“Kau pergi dengan siapa
ni Qyra?” soal Amni bila dilihatnya Qyra sudah bersiap-siap dengan luggage
sewaktu masuk ke pejabat tadi.
“Encik Fahmi,”
“Take care tau. Kau pergi berdua aje dengan dia tu,” tutur
Amni dengan nada suara yang seakan risau
saja bunyinya. Air mukanya juga nampak cuak sangat ketika itu.
Qyra mengangguk saja. Tapi betul juga cakap Amni. Dia
pergi berdua saja dengan Fahmi. Jauh pula tu. Kalau jadi apa-apa tiada siapa
yang tahu. Sebenarnya dia pun cuak juga tapi dia kena berfikiran positif demi
Gemini. Think positive Qyra, think positive. Lagipun kau nak takut buat apa, kalau
dia buat apa-apa kat kau kasi karate sama dia. Tak guna ada tali pinggang hitam
kalau tak reti nak mempertahankan diri. Bisiknya di dalam hati.
“Cik Qyra, wakil dari Multi Bina dah tunggu cik di luar,”
Nani yang tiba-tiba muncul di muka pintu bersuara.
“Okay, thank you Nani. Sekejap lagi I keluar,” balasnya
dan terus bangun dari duduknya. Luggage yang diletakkan di sebelah sofa
ditarik. Amni mengekor di sebelah.
Sampai saja di luar langkah Qyra terhenti. Kenapa pula
mamat ni yang ada dekat sini ni. Bisiknya di dalam hati sambil matanya tajam memandang
ke arah Zariq Azyraf di hadapan. Oh my! Habislah! aku kena pergi dengan dia ke?
Soalnya lagi. Semakin resah dia di situ. Tadi risau sebab kena pergi dengan
Fahmi tapi sekarang ni lagilah dia risau sebab kena pergi dengan mamat ni.
Zariq Asyraf sudah tersenyum memandang ke arah Qyra yang
sudah terkaku di hadapannya. Kalau diikutkan memang Fahmi yang kena pergi tapi
disebabkan dia juga hendak melihat sendiri keadaan chalet di sana jadi tak
salah rasanya kalau dia yang pergi. Bukannya lama pun setakat sehari semalam
saja. Kalau dia sendiri yang pergi, sekurang-kurangnya Qyra akan dapat gambaran
sebenar apa yang dia mahu dan apa yang perlu dia buat nanti.
“Tak jadi nak pergi ke?” soal Zariq selamba bila
dilihatnya Qyra tidak bergerak dari tempatnya berdiri tadi.
Amni menyiku tangan Qyra. Qyra tersentak bagai baru tersedar
dari lamunan. “Sorry, but I thought...” tutur Qyra teragak-agak.
“Fahmi? Dia tak jadi pergi so I gantikan dia,” belum
sempat Qyra menghabiskan ayatnya Zariq sudah terlebih dahulu mematikan kata-katanya.
Qyra mengangguk saja. Dia pun tiada pilihan lain selain
mengikut saja. Luggage nya diangkat oleh pemandu Zariq dan terus dimasukkan ke dalam
bonet. Selepas mengenalkan Amni dengan Zariq mereka pun terus berlalu dari
situ. Dalam hati dia sudah berdoa semoga tiada apalah yang berlaku sepanjang
mereka di sana nanti.
Qyra menjeling lelaki di sebelahnya itu dengan ekor
matanya. Sepanjang perjalanan, dia merasakan nafasnya sempit sekali. Terasa
bukan main susah lagi dia hendak bernafas. Kereta yang luas tu pun terasa kecil
saja. Lelaki di sebelahnya itu pula asyik sibuk menjawab panggilan telefon sedari
tadi. Nasib baik, jadi tiada ruang untuk mereka beramah mesra. Beramah
mesra?...Ohh please lah! Bisik Qyra lagi.
“Dah lama ke couple dengan Azmin?” tiba-tiba Zariq bersuara
setelah menyepi sedari tadi tetapi matanya tidak memandang langsung ke arah
Qyra. Senyap. Tiada jawapan. Zariq mengerling ke arah Qyra di sebelah. Dilihatnya
Qyra sedang leka memandang keluar. Zariq berdehem beberapa kali bila soalannya
tidak dipedulikan.
Mendengar Zariq berdehem kuat Qyra terus berpaling. “Kenapa?”
soal Qyra kehairanan.
“I cakap dengan you tadi you tak dengar ke?” soal Zariq sinis.
Kuat berangan betul!
“You cakap dengan I ke tadi?”
