul juga cakap Amni. Dia pergi berdua saja dengan Fahmi. Jauh pula tu. Kalau jadi apa-apa tiada siapa yang tahu. Sebenarnya dia pun cuak juga tapi dia kena berfikiran positif demi Gemini. Think positive Qyra, think positive. Lagipun kau nak takut buat apa, kalau dia buat apa-apa kat kau kasi karate sama dia. Tak guna ada tali pinggang hitam kalau tak reti nak mempertahankan diri. Bisiknya di dalam hati.

            “Cik Qyra, wakil dari Multi Bina dah tunggu cik di luar,” Nani yang tiba-tiba muncul di muka pintu bersuara.

            “Okay, thank you Nani. Sekejap lagi I keluar,” balasnya dan terus bangun dari duduknya. Luggage yang diletakkan di sebelah sofa ditarik. Amni mengekor di sebelah.

            Sampai saja di luar langkah Qyra terhenti. Kenapa pula mamat ni yang ada dekat sini ni. Bisiknya di dalam hati sambil matanya tajam memandang ke arah Zariq Azyraf di hadapan. Oh my! Habislah! aku kena pergi dengan dia ke? Soalnya lagi. Semakin resah dia di situ. Tadi risau sebab kena pergi dengan Fahmi tapi sekarang ni lagilah dia risau sebab kena pergi dengan mamat ni.

            Zariq Asyraf sudah tersenyum memandang ke arah Qyra yang sudah terkaku di hadapannya. Kalau diikutkan memang Fahmi yang kena pergi tapi disebabkan dia juga hendak melihat sendiri keadaan chalet di sana jadi tak salah rasanya kalau dia yang pergi. Bukannya lama pun setakat sehari semalam saja. Kalau dia sendiri yang pergi, sekurang-kurangnya Qyra akan dapat gambaran sebenar apa yang dia mahu dan apa yang perlu dia buat nanti.

            “Tak jadi nak pergi ke?” soal Zariq selamba bila dilihatnya Qyra tidak bergerak dari tempatnya berdiri tadi.

            Amni menyiku tangan Qyra. Qyra tersentak bagai baru tersedar dari lamunan.        Sorry, but I thought...” tutur Qyra teragak-agak.

            “Fahmi? Dia tak jadi pergi so I gantikan dia,” belum sempat Qyra menghabiskan ayatnya Zariq sudah terlebih dahulu mematikan kata-katanya. 

            Qyra mengangguk saja. Dia pun tiada pilihan lain selain mengikut saja. Luggage nya diangkat oleh pemandu Zariq dan terus dimasukkan ke dalam bonet. Selepas mengenalkan Amni dengan Zariq mereka pun terus berlalu dari situ. Dalam hati dia sudah berdoa semoga tiada apalah yang berlaku sepanjang mereka di sana nanti.

            Qyra menjeling lelaki di sebelahnya itu dengan ekor matanya. Sepanjang perjalanan, dia merasakan nafasnya sempit sekali. Terasa bukan main susah lagi dia hendak bernafas. Kereta yang luas tu pun terasa kecil saja. Lelaki di sebelahnya itu pula asyik sibuk menjawab panggilan telefon sedari tadi. Nasib baik, jadi tiada ruang untuk mereka beramah mesra. Beramah mesra?...Ohh please lah! Bisik Qyra lagi.

            “Dah lama ke couple dengan Azmin?” tiba-tiba Zariq bersuara setelah menyepi sedari tadi tetapi matanya tidak memandang langsung ke arah Qyra. Senyap. Tiada jawapan. Zariq mengerling ke arah Qyra di sebelah. Dilihatnya Qyra sedang leka memandang keluar. Zariq berdehem beberapa kali bila soalannya tidak dipedulikan.

            Mendengar Zariq berdehem kuat Qyra terus berpaling. “Kenapa?” soal Qyra kehairanan.

            “I cakap dengan you tadi you tak dengar ke?” soal Zariq sinis. Kuat berangan betul!

            “You cakap dengan I ke tadi?”

            “Ada orang lain lagi ke dalam kereta ni?” soal Zariq lagi sambil menjeling sekilas ke arah Qyra. Aku cakap dengan kau lah habis tu dengan siapa lagi. Bebel Zariq di dalam hati.

            “Your driver tu bukan orang ke?” bidas Qyra pula. Menyampah betul! Main jeling-jeling orang pulak tu. Aku tahulah kau tu hensem kalau jeling-jeling macam tu. Ish-ish, ke situ pulak otak kau memikir ye Qyra.

