Followers

Tuesday, 15 January 2013

Tolong cintai aku...untuk sekali lagi... Bab 3


Bab 3
"Morning Cik Lisa," tegur Anne sambil tersenyum manis memandang boss nya itu.
"Morning Anne," balas Mellisa lembut dan turut menghulurkan senyum.
Anne bangun dan  mengekor langkah Mellisa sehingga ke biliknya. Sebaik Mellisa duduk di tempatnya Anne bersuara semula. "Cik Lisa kena attend meeting pagi ni,"
Mellisa terus mendongak memandang Anne dengan kerutan di dahi.
"Meeting? Meeting apa?"
Anne mengangguk. "Datuk panggil meeting"
"Kenapa tiba-tiba?" soal Mellisa lagi semakin  hairan.
Anne mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Pukul berapa?" soalnya lagi.
"Sepuluh pagi,"
Mellisa menjeling jam di tangan sekilas kemudian mengangguk.
"Saya ada apa-apa appointment tak hari ni? Kalau tak ada saya nak ke pejabat Encik Ikram untuk bincangkan tentang resort di Sabah tu,"
Anne terdiam. Matanya ligat memerhati planner di tangannya.
"Tak ada Cik Lisa,"
Mellisa mengangguk. "Kalau macam tu, awak tolong call Encik Ikram beritahu dia saya akan ke pejabatnya pukul dua petang nanti," arah Mellisa lagi.
Anne mengangguk tanda mengerti dan terus keluar dari situ. Sebaik pintu biliknya ditutup, Mellisa terus menyemak fail di atas mejanya. Proposal resort di Sabah itu disemak sebelum pertemuan dengan Ikram tengahari nanti. Draf perjanjian yang diberikan oleh Ikram tempohari disemak satu persatu. Sedang dia leka membaca dan memeriksa draf perjanjian tersebut, intercom biliknya berbunyi.
“Yes Anne,”
“Cik Lisa, meeting dah nak start. Datuk dah sampai,”
“Oh okay, saya keluar sekarang,”
Talian intercom dimatikan. Mellisa terus bangun dari duduknya. Organizer di atas meja di capai dan dia terus berjalan menuju ke bilik mesyuarat.
“Morning Datuk, sorry I’m a bit late,” sapa Mellisa ramah sebaik sahaja dia melangkah masuk ke bilik mesyuarat tersebut. Wajah setiap orang yang berada di dalam bilik itu dipandang sambil menghulurkan segaris senyum.
“Morning Lisa, it’s okay and have a seat,” balas Datuk Zikri sambil tersenyum. Memang setiap kali bersua muka dengan pegawainya yang satu ini senyum lebar pasti terukir dibibirnya. Mellisa memang cantik orangnya. Kalau dilihat dari raut wajahnya, Mellisa seolah-olah anak hasil dari kahwin campur. Dia sendiri tidak pasti kerana tak banyak yang dia tahu tentang latar belakang gadis itu. Apa yang dia tahu sejak Mellisa mula bekerja di syarikatnya enam bulan yang lalu, Mellisa memang menjadi pujaan kakitangan lelaki di syarikatnya itu malah dia pun tidak terkecuali meminati gadis itu dalam diam. 