“Ada orang lain lagi ke dalam kereta ni?” soal Zariq lagi
sambil menjeling sekilas ke arah Qyra. Aku cakap dengan kau lah habis tu dengan
siapa lagi. Bebel Zariq di dalam hati.
“Your driver tu bukan orang ke?” bidas Qyra pula.
Menyampah betul! Main jeling-jeling orang pulak tu. Aku
tahulah kau tu hensem kalau jeling-jeling macam tu. Ish-ish, ke situ pulak otak
kau memikir ye Qyra.
Mendengar
kata-kata Qyra, Zariq terus terdiam. Kepalanya digelengkan perlahan. Kenapalah
dia bodoh sangat. Tak pasal-pasal dah kena.
“Okay..okay...I tanya you tadi, you dah lama ke couple
dengan Azmin?” Zariq mengulang semula soalannya, malas hendak bertelagah dengan
gadis di sebelahnya itu. “Urusan I
dengan Azmin ada kena mengena dengan you ke?” soal Qyra sinis. Tapi suaranya
agak lembut sedikit dari tadi. Terus pandangannya dihalakan keluar. Malas hendak
melayan mamat di sebelahnya itu.
Zariq
memandang ke arah Qyra dengan dahi berkerut. Memang bukan urusan dia tapi Azmin
tu kan adik dia so ada jugalah kena-mengena dengan dia. Apahal lah dengan minah
sebelahnya ini, tak boleh ditanya langsung! Tingkahnya di dalam hati. Geram.
Perempuan macam ni yang kau buat girlfriend Az. Malanglah nasib kau. Bebelnya
pula. Tingkahnya lagi. Sudah malas hendak mengeruhkan lagi suasana Zariq pun turut
berdiam diri sepanjang perjalanan tersebut.
“Kita akan stay dekat mana nanti?” soal Qyra sebaik saja
mereka sampai di tol Kuantan. Sebenarnya perkara itulah yang merunsingkan
fikirannya dari mula mereka bertolak tadi. Dia tak kisah pun kalau kena stay di
mana-mana. Kalau kena tanggung kos penginapan itu sendiri pun dia tak kisah
lagipun dah memang begitu selalunya.
“Sorry, you cakap dengan I ke?” soal Zariq pula seolah mahu
memulangkan paku buah keras kepada Qyra.
Bengang dengan sikap Qyra tadi masih tak hilang lagi.
“Tak, I cakap dengan driver you,” balas Qyra selamba.
Mengada-ngada. Dah tentulah aku cakap dengan kau sengal. Dengusnya di dalam
hati.
Padan muka kau Zariq kan dah kena lagi. Bisiknya di dalam
hati. Berdepan dengan gadis di sebelahnya ini memang menguji kesabaran betul. Tak boleh salah
cakap kalau tidak memang kena potong hidup-hidup.
Sebaik
sampai saja di Cherating Zariq terus mengarahkan Pak Ali, pemandunya menuju ke rumah
persinggahan keluarganya. Qyra di sebelah hanya mendengar saja. Cuak betul
hatinya. Tak kanlah dia hendak stay berdua saja dengan Zariq di rumah tersebut.
Aduhai....stress aku dengan mamat ni. Bisiknya di dalam hati.
“Boleh tak you hantar I di mana-mana hotel berdekatan
dengan chalet you tu? I rasa tak eloklah kalau kita stay dalam satu rumah,” perlahan
saja Qyra bersuara setelah penat sedari tadi asyik memikir sendiri. Tak nak lah
stay berdua dengan mamat ni. Tak boleh….tak boleh sebab mereka bukan muhrim. Kena
tangkap basah naya aje nanti.
Zariq memandang ke arah Qyra sambil tersenyum seolah-olah
mengerti apa yang sebenarnya bermain difikiran gadis itu. “Don’t worry, auntie
I ada. Dia memang stay di situ. For sure kita tak akan berdua di situ. I pun
tahu takut juga. Nanti tak pasal-pasal I kena kahwin dengan you pulak,” selamba
Zariq bersuara.
Qyra terdiam. Satu jelingan maut diberikan kepada lelaki
di sebelahnya itu. Sesuka hati kau je buat statement macam itu. Ingat aku nak
kahwin dengan kau ke! jeritnya di dalam
hati. Geram!
Tidak
sampai sepuluh minit mereka sudahpun sampai di sebuah rumah kayu dua tingkat
yang diberi nama Villa Bahagia. Memang cantik. Senibinanya nampak klasik.
Terpegun Qyra memerhatikan rumah tersebut. Sejak turun dari kereta tadi matanya
liar memerhatikan kreativiti senibina rumah tersebut. Awesome! Bisiknya
perlahan.