            Mendengar kata-kata Qyra, Zariq terus terdiam. Kepalanya digelengkan perlahan. Kenapalah dia bodoh sangat. Tak pasal-pasal dah kena.  

            “Okay..okay...I tanya you tadi, you dah lama ke couple dengan Azmin?” Zariq mengulang semula soalannya, malas hendak bertelagah dengan gadis di sebelahnya itu.      “Urusan I dengan Azmin ada kena mengena dengan you ke?” soal Qyra sinis. Tapi suaranya agak lembut sedikit dari tadi. Terus pandangannya dihalakan keluar. Malas hendak melayan mamat di sebelahnya itu.

Zariq memandang ke arah Qyra dengan dahi berkerut. Memang bukan urusan dia tapi Azmin tu kan adik dia so ada jugalah kena-mengena dengan dia. Apahal lah dengan minah sebelahnya ini, tak boleh ditanya langsung! Tingkahnya di dalam hati. Geram. Perempuan macam ni yang kau buat girlfriend Az. Malanglah nasib kau. Bebelnya pula. Tingkahnya lagi. Sudah malas hendak mengeruhkan lagi suasana Zariq pun turut berdiam diri sepanjang perjalanan tersebut.

            “Kita akan stay dekat mana nanti?” soal Qyra sebaik saja mereka sampai di tol Kuantan. Sebenarnya perkara itulah yang merunsingkan fikirannya dari mula mereka bertolak tadi. Dia tak kisah pun kalau kena stay di mana-mana. Kalau kena tanggung kos penginapan itu sendiri pun dia tak kisah lagipun dah memang begitu selalunya.

            “Sorry, you cakap dengan I ke?” soal Zariq pula seolah mahu memulangkan paku buah keras kepada  Qyra. Bengang dengan sikap Qyra tadi masih tak hilang lagi.

            “Tak, I cakap dengan driver you,” balas Qyra selamba. Mengada-ngada. Dah tentulah aku cakap dengan kau sengal. Dengusnya di dalam hati.

            Padan muka kau Zariq kan dah kena lagi. Bisiknya di dalam hati. Berdepan dengan gadis di sebelahnya ini memang  menguji kesabaran betul. Tak boleh salah cakap kalau tidak memang kena potong hidup-hidup.

 

 

Sebaik sampai saja di Cherating Zariq terus mengarahkan Pak Ali, pemandunya menuju ke rumah persinggahan keluarganya. Qyra di sebelah hanya mendengar saja. Cuak betul hatinya. Tak kanlah dia hendak stay berdua saja dengan Zariq di rumah tersebut. Aduhai....stress aku dengan mamat ni. Bisiknya di dalam hati.

            “Boleh tak you hantar I di mana-mana hotel berdekatan dengan chalet you tu? I rasa tak eloklah kalau kita stay dalam satu rumah,” perlahan saja Qyra bersuara setelah penat sedari tadi asyik memikir sendiri. Tak nak lah stay berdua dengan mamat ni. Tak boleh….tak boleh sebab mereka bukan muhrim. Kena tangkap basah naya aje nanti.

            Zariq memandang ke arah Qyra sambil tersenyum seolah-olah mengerti apa yang sebenarnya bermain difikiran gadis itu. “Don’t worry, auntie I ada. Dia memang stay di situ. For sure kita tak akan berdua di situ. I pun tahu takut juga. Nanti tak pasal-pasal I kena kahwin dengan you pulak,” selamba Zariq bersuara.

            Qyra terdiam. Satu jelingan maut diberikan kepada lelaki di sebelahnya itu. Sesuka hati kau je buat statement macam itu. Ingat aku nak kahwin dengan kau ke!  jeritnya di dalam hati.  Geram!

Tidak sampai sepuluh minit mereka sudahpun sampai di sebuah rumah kayu dua tingkat yang diberi nama Villa Bahagia. Memang cantik. Senibinanya nampak klasik. Terpegun Qyra memerhatikan rumah tersebut. Sejak turun dari kereta tadi matanya liar memerhatikan kreativiti senibina rumah tersebut. Awesome! Bisiknya perlahan.

            “Assalamualaikum Cik Qyra, jemputlah masuk,” tiba-tiba Qyra ditegur oleh seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan 50an yang sudah berdiri tegak di hadapannya.

            “Waalaikumsalam,” sopan Qyra membalas sambil tersenyum dan terus tangan wanita tua itu disalami.

            “Marilah masuk,” pelawa wanita tua itu lagi.            

Qyra mengangguk sambil mengekor saja di belakang wanita tua tersebut. Begnya entah dimana entah. Mesti driver si Zariq Asyraf yang rajin tolong angkatkan. Lelaki itu  pun sudah tidak nampak batang hidungnya lagi. 