Mellisa mengangguk dan terus duduk. Pandangannya dilarikan ke hadapan. Terpandangkan Haiqarl yang turut sama memandangnya, Mellisa hanya menganggukkan kepalanya saja. Haiqarl pula hanya beriak biasa saja memandang ke arah gadis itu.
“Morning semua,” ucap Datuk Zikri memulakan bicaranya.
Serentak itu terdengar suara semua yang berada di situ membalas ucapan Datuk Zikri.
“Saya adakan mesyuarat pagi ini kerana saya ingin memaklumkan tentang perlantikan anak saya, Haiqarl Hazir sebagai pemangku CEO syarikat berkuatkuasa dari hari ini. Encik Haiqarl akan mengambil alih keseluruhan urusan syarikat apabila sampai masanya nanti. Jadi untuk permulaan, Encik Haiqarl akan bertanggungjawab ke atas semua urusan yang berkaitan dengan asset dan hartanah yang sedang di dalam perundingan. Jadi saya harap kamu semua dapat memberikan kerjasama dan tunjuk ajar kepada anak saya,” sambung Datuk Zikri lagi sambil matanya liar memerhati setiap wajah yang berada di hadapannya.  
Sekali lagi semua yang berada di situ mengangguk-angguk tanda mengerti.
“Bard, lepas ni tolong brief Haiqarl tentang semua urusniaga yang syarikat kita jalankan selama ini,” tutur Datuk Zikri lagi sambil matanya tajam memandang Pengurus Besar syarikat yang sedang duduk di sebelah kirinya itu.
“Baik Datuk,” balas Badrul sambil mengangguk.
“Cik Lisa, Haiqarl akan bantu you untuk urusan pengambilalihan resort di Sabah yang sedang you usahakan sekarang. Harap you berdua boleh bekerjasama dengan baik,” arah Datuk Zikri lagi sambil matanya memanah pandang ke arah gadis yang sedang duduk di sebelah kanannya itu pula.
Mellisa mengangguk. “Sure Datuk,” balas Mellisa sopan sambil matanya memandang ke arah Haiqarl di hadapannya.
Haiqarl sudah tersengih di situ. Nampaknya dia tak perlukan masa yang lama untuk menjinakkan gadis di hadapannya itu. Langkah sudah terbentang luas di hadapan mata  hanya terpulang kepada dirinya saja untuk mengambil semua peluang yang ada.
“I can’t wait for that moment Lisa” Bisik Haiqarl di dalam hati. 
Sudah berkerut dahi Mellisa melihat Haiqarl yang sudah tersengih di tempat duduknya itu.   



