Fathia menghulurkan
Frappucino di tangan kepada Zati kemudian note RM50 dikeluarkan dari dompetnya
dan dihulurkan kepada cashier di hadapannya itu. Sebaik sahaja menerima baki
bayarannya tadi, dia terus mengajak Zati mencari tempat duduk di luar premis
tersebut. Zati hanya mengekor sahaja.
“Kak
Tia balik bila?” soal Zati sambil membetulkan
duduknya. Beg sandangnya diletakkan di atas riba.
Fathia
meletakkan cawan espresso ke atas meja dan terus duduk menghadap Zati yang
sedang leka memandangnya. “Hari Jumaat ni Kak Tia baliklah,”
“Kak
Tia datang KL seorang ke?” soal Zati lagi.
Fathia
menggeleng. “Dengan officemate. Dia orang
jalan-jalan dekat dalam sana sementara Kak Tia
jumpa Zati,”
“Oh
okey. Kak Tia tinggal kat mana ni?”
“Vistana.
Dekat sikit nak pergi syarikat yang Kak Tia buat
audit tu. Zati datang dengan siapa ni?” soal
Fathia pula.
“Dengan kawan tapi dia orang pergi Watson cari barang sikit,”
Fathia
mengangguk. Beg tangannya terus dibuka. Sampul surat kecil dikeluarkan.
“Ini
duit dan barang yang Kak Ngah kirimkan,” sambung
Fathia lagi sambil menghulurkan sampul surat kecil tadi dan bungkusan yang
sederhana besar di tangannya kepada Zati di hadapan.
Zati mencapai
barang-barang yang dihulurkan. Sampul surat
kecil tersebut terus dimasukkan ke dalam beg sandangnya manakala bungkusan yang
sederhana besar itu di buka. Tiba-tiba dia tergelak.
“Kenapa?” soal Fathia hairan. Espresso yang baru dihirup itu
diletakkan semula.
“Kak
Ngah ni memang sengal,” balas Zati sambil tersengih.
Fathia semakin
hairan. “Kak Ngah buat apa pulak?”
Melihat kerutan
di dahi sahabat kak ngahnya itu, semakin lebar senyum Zati.
“Kak
Tia tengoklah apa yang Kak Ngah kirimkan,”
sambung Zati lagi sambil mengeluarkan Tupperware
sederhana kecil dari dalam bungkusan tadi. Kepalanya digelengkan perlahan. Dia
tahu Kak Ngahnya itu jenis prihatin tapi ini sudah prihatin melampau.
Melihat Tupperware yang ditunjukkan oleh Zati, Fathia turut
tergelak. Elly.Elly, takut sangat agaknya adik
kau tak makan sampai kau kirimkan sambal bilis kering pada dia. Mesti gigih kau
menyiapkan sambal bilis kering ni pagi tadi. Bisik Fathia dalam hati.
“Kelakar
betullah Kak Ngah ni,” bebel Zati lagi dengan
tawa yang masih bersisa.
“Itu tandanya dia sayangkan Zati. Mesti
bersusah payah Kak Ngah buat tu,”
“Ialah,
Zati tahu,” perlahan Zati membalas dan dengan
senyum yang masih terukir dibibir.
“Okeylah,
habiskan air tu. Kak Tia dah nak gerak ni. Member dah tunggu dekat depan sana,” perlahan Fathia bersuara sebaik menerima SMS dari Molly.
Tidak menjawab, Zati hanya mengangguk sahaja. Frappucino di
hadapannya diteguk sehingga habis.
“Dah
sudah?” soal Fathia perlahan. Wajah Zati
dipandang dengan senyum yang masih terukir dibibir. Melihat anggukan Zati,
Fathia terus bangun dari duduknya dan berjalan keluar dari premis tersebut.
Zati hanya
mengekor sahaja.
“Okay,
belajar rajin-rajin. Take care tau,” tutur
Fathia lembut.
“Zati
tahu kak. Terima kasih,” balas Zati sambil
menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Lepas
ni terus balik asrama jangan merayau tak tentu pasal,”
sambung Fathia lagi mengingatkan.
Sekali lagi Zati
menganggukkan kepalanya tanda mengerti.
“Okay
Kak Tia pergi dulu. Kawan Kak Tia dah panggil dah tu,”
“Kirim
salam dengan mak dan kak ngah bila Kak Tia balik nanti eh,”
Fathia
mengangguk dan terus berlalu meninggalkan Zati di situ.
“OkEy,
aku dah semak semua tuntutan bayaran yang kau majukan pada klien sebelum ni. Aku tengok pengiraan ada masalah
sikit lebih-lebih lagi bila ditukarkan pada factor. Banyak pengiraan yang
salah. Aku dah betulkan semuanya. So, kerja kau sekarang kumpulkan semua dokumen
sokongan berdasarkan item yang aku dah senaraikan,”
terang Azri panjang lebar sambil jemarinya ligat menunjuk-nunjuk ke arah kertas
di atas meja.
Juki di
hadapannya hanya mendengar sahaja. Sesekali kepalanya diangguk-anggukan tanda
mengerti dan dia akan menyampuk sekiranya ada perkara yang perlu diperjelaskan
lagi.