“Ini bilik Cik Qyra. Zariq dah suruh mak ngah siapkan dari semalam lagi,” tutur mak ngah lembut dengan senyuman tak lekang dibibir.

“Terima kasih mak ngah” tutur Qyra sopan dan turut sama melemparkan senyuman ke arah wanita itu.

“Cik Qyra berehatlah dulu sekejap lagi kita boleh makan tengahari. Mak ngah dah siap masak dah,”

Qyra hanya mengangguk saja. Sebelum mak ngah beredar sempat dia bertanyakan arah Qiblat rumah tersebut. Waktu ketika itu pun sudah pukul dua lebih jadi lebih baik dia bersolat dulu. Selesai solat Qyra terus keluar menuju ke ruang belakang rumah tersebut. Dia masih tidak puas hati selagi tidak melihat keseluruhan senibina rumah tersebut.

“Nak ambil ukuran rumah ni sekali ke?” soal Zariq tiba-tiba.

Qyra tersentak kemudian berpaling. Entah dari mana dia datang tiba-tiba muncul saja. Nasib baik aku tak ada sakit jantung kalau tidak mahu mati keras aku kat sini. Sudahlah dekat belakang ni sunyi je. Bebel Qyra di dalam hati. Kut ye pun bagi-bagilah salam dulu.  Bengang betul dia.

“Kalau Encik Zariq ada niat nak renovate rumah ni saya boleh ambil ukuran sekali,” tutur Qyra selamba.

Zariq sudah tergelak.  

“Just call me Zariq. Lagipun tak lama lagi kita akan jadi keluarga juga kan,” ucap Zariq  sambil merenung wajah gadis di hadapannya itu. Cantik walau tanpa secalit mekap pun di wajah. Patutpun Azmin terpikat. Desisnya di dalam hati.

Qyra masih leka memerhatikan rumah di hadapannya. Kata-kata Zariq tadi dibiarkan berlalu sepi.

“Senibina rumah ni memang cantik. Kerja-kerja pertukangannya juga kemas. Tak semua tukang kayu boleh buat kerja sekemas ini. I’m so impressed,” tutur Qyra lembut tetapi wajah Zariq langsung tidak dipandang.

Zariq pula masih lagi leka memandang ke arah gadis di hadapannya itu. Dia juga kagum mendengar kata-kata gadis itu, walaupun baru dalam bidang yang diceburinya tapi dia bijak menilai. Kata-kata seperti itu  juga pernah dicakapkan oleh Uncle Rashid kepadanya ketika mereka sekeluarga datang bercuti di situ. Uncle Rashid memang seorang arkitek terkenal dan merupakan sepupu papanya. Tiba-tiba Zariq teringat kata-kata Azmin tempohari.

“She’s very talented and committed with her work. You can count on her”

Sedang dia leka memerhati gadis itu, tiba-tiba Qyra berpaling ke arahnya dan tersenyum manis memandangnya. Zariq terkedu. Inilah pertama kali dia melihat Qyra tersenyum di hadapannya begitu sehingga menampakkan lesung pipit dipipi kirinya. Subhanallah, cantiknya mahluk ciptaanmu ini.  Bisiknya di dalam hati.

“Riq, Cik Qyra marilah makan dulu, mak ngah dah sediakan makanan,” sedang masing-masing leka di situ, tiba-tiba mak ngah muncul di belakang Zariq. Zariq tersentak dan berpaling.

“Mari makan dulu,” ajak mak ngah lagi bila keduanya masih terdiam tak bersuara.

Akhirnya Zariq menganggukkan kepalanya dan terus berjalan masuk. Qyra pula berjalan beriringan mengikut langkah mak ngah di sebelahnya.

“Makanlah Cik Qyra, masakan kampung aje ni. Ini semua makanan kesukaan Zariq,” ucap mak ngah sambil menyendukkan nasi kepinggan Qyra.

“Mak Ngah panggil saya Qyra saja, tak payah nak ber cik-cik dengan saya,” tutur Qyra sopan. Tidak selesa pula dipanggil begitu.

Mak Ngah mengangguk sambil tersenyum. “Dah lah makan,”

Qyra mengangguk.

“Mak Ngah marilah makan sekali. Dah lama kita tak makan sama-sama,” tiba-tiba Zariq bersuara.

“Mak Ngah dah makan tadi. Tak apalah, Riq makanlah dengan Qyra ya,” tutur Mak Ngah  lembut dan terus berlalu ke dapur semula. Memang dia sudah makan pukul satu tadi. Lambat sangat tunggu Zariq sampai jadi dia makan sajalah dulu.