“Cik Lisa,”
Mellisa yang baru saja ingin melangkah masuk ke biliknya terus saja berpaling apabila terdengar namanya di panggil.
“Yes Encik Haiqarl. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soal Mellisa dengan kerutan di dahi.
“Boleh kita berbincang tentang projek yang you usahakan tu? I nak tahu details,”
Mellisa terdiam. Wajah Haiqarl dipandang tak beriak. Baru saja Datuk berikan arahan, dah tak sabar-sabar. Tak sampai setengah jam pun lagi. Bebel Mellisa di dalam hati.
“Oh okay, tapi boleh bagi I atleast ten minutes untuk I compile all the documents before I brief you,”
Haiqarl mengangguk. “Sure, why not,”
“Okay than, I’ll see you another ten minutes time,”
Sekali lagi Haiqarl  mengangguk dan terus beredar dari situ.
Mellisa juga terus saja melangkah masuk ke biliknya dan tanpa berlengah dokumen-dokumen berkaitan pengambilalihan resort di Sabah itu dibelek dan diambil satu persatu. Cukup semua yang diperlukan dia terus melangkah ke pejabat Haiqarl.
“Come in,” lantang Haiqarl bersuara sambil matanya masih tancap memandang ke skrin computer ribanya. Sedari tadi matanya galak memandang gambar-gambar model baru untuk iklan koleksi pakaian musin luruh yang di kirimkan oleh Charles melalui email sebentar tadi. Bila teringatkan kehidupannya ketika di Perancis dulu, senyuman semakin lebar terukir di bibir. Siapa yang tak suka kalau hidup dikelilingi dengan model-model jelita. Hidup macam disyurga saja rasanya. Kalau tak kerana mama sibuk menyuruhnya balik mesti sekarang ini  dia pun sedang berbahagia diulit model-model jelita tersebut.
“Encik Haiqarl, can we start?” soal Mellisa perlahan. Sedari tadi dia berdiri terconggok di situ tetapi lelaki di hadapannya itu bukan main leka lagi menghadap komputer ribanya sambil tersengih-sengih di situ. So irritating. Bisiknya di dalam hati.
Haiqarl tersentak dan segera berpaling. “Hurmm… sorry, dah lama ke you masuk?” soal Haiqarl kalut. Sibuk melayan Charles sampai tak perasan Mellisa sudah berada di depan mata.
“Quite a while,” balas Mellisa pendek.
Haiqarl mengangguk. “Sorry, have a sit,” pelawanya ramah sambil menancap pandang pada si manis di hadapannya itu sambil tersenyum.
Mellisa terus saja duduk. Fail di tangannya di letakkan ke atas meja dan dibuka. Tanpa menunggu Haiqarl bersuara, Mellisa terus memulakan bicaranya menerangkan tentang projek syarikat mereka di Sabah.
“So, status projek ni sekarang?” soal Haiqarl tiba-tiba.
“Masih di peringkat perbincangan,”
“Maksudnya?”
“Sekarang kita di dalam proses menetapkan harga dan syarat-syarat pembelian. Kalau perbincangan terakhir dan kontrak dipersetujui urusan ini mungkin akan selesai dalam bulan depan,”
“Sudah berapa lama you uruskan perkara ni?” soal Haiqarl perlahan tapi tegas saja bunyinya.
Mellisa terdiam seketika. Wajah selamba Haiqarl dipandang. Lelaki ini bertanya atau hendak menduga ni? Soalnya di dalam hati. Iyalah mana tahu lelaki itu sengaja hendak menguji kecekapannya dalam menjalankan tugas.
“Dah dekat tiga bulan Encik Haiqarl,” perlahan Mellisa bersuara.
Haiqarl terdiam pula.
“Biasanya berapa lama masa akan diambil untuk urusan macam ni?”
“Depends on the client. Kalau jenis client yang memang bersungguh hendak menjual, urusan mungkin cepat tapi kalau macam urusan di Sipadan ni mungkin akan mengambil masa yang lama kerana ianya diuruskan oleh pihak ketiga,” terang Mellisa panjang lebar.
“Kenapa pulak macam tu?” soal Haiqarl lagi seolah-olah berminat saja bunyinya tapi hakikat yang sebenarnya dia sengaja hendak berlama-lama dengan gadis itu.
“Pemilik sebenar berada di Korea so segala urusan hendaklah dibuat melalui peguam syarikat tersebut. Jadi selalunya apa saja feedback yang kita perlukan juga lambat kita terima,”
Haiqarl mengangguk mengerti walau sebenarnya dia bukannya tahu apa-apa sangat pun. Gaya kena ada. Lebih-lebih apabila berhadapan dengan perempuan yang satu ini. Mana boleh nampak bodoh depan perempuan secantik ini. Hilanglah macho nanti. Bisiknya di dalam hati.
“Oh ya Encik Haiqarl, kebetulan I akan bertemu dengan peguam syarikat tersebut  after lunch nanti. If you are free maybe you can join me,”  
“Okay,” balas Haiqarl sepatah.
“So, I jumpa you di sana ya. Nanti I akan minta Anne beri alamat office peguam tu pada secretary you,”
“You nak pergi sekarang ke?” soal Haiqarl selamba. Langsung tidak mengendahkan kata-kata Mellisa sebentar tadi.
Mellisa mengerling jam di tangan. Lagi sepuluh minit menginjak ke pukul 12 tengahari. “I rasa I keluar sekarang. After lunch I terus ke sana,”
“Kita pergi sekali,” Haiqarl bersuara lagi dan terus bangun dari duduknya.
Mellisa sudah tercengang di situ. “Tapi Encik Haiqarl…”
Belum sempat Mellisa menghabiskan ayatnya, pantas Haiqarl memintas.