“Lagi
satu, kalau aku tengok dari apa yang kau dah tuntut setakat tuntutan nombor 20
dan VOP yang kau nak hantar ni, aku rasa klien dah terlebih bayar. Mungkin sebab tu, final
account kau ada problem. Sekarang terpulang pada
kau nak buat macam mana. Kalau kau nak buat adjustment pun aku rasa susah sikit
kut,” sambung
Azri lagi.
“Maksud
kau?”
“Jangan
terkejut kalau final account kau nanti bayaran yang kau tuntut berjumlah RM3
juta tapi yang tinggal tak sampai RM2 juta pun,”
Juki mengeluh
perlahan. Kepalanya digaru-garu. Masak kalau betul seperti apa yang Azri
beritahu tadi. Apa nak jawab dengan big boss nanti. Aduh pening dibuatnya. “Ri, tak boleh buat apa-apa ke?”
Baru saja Azri
ingin menjawab, tiba-tiba dia terdengar nama seseorang dilaung. Sepantas kilat,
dia terus berpaling ke belakang. Matanya tajam memerhati, mencari ke arah suara
dan pemilik nama yang dipanggil tadi. Tak nampak atau dengar apa-apa pun lagi.
Azri terdiam seketika. Rasanya dia mendengar dengan jelas nama itu disebut atau
dia sudah salah dengar? Soalnya dalam hati.
“Ri!” panggil Juki kuat. Bahu Azri ditepuk perlahan.
Tiba-tiba dia jadi pelik dengan kelakuan sahabatnya itu. Sudah beberapa kali
dia memanggil tapi Azri hanya buat bodoh saja di situ. Cuma matanya saja tajam
memerhati di luar restoran tersebut.
Azri tersentak.
Pandangannya di alihkan ke arah Juki semula. “Ha,
ada apa?” soal Azri kalut.
“Kau
apasal?”
“Aku?
Aku kenapa?”
“Kau
tengok apa?”
Azri menggeleng
perlahan, sedang dalam hati masih bersoal jawab
dengan berbagai persoalan. “Kau tanya apa tadi?”
“Aku
tanya, tak boleh buat apa-apa ke nak adjust claim ni?” Juki
mengulang semula soalannya tadi.
Azri terdiam
seketika. Bukan dia tidak tahu apa yang Juki soal sebentar tadi tapi perkara
yang bermain di kepalanya sekarang memerlukan jawapan dan kepastian.
“Ki,
aku nak tanya kau. Ada tak kau dengar seseorang menyebut nama Tia tadi?” tidak menjawab soalan Juki, Azri menyoal lelaki itu
semula.
Juki memandang
Azri tajam. Sudah berkerut dahinya mendengar soalan sahabatnya itu. “Tia mana pulak ni Ri?”
“Kau
ada dengar tak?” keras Azri menyoal. Banyak
tanya betullah.
Juki
menggeleng. “Macam manalah nak dengar Ri, ramai
orang kat sini. Bising pulak tu,”
Azri terdiam.
Macam mana Juki tak dengar kerana dia mendengar dengan jelas tadi nama Tia
dilaung. Tak mungkin dia jadi tak betul sebab sudah hampir seminggu pemilik
nama itu menyepi dari laman muka buku. Malah status-statusnya juga tidak
dikomen seperti selalu. Azri melepaskan keluhan berat. Tak mungkin aku dah
angau dengan Tia_the freak pulak. Aku bukannya kenal dia pun. Dibuatnya pemilik
nama tersebut adalah perempuan yang sudah berumur tak ke naya aku nanti. Kalau masih muda pun, entah-entah jenis yang
bersaiz XXL. Tak ke haru. Desis Azri dalam hati.
“Ri,
kau ni apa hal?”
soal Juki lagi semakin hairan melihat resah disebalik wajah sahabatnya itu.
Azri menggeleng. “Hurm.tak
ada apa-apalah,”
“Tia
tu siapa?” soal Juki lagi cuba mengorek rahsia.
Sahabatnya itu dipandang.
Azri mendongak. “Bukan sesiapa pun,”
malas-malas Azri membalas.
“Nampak kau pelik sangat ni. Tiba-tiba
sebut nama Tia pulak tu...”
“Tak
ada apalah. Okay, kita sambung hal kau tadi,”
potong Azri tidak mahu memanjangkan cerita tentang perempuan itu lagi. Kalau
Juki tahu mesti kena kutuk saja-saja nanti.
Juki mengangguk
walaupun masih belum berpuashati dengan jawapan Azri. Dia tahu pasti Azri cuba
menyembunyikan sesuatu. Tengok muka pun dah tahu.
“Aku
rasa apa yang boleh kau buat, cuba berurusan elok-elok dengan RE yang terlibat.
Buat adjustment kuantiti. Itu aje cara yang ada,”
cadang Azri sambil tersengih.
Juki mendengus
perlahan. “Gila kau. Bukan senang nak buat macam
tu Ri. Measurement semua dah disahkan macam mana nak buat adjustment lagi,”
“Kalau
macam tu tak ada pilihan lainlah. Buat adjustment pada tuntutan akhir tapi apa
sangatlah yang boleh adjust pun,” tambah Azri
bersungguh.
Juki mengangguk
dan terdiam lagi. Masalah besar ni. Rungutnya dalam
hati.
Azri sudah
tersengih melihat riak kebingungan sahabatnya itu. Kesian tapi memang tiada apa
pun yang boleh dilakukan. Nak menipu? Boleh saja tapi semua itu memerlukan
kepakaran.