“Assalamualaikum Cik Qyra, jemputlah masuk,” tiba-tiba
Qyra ditegur oleh seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan 50an yang
sudah berdiri tegak di hadapannya.
“Waalaikumsalam,” sopan Qyra membalas sambil tersenyum dan
terus tangan wanita tua itu disalami.
“Marilah masuk,” pelawa wanita tua itu lagi.
Qyra
mengangguk sambil mengekor saja di belakang wanita tua tersebut. Begnya entah dimana
entah. Mesti driver si Zariq Asyraf yang rajin tolong angkatkan. Lelaki itu pun sudah tidak nampak batang hidungnya lagi.
“Ini
bilik Cik Qyra. Zariq dah suruh mak ngah siapkan dari semalam lagi,” tutur mak ngah
lembut dengan senyuman tak lekang dibibir.
“Terima
kasih mak ngah” tutur Qyra sopan dan turut sama melemparkan senyuman ke arah wanita
itu.
“Cik
Qyra berehatlah dulu sekejap lagi kita boleh makan tengahari. Mak ngah dah siap
masak dah,”
Qyra
hanya mengangguk saja. Sebelum mak ngah beredar sempat dia bertanyakan arah
Qiblat rumah tersebut. Waktu ketika itu pun sudah pukul dua lebih jadi lebih
baik dia bersolat dulu. Selesai solat Qyra terus keluar menuju ke ruang
belakang rumah tersebut. Dia masih tidak puas hati selagi tidak melihat
keseluruhan senibina rumah tersebut.
“Nak
ambil ukuran rumah ni sekali ke?” soal Zariq tiba-tiba.
Qyra
tersentak kemudian berpaling. Entah dari mana dia datang tiba-tiba muncul saja.
Nasib baik aku tak ada sakit jantung kalau tidak mahu mati keras aku kat sini. Sudahlah
dekat belakang ni sunyi je. Bebel Qyra di dalam hati. Kut ye pun bagi-bagilah
salam dulu. Bengang betul dia.
“Kalau
Encik Zariq ada niat nak renovate rumah ni saya boleh ambil ukuran sekali,” tutur
Qyra selamba.
Zariq
sudah tergelak.
“Just
call me Zariq. Lagipun tak lama lagi kita akan jadi keluarga juga kan,” ucap Zariq
sambil merenung wajah gadis di hadapannya
itu. Cantik walau tanpa secalit mekap pun di wajah. Patutpun Azmin terpikat.
Desisnya di dalam hati.
Qyra
masih leka memerhatikan rumah di hadapannya. Kata-kata Zariq tadi dibiarkan
berlalu sepi.
“Senibina
rumah ni memang cantik. Kerja-kerja pertukangannya juga kemas. Tak semua tukang
kayu boleh buat kerja sekemas ini. I’m so impressed,” tutur Qyra lembut tetapi
wajah Zariq langsung tidak dipandang.
Zariq
pula masih lagi leka memandang ke arah gadis di hadapannya itu. Dia juga kagum
mendengar kata-kata gadis itu, walaupun baru dalam bidang yang diceburinya tapi
dia bijak menilai. Kata-kata seperti itu juga pernah dicakapkan oleh Uncle Rashid
kepadanya ketika mereka sekeluarga datang bercuti di situ. Uncle Rashid memang
seorang arkitek terkenal dan merupakan sepupu papanya. Tiba-tiba Zariq teringat
kata-kata Azmin tempohari.
“She’s
very talented and committed with her work. You can count on her”
Sedang
dia leka memerhati gadis itu, tiba-tiba Qyra berpaling ke arahnya dan tersenyum
manis memandangnya. Zariq terkedu. Inilah pertama kali dia melihat Qyra
tersenyum di hadapannya begitu sehingga menampakkan lesung pipit dipipi
kirinya. Subhanallah, cantiknya mahluk ciptaanmu ini. Bisiknya di dalam hati.
“Riq,
Cik Qyra marilah makan dulu, mak ngah dah sediakan makanan,” sedang
masing-masing leka di situ, tiba-tiba mak ngah muncul di belakang Zariq. Zariq tersentak
dan berpaling.
“Mari
makan dulu,” ajak mak ngah lagi bila keduanya masih terdiam tak bersuara.
Akhirnya
Zariq menganggukkan kepalanya dan terus berjalan masuk. Qyra pula berjalan
beriringan mengikut langkah mak ngah di sebelahnya.
“Makanlah
Cik Qyra, masakan kampung aje ni. Ini semua makanan kesukaan Zariq,” ucap mak ngah
sambil menyendukkan nasi kepinggan Qyra.