“Kita pergi sekali. naik kereta I,”  tutur Haiqarl tak beriak dan terus berlalu.
Tak mampu membantah, Mellisa hanya mengekor saja walau di dalam hati bukan main bengang lagi. Sesuka hati mak bapak dia aje mengarah. Tahulah kau tu bos. Marah Mellisa di dalam hati.  Nampaknya lunch date dengan Abang Afnan terpaksalah di batalkan. Hurm… satu keluhan dilepaskan.

Wednesday, 2 January 2013

Tolong cintai aku... untuk sekali lagi...Bab 2





 Bab 2
Haiqarl melangkah malas memasuki ruang legar syarikat milik papanya itu. Papan tanda yang gah dan terlekat kemas didinding masuk pejabat itu dipandang tak beriak. Zikri Land & Property Holdings Sdn. Bhd. Sangat gah segah pemiliknya. Datuk Zikri Hashim Bin Datuk Ahmad Basir. Bisik Haiqarl sinis. Siapa yang tidak kenal dengan nama itu. Bukan setakat terkenal kerana kekayaannya tapi juga sikap buaya daratnya. Engkau pun sama Haiqarl. Dua kali lima saja dengan papa kau. Bisiknya di dalam hati sambil tersenyum nakal dan terus melewati pintu masuk untuk menuju ke arah lif yang berada di sebelah kiri bangunan tersebut. Lif ditekan untuk naik ke tingkat tiga. Sebaik pintu lif terbuka, Haiqarl terus keluar dari perut lif dan berjalan masuk.
"Haiqarl, apa kau buat dekat sini?" tegur Badrul sebaik terlihat kelibat Haiqarl melintasi ruang pejabat menuju ke arah bilik Datuk Zikri. Terkejut dia apabila Haiqarl tiba-tiba muncul di situ. Salamnya dihulurkan.
Langkah Haiqarl terhenti. Wajah lelaki di hadapannya itu dipandang lama kemudian dia tersenyum.
"Hai Bard, apa khabar? Lama tak jumpa," balas Haiqarl mesra sambil huluran salam Badrul disambut.
Badrul  tersenyum kemudian mengangguk.
"Khabar baik. Kau buat apa dekat sini?" soalnya lagi.
"Hurm..saja singgah dan menjengah," balas Haiqarl sambil tersenyum nipis. Dia pun malas hendak datang ke situ kalau bukan sebab mamanya beria-ia menyuruhnya singgah  pagi tadi. Banyak lagi urusan lain yang dia boleh buat dari ke situ.  
Badrul tergelak. "So, bila nak mula melaporkan diri?"
Haiqarl terdiam. Senyuman masih terukir di bibir. "Aku nak ambil mood dulu sebelum melapor diri, sebab itulah aku datang," seloroh Haiqarl pula.
Sekali lagi Badrul tergelak. "Macam-macamlah kau," tingkahnya perlahan.
"Okaylah, aku nak jumpa big boss dulu," sambung Haiqarl lagi sambil menepuk bahu lelaki di hadapannya itu.
"Bard…"
Baru saja Badrul ingin membalas kata-kata Haiqarl namanya dipanggil oleh seseorang. Badrul berpaling. Haiqarl juga turut sama memandang ke arah pemanggil tersebut. Terpandangkan perempuan yang sedang menghampiri mereka ketika itu, jantung Haiqarl terus berdegup. Pandangannya ditancapkan terus ke wajah perempuan itu. Bukankah itu perempuan yang ditemuinya di dalam lif ketika dia ke pejabat Ikram beberapa hari lepas? Soalnya di dalam hati. Semakin dekat perempuan itu menghampiri semakin tajam matanya memerhati. Yes, she’s the one!
"Yes Lisa, what's up?" soal Badrul kepada perempuan yang sudah berada di hadapannya itu.
"Can I see you for a while? There is something I need to discuss with you." tutur Mellisa perlahan tanpa memandang ke arah lelaki yang sedang leka memandangnya ketika itu. Dokumen ditangannya ditunjukkan ke arah Badrul.
"Sure," sepatah Badrul membalas.
"Oh ya Lisa, sebelum tu mari I kenalkan Encik Haiqarl Hazir, anak Datuk Zikri," sambung Badrul lagi sambil tangannya ditunjukkan ke arah Haiqarl di hadapannya.
Mellisa berpaling ke sebelah. Wajah lelaki tersebut di pandang tak beriak. "Mellisa," tutur Mellisa sepatah sambil memandang ke arah Haiqarl di sebelah. Tiada segaris senyum pun yang dihulurkan.
"Haiqarl," balas Haiqarl memperkenalkan dirinya.
Mellisa mengangguk dan terus berpaling memandang Badrul semula.
"So Bard, shall we?"
Badrul mengangguk dan terus meminta diri untuk beredar. Haiqarl mengangguk. Tanpa menoleh ke arah Haiqarl di sebelahnya, Mellisa terus mengekor langkah Badrul.
Haiqarl sudah terkedu di situ. Langkah Badrul dan Mellisa disoroti sehingga hilang dari pandangan. Amboi, sombongnya. Tingkahnya di dalam hati kemudian dia tersenyum.
“Tak apa, yang jinak-jinak merpati itulah yang mencabar. Yang mencabar itulah yang menarik.” Bisiknya nakal.  


