Bab 1
"Wait..."
Mendengar jeritan perempuan
yang masih tidak kelihatan lagi itu, Haiqarl terus saja menekan butang buka
pintu lif tersebut. Kepalanya dijengahkan keluar sedikit. Tidak jauh dari situ
kelihatan seorang perempuan sedang berjalan terburu-buru menghala ke arah lif tersebut.
"Thank you.." tutur
perempuan itu lagi sambil tersenyum nipis memandang ke arahnya sambil tangannya
menekan butang ke tingkat 14.
"You are welcome.."
sepatah Haiqarl membalas sambil matanya masih lagi leka memandang ke arah
perempuan tersebut. Cantik. Hanya sepatah perkataan itu saja yang keluar dari
hatinya. Memang perempuan di hadapannya itu cantik orangnya. Briefcase jenama
Guess di tangan wanita itu dikerling sekilas. Kemudian matanya dihalakan ke
arah penampilan perempuan itu semula. Dari atas ke bawah tubuh perempuan itu
diperhati. Rambut perangnya kemas didandan. Penampilannya pula sangat elegan.
Kasut tumit tinggi 3 inci menambahkan lagi ketinggian perempuan itu dan hampir
menyamai ketinggiannya. Dengan mengenakan kemeja berbelang, kot berwarna coklat
gelap dan skirt pendek paras lutut dengan warna yang sama, kelihatannya wanita
tersebut tentu bukan sembarangan jawatannya. Tingkah Haiqarl di dalam hati.
Dalam diam dia menilai perempuan itu tanpa sedar.
"Thanks again..."
tutur perempuan itu lagi sambil memandang ke arah Haiqal sekilas sebaik saja
pintu lif tersebut terbuka dan terus saja keluar dari situ.
Sebaik pintu lif tertutup
semula, Haiqarl terus menggelengkan kepalanya. Dahinya ditepuk perlahan.
Apa dah jadi dengan kau Haiqarl? Jumpa perempuan cantik macam tu, kau cuma
mampu pandang sahaja? Marahnya pada diri sendiri. Tak pernah selama ini dia
hanya berdiam diri apabila berdepan dengan perempuan secantik itu. Paling tidak
nombor telefon perempuan itu sudah pasti berada di genggaman sekarang tapi
entah kenapa dia hanya terdiam dan terpaku saja memandang perempuan tadi.
"Kau apahal bro?"
soal Ikram sambil menepuk bahu sahabatnya itu. Pelik betul melihat keadaan
Haiqarl yang seperti hilang sesuatu saja ketika itu. Sejak menapak ke
pejabatnya setengah jam tadi, begitulah keadaan Haiqarl. Tidak senang duduk
saja gayanya.
Haiqarl tersentak.
"Apahal?" soalnya hairan.
"Kau tu apahal? Lain
macam aje aku tengok."
"Aku?"
"Ha'ah...kau
apahal?"
"Aku okay je."
Ikram terus tergelak.
"Okay apanya kalau macam
orang sasau je aku tengok,."
Haiqarl terus mendengus
perlahan sambil menggelengkan kepalanya. Nampak sangat ke dia macam orang yang
menyesal sekarang?
"Am...aku nak tanya kau
ni. Dekat tingkat 14 tu office apa?"
Sudah berkerut dahi Ikram
mendengar soalan sahabatnya yang seorang itu. Pelik.
"Kenapa?" soalnya
hairan.
"Saja nak tahu sebab
tadi aku tersalah tekan lif ke tingkat
14."
"Dah salah tekan tu
kenapa tak tengok jer office apa yang ada dekat situ."
"Kau ni. Pakai akallah
sikit. Tak kan aku nak bodoh-bodoh masuk pejabat tu dan tanya ni syarikat apa?
Akai ada ka.." tingkah Haiqarl sedikit keras. Apa ke bodoh punya kawan.
Ikram sudah tergelak besar
mendengar kata-kata Haiqarl. Serius saja bunyinya.
"Syarikat pengangkutan.
Pemilik dia Tan Sri Syed Abu Bakar."
Haiqarl yang sedang berbaring
di atas sofa bilik Ikram terus terbangun. "Company besar ke?"
"Boleh tahanlah sebab
setahu aku syarikat tu antara syarikat pengangkutan terbesar dalam Malaysia.
Apasal kau tanya?"
"Saja nak tau."
Malas hendak bertanya banyak,
Ikram hanya mengangguk saja.