“Mak
Ngah panggil saya Qyra saja, tak payah nak ber cik-cik dengan saya,” tutur Qyra
sopan. Tidak selesa pula dipanggil begitu.
Mak
Ngah mengangguk sambil tersenyum. “Dah lah makan,”
Qyra
mengangguk.
“Mak
Ngah marilah makan sekali. Dah lama kita tak makan sama-sama,” tiba-tiba Zariq bersuara.
“Mak
Ngah dah makan tadi. Tak apalah, Riq makanlah dengan Qyra ya,” tutur Mak Ngah lembut dan terus berlalu ke dapur semula.
Memang dia sudah makan pukul satu tadi. Lambat sangat tunggu Zariq sampai jadi
dia makan sajalah dulu.
Zariq
mengangguk. Lauk ikan patin masak gulai tempoyak di hadapannya di senduk
kemudian tanpa menghiraukan Qyra di sebelahnya dia terus menikmati hidangan di
hadapan matanya ketika itu.
Qyra
memandang lauk pauk di hadapannya. Ada pucuk ubi masak lemak, ikan patin masak gulai
tempoyak, ayam goreng, ayam sambal dan ulam-ulaman. Qyra hanya mengambil kuah
lauk pucuk ubi masak lemak dan ayam goreng saja. Lauk-lauk di hadapannya itu
memang jauh dari seleranya tapi tak bolehlah nak banyak songeh lagipun dia kan
di tempat orang jadi kenalah menerima apa saja seadanya.
“Tak
makan ikan ke?" soal Zariq hairan. Tak kanlah makan itu saja.
“Tak
makan ikan patin,” bukan tak makan tapi tak pernah makan sebenarnya. Biarlah
seribu orang cakap ikan itu sedap tapi memang bukan seleranya. Lagipun dia
memang jenis cerewet pasal makan. Ikan pun ikan tertentu saja yang dia makan.
“Rugi
tau tak makan ikan sungai. Sedap. Cuba you rasa dulu,” selamba Zariq bersuara sambil mencedukkan lauk ikan patin tersebut kemudian
diletakkan ke dalam pinggan Qyra.
Qyra
sudah mengetapkan bibir. Adik dengan abang sama saja. Bencilah! Dengusnya di
dalam hati.
Nak
tak nak terpaksa juga dia menelan makanan di hadapannya itu. Tapi baru sesuap
nasi memasuki mulutnya, lidahnya sudah terasa hangat. Sepantas kilat air fresh
orange di hadapannya dicapai. Ya Allah
pedasnya! Nak membunuh ke apa ni! jeritnya di dalam hati.
“Kenapa?”
soal Zariq hairan. Bila melihat muka Qyra yang putih itu sudah bertukar menjadi
merah lagilah dia pelik.
“Pedas
ke?” soalnya lagi.
Qyra
hanya mengangguk saja. Sudah tidak boleh bersuara ketika itu kerana lidahnya terasa
macam terbakar. Segelas lagi air fresh orange diteguk. Mati seleranya secara
tiba-tiba.
“Sorry,
I tak tahu pun you tak boleh makan pedas,” tutur Zariq perlahan. Serba salah
pula rasanya. Kalau bukan dia yang mengambilkan lauk ikan itu mesti tak akan jadi
macam ini. Kesian pula bila dilihatnya Qyra sudah kepedasan di situ. Kalau dia
memang tak kisah makan pedas sebab itu memang kegemarannya. Lagi pedas lagi dia
suka.
Simpati
melihat keadaan Qyra ketika itu, Zariq terus bangun dari duduknya dan berjalan
menuju ke dapur. Apabila dia kembali semula, dia sudah membawa pinggan di
tangan. Disendukkan nasi dan diletakkan ke dalam pinggan itu kemudian diletakkan
di hadapan Qyra. Pinggan nasi Qyra tadi dialihkan ke tempat lain.
Qyra
melihat saja apa yang dilakukan oleh Zariq ketika itu. Tiba-tiba rasa terharu pula.
Caring juga mamat ni rupanya. Bisik hatinya.
“Makanlah,”
ucap Zariq lembut.
Qyra
menggeleng. Memang seleranya dah tak ada. Tapi setelah dipaksa oleh Zariq,
hendak tak nak terpaksa juga dia makan. Makan nasi berlaukan sayur pucuk ubi
masak lemak dan ayam goreng saja. Memang macam budak-budak.
Zariq
hanya tersenyum saja memandang ke arahnya. Senyuman yang seakan mengejek!
Qyra hanya mampu menahan hati saja. Baru nak
rasa touching tiba-tiba terus rasa sakit hati.