Haiqarl mengetuk pintu bilik papanya perlahan. Mendengar suara Datuk Zikri dari dalam, Haiqarl terus membuka pintu dan berdiri dimuka pintu.
"Haiqarl," sapa Datuk Zikri seakan terkejut. Apa tidaknya tiba-tiba saja Haiqarl muncul di pejabatnya tengahari itu.
Haiqarl yang masih berada dimuka pintu terus melangkah masuk. Pintu bilik papanya itu di tutup rapat kemudian dia terus berjalan dan duduk di hadapan lelaki separuh umur itu. Wajah terkejut Datuk Zikri dipandang dengan senyum di bibir.
"Apa mimpi datang pejabat papa hari ni?" soal Datuk Zikri hairan.
"Saja nak ambil mood," balas Haiqarl berseloroh.
Datuk Zikri tergelak. "Nak ambil mood nak buat apa kalau hati tu tak ada langsung nak belajar untuk suka," tutur Datuk Zikri sinis.
Haiqarl tersenyum. "Qarl dah buat keputusan nak tolong papa," laju saja ayat itu terkeluar dari bibirnya.
Datuk Zikri terdiam kemudian tersenyum memandang anak lelaki sulongnya itu. Macam tak percaya dengan apa yang didengari tadi. Memang dia gembira sangat dengan keputusan yang Haiqarl telah buat. Lapang dadanya apabila memikirkan legasi perniagaannya itu akan ada yang mewarisinya.
"Bila Qarl nak mula?" soal Datuk Zikri dengan senyuman lebar menghiasi bibir.
"Bila-bila masa aje pa. Qarl dah sedia untuk bantu papa," balas Haiqarl yakin. Tiba-tiba saja keputusan itu dibuat dan dia sendiri pun tidak tahu mengapa. Adakah kerana perempuan yang bernama Mellisa itu dia berubah fikiran? Soalnya di dalam hati.
Datuk Zikri mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan. Wajah anak lelakinya itu dipandang dengan riak kelegaan.
"Papa memang nak Qarl mula secepat yang mungkin tapi papa tak nak memaksa. Kalau Qarl masih perlukan masa papa izinkan tapi jangan lama-lama sangat."
"Qarl akan mula esok," pantas Haiqarl membalas.
Sudah terangkat kening Datuk Zikri mendengar jawapan anak lelakinya itu. Pelik. Sebelum ini susah sangat Haiqarl hendak membuat keputusan tapi kini bila dia memberikan masa tak bertangguh-tangguh pula Haiqarl memberi jaminan. Datuk Zikri terus bangun dari duduknya dan terus berjalan menghampiri anak lelakinya itu.
"Terpulang pada Qarl, lagi cepat lagi bagus," balas Datuk Zikri pula. Bahu anaknya itu ditepuk-tepuk perlahan.
Tidak menjawab Haiqal hanya mengangguk saja. Maka esok akan bermulalah episod baru dalam hidupnya. Episod mengejar Mellisa. Yes, Mellisa! Mengingatkan nama itu Haiqarl sudah tersenyum sendiri. Nak buat sombong dengan aku kan. Mulai esok kau akan kenal siapa lelaki yang bernama Mohd Haiqarl Hazir Bin Datuk Zikri. Kalau kau tak terkulai layu di kaki aku, jangan panggil aku Haiqarl. Bisiknya perlahan dan dengan senyuman yang tak lekang di bibir.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...