"Qarl, kau ni dah
sebulan lebih balik dari Perancis kan? So tak ada plan ke nak kerja dengan papa
kau?" soal Ikram sambil memanah pandang ke arah sahabat di hadapannya itu.
Setiap kali dia bertemu dengan Datuk Zikri, memang itulah yang sering mereka
bincangkan. Datuk Zikri betul-betul berharap Haiqarl dapat membantunya. Sudah
lima tahun Haiqarl berada di Perancis dan bekerja di sana, dia ingatkan apabila
Haiqarl kembali ke Malaysia Haiqarl akan membantu papanya tapi dah sebulan
balik Haiqarl masih tak buat apa-apa pun lagi.
Mendengar soalan Ikram,
Haiqarl terus mematikan diri. Dia bukan tak
nak bekerja dengan syarikat papanya tapi dia tak berminat langsung dalam
bidang hartanah. Dia lebih suka bidang pengiklanan dan itulah kerjaya yang
dilakukan sepanjang di Perancis dulu. Bidang yang glamour dan dikelilingi
dengan perempuan-perempuan cantik. Siapa yang tak suka hidup yang begitu. Cakap
saja hendak perempuan yang bagaimana, hanya petik jari sudah pasti berada di
dalam genggaman.
"Nantilah aku fikir
dulu. Kau tahu kan aku tak minat nak uruskan syarikat tu," acuh tak acuh
saja Haiqarl membalas.
"Qarl, kesian sikit
dengan papa kau. Dia mengharap sangat dengan kau lagipun adik kau si Haizir tu
masih study lagi kan. Nak harapkan Hanina memang tak mungkinlah. Asyik sibuk
dengan bidang modelling dia tu aje," pujuk Ikram lagi.
Haiqarl terdiam seketika.
Memang ada betulnya apa yang diperkatakan oleh Ikram tapi memang dia tak
berminat nak buat macam mana.
"Nantilah, biar aku
fikir dulu."
"Berapa lama lagi nak
fikir Qarl? Dah sebulan dah kau balik tapi aku tengok kau tak buat apa-apa pun
lagi,"
Haiqarl terus terdiam, malas
hendak membalas kata-kata sahabatnya itu.
"Qarl, papa harap sangat
Qarl boleh bantu papa. Kalau bukan anak-anak papa yang bantu papa uruskan
syarikat tu, papa nak harapkan siapa lagi?" soal Datuk Zikri perlahan. Sudah puas dia
memujuk tapi Haiqarl masih juga dengan keras kepalanya. Sudah sebulan balik
Malaysia tapi sibuk ke sana ke mari mencari peluang kerja yang dia minat.
Haiqarl terdiam. Pandangannya
dihalakan ke arah karpet bulu-bulu belang zebra di hadapannya. Bosan!
"Betul cakap papa tu
Qarl. Nak harapkan adik kamu si Hanina tu? Hurm…memang tak boleh di haraplah. Nak
tunggu Haizir bantu papa, sekurang-kurangnya kena tunggu 3 tahun lagi. Qarl tak
kesian dengan papa ke?" pujuk Datin
Farida pula. Anak lelaki yang hampir mencecah umur 30 tahun itu dipandang tak
beriak.
"Biar Qarl fikir dulu
pa...ma..lagipun Qarl tak minatlah bidang hartanah ni,"
"Qarl, nak buat sesuatu
kerja tu tak semestinya dengan minat tapi buat dengan rasa tanggungjawab. Ini
tanggungjawab Qarl pada keluarga. Pada papa...pada mama..." pujuk Datuk
Zikri lagi.
Haiqarl terdiam lagi. Buntu
dia memikirkannya. Sejak dia pulang sebulan yang lepas, orang tuanya itu tidak
habis-habis mendesak supaya dia membantu perniagaan keluarga. Kalau diikutkan
hatinya memang dia tidak akan pulang langsung tapi disebabkan rasa
tanggungjawab dan kesian pada mamanya dia balik juga.
"Bagi Qarl masa pa, biar
Qarl fikir dulu," perlahan Haiqarl bersuara.
Mendengar jawapan Haiqarl,
Datuk Zikri terus melepaskan keluhan berat. Kepalanya digelengkan perlahan.
"Papa terlalu mengharap Qarl, jadi tolong jangan hampakan
harapan papa," akhirnya Datuk Zikri bersuara setelah lama terdiam.
Haiqarl mengangguk. "Okay
pa, Qarl faham. Qarl akan fikirkan tentang hal ni."