Assalamualaikum dan selamat petang...
Entah kenapa rajin pulak lately ni dok bukak tutup blog walaupun without update any entry untuk e-novel2 yang dah lama terbiar....(bukak tutup blog memang no hal tapi nak nulis mmg banyak hal...hehehe)
Hari ni nak cerita pasal DAM...Dicintai atau Mencintai...karya ketiga saya dan bernaung dibawah syarikat penerbitan baru iaitu Karyaseni.....Alhamdulilah n tak sangka KS sudi menerbitkan karya yang tidak seberapanya ini... TQ KS... tq to all the KS teams... :)
Nak tahu my feeling? to be honest masa mula2 I dapat call dari one of the KS's staff n beritahu mss ai akan diterbitkan ai rasa macam blur kejap... otak tak leh nak proses especially masa tu ai tengah drive...agak kalut jugaklah n tak dan nak tanya macam2.... lepas letak telefon ai terus berhentikan kereta tepi jalan and take a deep breath sedang dalam otak dok fikir eh betul ke ni? betul ke ni? terujalah konon... kih3
N u know what...I semakin teruja sebaik KS email me the cover of the book... OMG! OMG! sangat2 cantik.... rasa macam nak lompat bintang masa tengok cover tu... very colourfull n sweet...ai sangat2 puas hati... okay disebabkan cover ni ramai yang dok kejar ai mintak coklat...so sorry guys sebab kilang coklat dah tutup....hehehee
Ketika pertemuan dengan rakan2 pembaca, ramai yang tanya macam mana ai dapat idea sehingga DAM berjaya dihasilkan....jawapan ai senang jer...hasil dari dok berangan hari2 ... (sengalkan penulis ni...hahahahaha)
Nak tahu tak siapa yang ai bayangkan untuk watak2 dalam DAM?...jom kita skodeng... kikikiki
This is the hero.....Zariq (sangat hensem kan?? Kalau u olls baca romantik terlebih tu sebab ai dah terlebih angau kat dia lah tu... hahahaa...) |
This is the heroin... Qyra (cun kan???) |
Watak2 lain...ha ini dia.... Azmin, Naja, Syed Amir yang mental , Iqbal yang cool dan Sarnia si gunting dalam lipatan.... watak mak bapak tu korang imejin ler sendiri... hehehe |
Gambar2 di atas itu hanya bayangan ai sebagai penulis untuk ambil mood lah katakan..... U olls blh bayangkan sesiapa sajer asal jangan bayangkan ai as heroin....sangat2 x sesuai hokey....hahahahhaaa.....
DAM ditulis dengan pelbagai rasa dalam hati... ada ketika ai senyum sengih sorang2...ada ketika ai rasa nak marah...n ada ketika ai menangis teresak2 (jadi penulis mmg beginilah keadaannya....dok meroyan sorang2...hehehe) nak tahu situasi apa dan ayat2 yang membuatkan airmata ai menitis ketika menulis karya ini? jom baca....
Ini situasi selepas hubungan percintaan Zariq n Qyra dilanda badai....
“I
rasa I kuat berdiri tapi sebenarnya I dah lama jatuh. I rasa I dah menang tapi
selamanya I adalah orang yang tewas. I rasa I berpunya tapi sebenarnya I masih keseorangan,” - Ketika Zariq meluahkan rasa kecewanya....
“Zariq, I selalu berharap walau harapan itu sudah
tiada. I selalu menanti walau I tahu penantian itu sia-sia. I cuba percaya
bahawa semuanya ini adalah mimpi walaupun hakikat yang sebenarnya inilah
realiti.....dan akhirnya I akan mendongak merenung langit sambil berdoa...Ya
Allah, kau kembalikanlah rasa itu, kau kembalikanlah sayang itu dan kau kembalikanlah lelaki itu kerana sesungguhnya
aku sangat mencintainya....” - Ketika Qyra melepaskan kelukaannya...
Tarik nafas dalam2 kerana menaip sambil lap2 airmata....sorry jiwa penulis ni memang kecik jer so sikit2 nak meleleh airmata... hehehe
Hari ini 30 Oktober 2013 maknanya sudah 2 minggu DAM dipasarkan... Alhamdulilah setakat ini banyak komen2 positif yang diterima mengenai karya ini....terima kasih.. terima kasih dan terima kasih... ucapan ikhlas dari hati kerana sudi memiliki karya yang tidak seberapanya ini... karya biasa dari penulis yang juga biasa2... jika ada yang baca n karya ini tidak menepati piawaian jiwa dan hati anda...harap diampun kerana jiwa kita berbeza... :)
Akhirnya...... ya akhirnya pengembaraan DAM menemui nokhtahnya.... doa saya semoga karya ini diterima seadanya....saya tak perlukan pujian setinggi bintang tetapi cukuplah sekadar apa yang tersurat n tersirat di dalam karya ini memberi sedikit pengajaran buat pembaca... yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya.... wallahualam....
Salam sayang dari saya....
Ameera Ameer @ Myra Ameer