Zariq mengangguk. Lauk ikan patin masak gulai tempoyak di hadapannya di senduk kemudian tanpa menghiraukan Qyra di sebelahnya dia terus menikmati hidangan di hadapan matanya ketika itu.

Qyra memandang lauk pauk di hadapannya. Ada pucuk ubi masak lemak, ikan patin masak gulai tempoyak, ayam goreng, ayam sambal dan ulam-ulaman. Qyra hanya mengambil kuah lauk pucuk ubi masak lemak dan ayam goreng saja. Lauk-lauk di hadapannya itu memang jauh dari seleranya tapi tak bolehlah nak banyak songeh lagipun dia kan di tempat orang jadi kenalah menerima apa saja seadanya.

“Tak makan ikan ke?" soal Zariq hairan. Tak kanlah makan itu saja.

“Tak makan ikan patin,” bukan tak makan tapi tak pernah makan sebenarnya. Biarlah seribu orang cakap ikan itu sedap tapi memang bukan seleranya. Lagipun dia memang jenis cerewet pasal makan. Ikan pun ikan tertentu saja yang dia makan.

“Rugi tau tak makan ikan sungai. Sedap. Cuba you rasa dulu,” selamba Zariq bersuara  sambil mencedukkan lauk ikan patin tersebut kemudian diletakkan ke dalam pinggan Qyra.

Qyra sudah mengetapkan bibir. Adik dengan abang sama saja. Bencilah! Dengusnya di dalam hati.

Nak tak nak terpaksa juga dia menelan makanan di hadapannya itu. Tapi baru sesuap nasi memasuki mulutnya, lidahnya sudah terasa hangat. Sepantas kilat air fresh orange di hadapannya dicapai.  Ya Allah pedasnya! Nak membunuh ke apa ni! jeritnya di dalam hati.

“Kenapa?” soal Zariq hairan. Bila melihat muka Qyra yang putih itu sudah bertukar menjadi merah lagilah dia pelik.

“Pedas ke?” soalnya lagi.

Qyra hanya mengangguk saja. Sudah tidak boleh bersuara ketika itu kerana lidahnya terasa macam terbakar. Segelas lagi air fresh orange diteguk. Mati seleranya secara tiba-tiba.

“Sorry, I tak tahu pun you tak boleh makan pedas,” tutur Zariq perlahan. Serba salah pula rasanya. Kalau bukan dia yang mengambilkan lauk ikan itu mesti tak akan jadi macam ini. Kesian pula bila dilihatnya Qyra sudah kepedasan di situ. Kalau dia memang tak kisah makan pedas sebab itu memang kegemarannya. Lagi pedas lagi dia suka.

Simpati melihat keadaan Qyra ketika itu, Zariq terus bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke dapur. Apabila dia kembali semula, dia sudah membawa pinggan di tangan. Disendukkan nasi dan diletakkan ke dalam pinggan itu kemudian diletakkan di hadapan Qyra. Pinggan nasi Qyra tadi dialihkan ke tempat lain.

Qyra melihat saja apa yang dilakukan oleh Zariq ketika itu. Tiba-tiba rasa terharu pula. Caring juga mamat ni rupanya. Bisik hatinya.

“Makanlah,” ucap Zariq lembut.

Qyra menggeleng. Memang seleranya dah tak ada. Tapi setelah dipaksa oleh Zariq, hendak tak nak terpaksa juga dia makan. Makan nasi berlaukan sayur pucuk ubi masak lemak dan ayam goreng saja. Memang macam budak-budak.

Zariq hanya tersenyum saja memandang ke arahnya. Senyuman yang  seakan mengejek!
Qyra hanya mampu menahan hati saja. Baru nak rasa touching tiba-tiba terus rasa sakit hati.

5 comments:

  1. hahahahahah.... agak2 apa yang akan terjadi lagi lepas nie.. pedas jgk qyra nie..

    ReplyDelete
  2. kakakaka.....baru nak rase touching ye qyra, takpe.. Zariq tu mesti akan jd lagi romantik nnt...caring, loving... 'nak ukur rumah ni sekali ker' hehehe....

    ReplyDelete
  3. awat lieyna n sue gelak... N3 ni kelakar ker??? adeslahhhh.... tapi Zariq tu adalah macam yang sue tu mention... ahaksss...

    ReplyDelete
  4. kate sweet n sour kan...hehehe, ade klakar sikit la kak..part qyra kate, baru nak rase touching tu...hihihi... oooh, tak sabar ye nak tggu zariq tunjuk bakat romantik,caring n loving dia tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...